Lagi....396 Ahli Pas Di DUN Semerak Sertai UMNO...Ini Memberi Tamparan Hebat Buat PAS
Baru-baru ini pelbagai pihak mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan parti itu menarik balik dengan segera amanat yang dikeluarkan presiden Pas itu pada 1981 bagi memastikan masyarakat Melayu kembali bersatu demi kebaikan semua pihak.
Putrarahman: Berita di atas akan dipandang sebelah mata sahaja oleh penyokong paling tegar PAS. Mereka akan kata, kalau benar mereka semua tu ahli PAS, sila tunjukkan kad keahlian atau sebutkan nombor keahlian PAS masing-masing. Entah-entah 396 orang tu memang penyokong UMNO sedia ada.
Jadi kepada pemimpin UMNO, kalau ada penyokong atau ahli PAS nak keluar PAS, UMNO percaya sajalah bahawa mereka itu memang penyokong atau ahli PAS. Tak payah minta mereka tunjukkan kad keahlian ataupun nombor keahlian. Terpulanglah kepada penyokong PAS yang masih tegar dengan PAS nak percaya atau tidak.
Lagi satu, kepada orang Islam semua, sebenarnya tiada sebab lagi untuk memberikan sokongan kepada PAS. PAS sekarang ini sama tarafnya dengan UMNO dan juga lain-lain parti politik iaitu sebuah parti politik yang berjuang untuk mendapatkan kuasa.
Kalau dulu, memanglah boleh dikatakan PAS ini sebuah gerakan ataupun pertubuhan yang berjuang bagi menegakkan sebuah negara Islam yang menjalankan hukum Islam sepenuhnya. Sesiapa yang menyokong akan mendapat pahala dari Allah atas sebab niat untuk menegakkan Hukum Allah.
Sekarang ini, semenjak PAS berkerjasama dengan DAP dan PKR, maka taraf dia samalah seperti UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tidak ada lagi perjuangan negara Islam ataupun Hukum Islam, tetapi yang ada adalah perjuangan untuk mendapatkan kuasa semata-mata.
Jadi, adalah lebih baik umat Islam memberikan sokongan kepada UMNO kerana terbukti di dalam BN, UMNO adalah sebuah parti yang dominan manakala di dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah sebuah parti yang sering kali diperkudakan oleh DAP dan PKR.
No comments:
Post a Comment