Kajian yang dilakukan ini tidak pula dinyatakan latarbelakang responden, kategori umur, latarbelakang pendidikan. Aku harapkan kajian ini dilakukan secara rawak dan respondennya pula dipilih secara rawak dan menyeluruh bukannya hanya melibatkan para penuntut di UM sahaja.
Kalau kajian dilakukan di UM sahaja, kita sudah tahu bagaimanakah komposisi sokongan di UM. Lebih mudahnya macamni. Katakan Permatang Pauh dan bandingkan pula hasil kajian yang dilakukan di Pekan Pahang. Sudah tentu kita akan mendapat keputusan yang berbeza. Aku percaya sudah tentu para penyelidik ini tahu apa yang dilakukannya.
Apa yang dihighlight dalam kajian ini ialah perbandingan antara dua personaliti untuk dilantik sebagai PM. Apa singifikannya hasil kajian ini kepada rakyat, kerana kita semua tahu bahawa keputusan untuk melantik siapa yang menjadi PM adalah berdasarkan siapa yang mendapat sokongan teramai ahli parlimen ataupun secara mudahnya, parti mana yang menguasai dewan rakyat. Kalau BN yang menguasai dewan rakyat dengan majoriti mudah (112), maka pemimpin BN lah yang akan menjadi PM tak kisahlah beliau itu bagaimana orangnya. Sebaliknya kalau parti yang mempunyai pemimpin "anugerah tuhan" sekalipun tetapi tidak mendapat majoriti di dewan rakyat, maka pemimpin 'anugerah tuhan" tersebut tidak layak untuk menjadi PM.
Seorang PM itu sepatutnya pemimpin berjiwa rakyat dan bukannnya pemimpin yang menggunakan rakyat. Kalau dua kategori ini diambilkira, aku fikir DS Najib jauh mengatasi Anwar Ibrahim. DS Najib adalah pemimpin yang berjiwa rakyat, yang tahu denyut nadi rakyat, yang telah berpuluh tahun mendekati rakyat, yang tahu apa kehendak rakyat.
Pemimpin yang berjiwa rakyat adalah pemimpin yang membantu rakyat dan bukannya pemimpin yang menggunakan rakyat untuk kepetingan peribadi. Contoh pemimpin yang menggunakan rakyat adalah pemimpin yang sentiasa mengerakkan rakyat untuk menentang kerajaan apabila sahaja ada kes ataupun kerosakan peribadi beliau diketahui umum atau didedahkan ataupun pemimpin yang didapati bersalah tetapi tidak menerima hukuman itu. Lalu beliau mengerakkan rakyat samada secara sendiri ataupun melalui ejen-ejen beliau untuk menyokong beliau menentang keputusan hukuman yang dijatuhkan itu.
Adakah pemimpin yang mempunyai rekod menggunakan rakyat untuk kepentingan dirinya ini layak dilantik sebagai PM. Jika beliau dilantik sebagai PM, berkemungkinan besar rakyat akan menjadi begitu patuh dan tunduk kepada kehendak peribadi beliau. Sehubungan itu, rakyat hendaklah meno;lak pemimpin yang menggunakan rakyat sebagai PM tetapi pilhlah pemimpin yang membantu rakyat dan berjiwa rakyat.
Sehubungan itu, aku secara peribadi menghormati hasil kajian ini, tetapi aku fikir ianya tidak begitu perlu untuk diketengahkan hasil kajiannya kerana tidak ada singnifikan kepada proses pemilihan PM.
'Lebih ramai setuju Anwar jadi PM berbanding Najib'
Kajiselidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului Datuk Seri Najib Razak sebagai calon perdana menteri Malaysia yang baru.
Tinjauan pada awal April itu, melibatkan 1,407 responden yang menetap di Semenanjung Malaysia menunjukkan sebanyak 43 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri manakala 24 peratus lagi berpendapat sebaliknya, dan selebihnya tidak pasti.
Untuk Najib pula, 39 peratus responden berkenaan berpendapat beliau layak menjadi perdana menteri manakala 31 lagi tidak bersetuju. Seramai 30 peratus lagi tidak pasti.
Apa yang menarik, seramai 54 peratus responden Melayu berpendapat Anwar layak menjadi perdana menteri dan hanya 28 peratus yang mahu Najib menjadi perdana menteri.
Di kalangan pengundi kali pertama pula, 48 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri manaka 25 peratus lagi berpendapat demikian untuk Najib.
Berbanding dengan hasil kajiselidik Umcedel pada bulan Januari, rating Najib merosot empat mata manakala Anwar meningkat satu mata.
Dari segi responden Melayu, Kedudukan Najib merosot 18 mata manakala Kedudukan Anwar pula meningkat sembilan mata.
Najib dan Anwar dilihat bersaing rapat dalam bidang-bidang yang lain.
Najib mempunyai sedikit kelebihan dari segi pemimpin yang rapat dan mesra rakyat, berbanding dengan Anwar.
Lima puluh empat peratus responden percaya Najib lebih "mesra rakyat" berbanding dengan 46 peratus untuk Anwar.
Pengarah Umcedel, Prof Datuk Mohd Redzuan Othman memberitahu satu sidang media hari ini bahawa ini kerana Najib muncul di TV hampir setiap hari, berbanding dengan Anwar yang hanya muncul apabila ada sesuatu yang tidak baik mengenainya.
Najib juga dilihat sedikit lebih mampu dalam pentadbiran berbanding dengan Anwar, manakala Anwar mempunyai kelebihan sedikit dari segi ketelusan dan wawasan untuk memajukan negara.
Bagaimanapun, Anwar mempunyai kelebihan yang jelas dari segi pemimpin yang memiliki ciri-ciri kepimpinan Islam, dengan 43 peratus daripada responden menyatakan beliau memiliki ciri-ciri tersebut, berbanding dengan 37 peratus untuk Najib.
Sementara itu, kajiselidik itu juga mendapati 62 peratus responden berkata mereka tidak dipengaruhi oleh video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang beredar di Internet.
Tiga puluh sembilan peratus responden berkata mereka yakin video seks itu sebagai "propaganda Umno" untuk membuat serangan peribadi, manakala 39 peratus berkata mereka tidak pasti.
Dua puluh dua peratus responden tidak bersetuju bahawa klip itu "propaganda Umno".
Redzuan berkata, nampaknya kempen memburuk-burukkan Anwar (dalam media arus perdana) tidak benar-benar memberi kesan buruk terhadapnya.
Sementara itu, 63 peratus responden berkata mereka mahu melihat debat antara Najib dan Anwar manakala 19 peratus tidak bersetuju dengan idea tersebut.

No comments:
Post a Comment