Sidang parlimen tergempar untuk bincang isu penceroboh di Lahad Datu. Aku setuju dengan pendapat Khairy Jamaluddin, buat apa nak adakan sidang parlimen. Isunya adalah isu penjenayah yang menceroboh negara dan sudah tentu apa yang paling penting adalah serahkan tugas untuk menyelesaikannya kepada pihak polis dan tentera. Ahli parlimen boleh buat apa dalam situasi tegang macam ni. Banyak bercakap dalam parlimen, banyak pulak benda-benda mengarut yang timbul.
Selepas selesai isu ni, bolehlah panggil sidang parlimen untuk membincangkan siapa dalang dalam isu ni. Bolehlah bincang macamana hendak mengadakan penyelesaian jangkapanjang kerana pencerobohan dan keganasan ini tidak akan berhenti setakat tu sahaja. Pasti akan ada siri balas dendam selepas ini.
Isu ini bukan isu politik, cuma ianya telah dipolitikkan. Maka ianya nanpak seolah-olah isu politik. Pada peringkat awalnya, ramai pihak yang menuduh ianya sandiwara UMNO, tetapi bila 8 orang anggota keselamatan telah gugur, sandiwara apanya. Kejam sangat ke BN ni hendak mengorbankan 8 orang anggota keselamatan negara kerana hendak menang PRU 13?. Ada ke yang sanggup menjadi pelakon untuk mati kerana arahan kerajaan BN> Baharuddin sanggup ke? Ini mati betul-betul, bukannya seperti 'mati' semasa BERSIH dulu.
Itulah suka sangat main wayang, sampai tuduh orang lain pun sama main wayang.
Sape yang kate sandiwara tu yang bersandiwara sebenarnya. Mana dia Tian Chua, bila lagi nak minta maaf kepada UMNO dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban? Kalau benci sangat dengan UMNO, janganlah menjadim begitu bodoh dan membodohkan diri kerana ianya akan memalukan diri, keluarga, keturunan dan juga parti.
Cadangan Pembangkang Bincang Isu Pencerobohan di Sabah Ke Parlimen Dibidas
KUALA LUMPUR, 4 Feb – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin membidas cadangan pembangkang yang mahu mengadakan sidang parlimen tergempar bagi memperbincangkan isu pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Lahad Datu, Sabah yang setakat ini telah mengorbankan lapan nyawa anggota keselamatan negara.Menurut beliau, cadangan yang dilontarkan oleh pembangkang itu tidak logik kerana ia berhubung soal keselamatan negara yang sedang berhadapan dengan ancaman musuh, di mana ia perlu ditangani dengan cermat dan teliti demi keselamatan rakyat di negara ini.
“Ini adalah isu keselamatan negara di mana hari ini kita sedang menghadapi serangan bersenjata dari pihak penceroboh. Takkanlah kita nak bincang isu bagaimana untuk menangani percerobohan ini secara terbuka di Parlimen kerana ia melibatkan strategi yang melibatkan perkara-perkara sulit yang tidak boleh didedahkan secara terbuka.
“Sebagai contoh, ketika Presiden Obama merancang untuk menangkap Osama Bin Laden, beliau tidak memanggil parti lawannya untuk memperbahaskan perkara ini di Dewan Senat secara terbuka kerana ini melibatkan operasi sulit ketenteraan,” tegas beliau bercakap kepada pemberita ketika menghadiri majlis tahlil untuk anggota keselamatan yang terkorban di Putra World Trade Center (PWTC) hari ini.
Justeru itu, Khairy menyelar sikap pembangkang yang cuba mempolitik isu pencerobohan di Sabah dalam keadaan negara yang sedang menghadapi ancaman musuh, demi kepentingan politik mereka.
“Pembangkang tidak patut politikkan isu ini kerana ia melibatkan soal keselamatan negara. Tidak perlu panjangkan isu ini sehingga akhirnya menjadi polemik politik, sedangkan kita sedang menghadapi situasi genting dalam usaha mengatasi ancaman pencerobohan yang sedang berlaku di Sabah hari ini,” ujarnya.
Selain itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Sabah ketika berjuang mempertahankan negara dan meminta mereka bersabar dengan ujian tersebut.
Pemuda UMNO Malaysia turut memberikan sumbangan sebanyak RM 10,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima bagi membantu meringankan beban anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban. -MediaUMNO
1 comment:
Kalau pasal perkara karut marut, berilah kepada pihak pembangkang. Mereka memang teror dalam hal begini.
Post a Comment