Hampir 50,000 kakitangan awam yang berstatus kontrak berada di dalam ketidak tentuan selerpas PRU 13 nanti jika sekiranya para pengundi silap membuat pertimbangan dan perhintungan dalam PRU 13 nanti. CEUPACS berharap sungguh agar kerajaan sekarang ini menyerap segera kakitangan awam yang berstatus kontrak ini kerana mereka telah lama berkhidmat membantu kerajaan BN selama ini. Tambahan pula ada kakitangan kontrak ini yang telah lama berkhidmat dengan kerajaan BN.
Pendapat aku sebagaimana kita ketahui bahawa Pakatan Rakyat sentiasa menwar-warkan bahawa jumlah kakitangan awam kita terlalu besar, terlalu ramai. Dari kenyataan ini, jelas bahawa jika PR memerintah, mereka akan melakukan tindakan drastik pengurangan kakitangan awam. Cara paling mudah tanpa memberikan implikasi yang cukup besar kepada tindakan perundangan ialah dengan tidak menyambung kontrak kakitangan awam yang tamat kontrak. Mungkin bukan semua, tetapi mana-mana kakitangan kontrak yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan, mungkin bakal menerima nasib.
Oleh yang demikian, aku bersetuju dengan permintaan Presiden CEUPACS supaya kakitangan kontrak yang sedia ada sekarang ini diserap dengan segera ke jawatan tetap bagi mengelak sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka selepas PRU 13 nanti. Aku percaya bukan ini yang menjadi sebab utama gesaan Presiden CEUPACS tetapi bagi aku inilah yang sepatutnya difikirkan oleh kerajaan untuk menyerap kakitangan kontrak dengan kadar segera. Bukanlah bermakna aku tidak yakin dengan kemenangan BN dalam PRU 13 nanti, tetapi tidak salah rasanya kita mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak risiko yang lebih besar.
Baca berita pasal ini di bawah ini.
Cuepacs mahu pegawai kontrak diserap segera
31 Januari 2013
PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu penjawat awam berstatus kontrak yang telah lama berkhidmat diserapkan ke jawatan tetap secepat mungkin.
Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata tidak perlu sebarang kajian dibuat terhadap masalah yang mereka hadapi kerana pekerja terbabit telah lama berkhidmat sehingga ada yang melebihi 10 tahun.
"Ini bukan lagi zaman kajian kerana isu itu telah diperjuangkan sejak sekian lama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri bengkel bersama Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Jawatankuasa Mengkaji Masalah Pegawai-pegawai Lantikan Kontrak yang ditubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), mula mengadakan perbincangan dengan wakil pegawai berkaitan dalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah berkaitan dengan taraf perkhidmatan mereka.
Jawatankuasa itu akan mengemukakan pandangan dan membuat syor tertentu kepada kerajaan sekiranya ia dapat merumuskan satu jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah pegawai kontrak.
Jawatankuasa itu akan mengemukakan pandangan dan membuat syor tertentu kepada kerajaan sekiranya ia dapat merumuskan satu jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah pegawai kontrak.
Menurut Omar, nasib kira-kira 50,000 pegawai lantikan kontrak ini perlu diberi perhatian kerana mereka berhak mendapat keistimewaan sebagaimana yang dinikmati penjawat awam lain.
"Berikan mereka keceriaan, lantik mereka ke jawatan tetap kerana mereka ada tanggungjawab, ada keluarga," katanya.
Selain itu Omar berkata Cuepacs turut menerima laporan berhubung kekosongan jawatan di sesuatu jabatan, namun ia akhirnya diisi oleh 'orang luar' sama ada graduan atau calon yang mempunyai 'orang dalam', sekali gus menafikan hak pekerja berstatus kontrak.
Tegas beliau pekerja berstatus kontrak perlu diberi keutamaan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap.
Sementara itu, Cuepacs katanya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diadakan satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri bagi membincangkan beberapa isu.
Antara isu yang akan dibangkitkan termasuklah gaji maksimum, imbuhan tetap perumahan, skim bagi menggantikan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menaikkan taraf gred.
Dalam pada itu Cuepacs akan mengadakan perjumpaan bersama jurufoto dan jurukamera dalam perkhidmatan awam termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan pada 5 Feb depan bagi membincangkan masalah berbangkit, katanya.
"Sebelum ini banyak janji nak naik taraf gred mereka. Tetapi sehingga ke hari ini tidak tahu (keputusannya). Akhirnya mereka berbalik kepada Cuepacs.
"Mereka memerlukan skim yang lebih baik dan diberi insentif khas kerana cabaran jurufoto, jurukamera dan juruteknik bukan seperti dahulu," kata Omar. - Bernama
No comments:
Post a Comment