Aku heran dan pelik dengan PKR punya boss. Kenapa pulak Ahli Parti Sendiri dipinggirkan tetapi DAP pula yang diutamakan. Kera dihutan disusukan, anak di rumah kelaparan. Taik hidung orang nampak, taik hidung sendiri bersepil nak keluar. Memang tak salahlah jika ada pemimpin PKR yang merajuk dan tidak buat kerja.
Dalam iru Chua Jui Meng, sepatutnya Anwar kena tanya pandangan PKR Johor terutama Jui Meng yang menjadi bos PKR Johor sebelum menentukan sape-sape yang menjadi calon di Johor. Bukannya pandai-pandai je letak calon. Kalau dari kalangan ahli parti sendiri takpelah. Ini dari parti lain.
PKR bukan parti milik Anwar ataupun Milik keluarga Anwar. Ianya milik semua ahli PKR seluruh negara. Keluarga Anwar dan rakan-rakan beliau cuma diamanahkan untuk mengetuai parti. Namun demikian aku melihat Anwar menguruskan PKR macamlah PKR itu Parti Milik Keluarga dan Rakan-Rakan. Macam Syarikat Sdn. Bhd.
Minta maaflah kepada Pakatan Rakyat terutama PAS dan DAP. Aku berpandangan selagi PKR itu diuruskan seperti syarikat Sdn. Bhd. maka tunggulah saat kejatuhan dan kebangkrapannya.
Lihat apa yang berlaku kepada PKR Johor sekarang ni. Baca berita di bawah ni. Kalau macam ni, jangan harap nak menawan Putrajaya. Itu baru sorang yang merajuk. Selepas penamaan calon aku percaya akan ramai lagi yang tak puas hati.
Timbalan pangku tugas Jui Meng di Johor
PKR Johor kini dipangku oleh timbalan pengerusi majlis pimpinan negeri Dr Ahmad Faidhi Saidi selepas bosnya Chua Jui Meng terus tidak tampil di khalayak umum.
Perkara ini disahkan oleh timbalan setiausaha PKR negeri Steven Choong, yang dilihat sebagai orang Chua.
Menurut Chong, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri dua hari lalu.
"Dalam mesyuarat itu, secara sebulat suara diputuskan, ketika Chua bercuti, kedudukannya diserahkan kepada pihak pusat untuk membuat keputusan, tetapi beliau (Ahmad) perlu ambil peranan untuk memastikan parti berjalan."
"Menurut perlembagaan, apabila pemimpin negeri tidak ada, timbalannya akan menjadi pemangku," kata Chong kepada Malaysiakini.
Sikap Chua (atas) itu sebelum ini dispekulasikan ekoran perasaan tidak puas hati terhadap keputusan pembangkang memberikan kerusi Gelang Patah kepada pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, kerusi yang dikatakan diintainya terlebih dahulu.

1 comment:
Ha..ha..ha biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.
Post a Comment