SAHABAT BLOG

04 April 2013

Haji Hadi Dah Cop Awal-Awal 76 Kawasan Parlimen. DAP dan PKR Jangan Kacau.

Parlimen dah pun dibuburkan dibubarkan. Sekarang ni bersiap sedialah segala 'bala tentera' parti-parti yang bertanding. Pakatan Rakyat adalah sebuah pakatan yang ada 3 gabungan parti yang tidak bersatu di bawah satu bendera. Maknanya setiap parti mengheret bandera masing-masing di kawasan yang dipertandingkan. Bandera PAS tidak boleh dikibarkan di kawasan PKR bertanding. Bandera PKR pula tidak boleh dikibarkan di kawasan yang DAP bertanding.

Pasal bandera pun mereka tak boleh nak selesaikan. Takkan tak boleh buat satu bendera sahaja untuk melambangkan penyatuan. Takkan nak buat bandera pun kena minta kebenaran ROS. Aku biasa buat bandera semasa kem motivasi tak minta kebenaran ROS pun.

BN tetap megah dengan dacing mereka. Mana-mana calon BN yang bertanding akan berkibarlah bandera dacing. Pada masa yang sama bandera UMNO boleh berkibar dimana-mana kawasan kerana yang tidak dibenarkan ialah bandera parti yang bertanding. UMNO bukan parti yang bertanding tetapi parti yang bertanding ialah Parti BN. Begitu juga MIC dan MCA, mereka bukan bertanding atas nama parti masing-masing tetapi atas nama parti BN.

Lupakan pasal bandera ni. Sekarang ni kita selak pula pasal PAS. Haji Hadi dah awal-awal lagi mengumumkan PAS akan bertanding di 76 kawasan. Maknanya kawasan-kawasan itu sudah tentu dah ditentukan. Pada masa yang sama PKR dan DAP masih lagi tak umumkan apa-apa lagi. Kalau 146 kerusi lagi di bahagi dua antara PKR dan DAP, maknanya masing-masing akan bertanding di 73 buah kerusi. Kalau dilihat pembahagian ini, nampaknya PAS lebih dominan berbanding DAP dan PKR.

Tentu ada yang tertanya-tanya kenapa PAS awal-awal lagi dah umum jumlah kerusi yang mereka bertanding. Sukar juga untuk ditafsirkan apa strategi politik PAS ni. Mungkin juga nak bagi tahu kepada penyokong akar umbi PAS bahawa mereka bukanlah parti belasahan di dalam PR. Mungkin juga sebagai amaran kepada pemimpin PKR dan DAP yang masih tercari-cari kerusi bahawa jangan kacau kerusi PAS kerana PAS dah tanda. Jangan berani nak kacau.

1 comment:

Anonymous said...

retorik je tu.... !!
nak suruh hj hadi terkencing dlm senyap, suruh karpal singh berdehem.... gerenti gugur serban dia dan ego dia sekali hahaha..