Kenapa pihak keselamatan negara masih belum mengumumkan kematian di pihak penceroboh sedangkan serangan yang dilakukan sudah memadai untuk membunuh separuh kekuatan celaka-celaka Sulu tersebut?
Adakah ianya adalah satu strategi ataupun serangan itu sebenarnya gagal menemui sasaran. Lagipun penduduk kampung mengatakan mereka hanya mendengar 2 letupan kuat sahaja. Takkan hanya dua bopm digugurkan.
Sebagai rakyat, sudah tentu mereka hendak mendengar seberapa ramai penceroboh tewas ataupun ditawan. Jika mereka tidak mati atau ditawan sudah tentu para penceroboh itu akan merebak kemerata kawasan. Ini lagi membahayakan , lagi sukar untuk menghapuskan mereka.
Kalau ianya satu strategi, apakah kebaikannya tidak mengumunkan kematian dipihak penceroboh.
Aku percaya bukan aku sahaja, tetapi ramai rakyat yang tidak sabar hendak mendengar berita kejayaan anggota tentera membunuh penceroboh habis-habisan atau menawan mereka kerana perasaan marah yang membuak-buak. Jadi bila polis dan tentera masih belum mengumumkan apa-apa berita kematian dipihak musuh, bermacam-macam hal bermain di kepala?
Jadi, kita tunggu sahaja dan sentiasa mendoakan semoga anggota keselamatan kita berjaya membunuh kesemua penceroboh ataupun menawan mereka supaya kegusaran penduduk terjawab. Kalau pihak Kiram mendakwa seramai 224 orang tenteranya, maka seramai 224 orang jugalah yang sepatutnya berjaya ditumpaskan oleh polis dan tentera, barulah dikira berjaya.
3 comments:
Selagi belum berjumpa mayat ketua pemberontak dan pemimpinnya. Sampai bila pun operasi masih belum tamat.
Yg tak seronok tu, hari ni Misuari bagi amaran supaya jgn dibunuh ketua penceroboh, atau pasukannya akan turut serta menyerang sabah.
Sikit demi sikit, tirai konspirasi dibuka.
Hmm.. aku setuju ATM simpan dulu kuku sampai dapat ditentukan kapasiti sebenar musuh, then kita all-out.
Hari ni dah Utusan menyatakan 30 orang penganas telah mati. Baguslah, dalam sehari dua lagi selesailah tu kot.
Post a Comment