SAHABAT BLOG

23 December 2012

PAS Ada Cita-Cita Tetapi Tiada Usaha - Angan-Angan Namanya Tuh....



'Amanat Haji Hadi tak pernah kafirkan Umno'
 
Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi 'amanat' itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.

Beliau kemudian membacakan sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

"Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.

"Inilah yang dikatakan putar belit media Umno," katanya dalam sidang media di pusat khidmat beliau di Shah Alam semalam.

Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.

"Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafir," katanya.

Tambahnya lagi, budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri.

"Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir," tegasnya.

Dalam sidang media yang sama, Khalid turut merakamkan ucapan 'tahniah' kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberikan 'tauliah' kepada golongan selebriti untuk berceramah di masjid dan surau di seluruh Selangor.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Disember 2012 yang bertajuk 'Tidak halang selebriti berceramah di
masjid'.

Khalid sendiri sebelum ini ditarik tauliahnya untuk mengajar agama di Selangor.


Putrarahman: Apabila membaca kenyataan Khalid Samad di atas, boleh disimpulkan bahawa PAS tidak pernah mengkapirkan UMNO. Jika UMNO ini tidak mereka anggap kapir, maknanya secara langsung mereka mengiktiraf bahawa UMNO ini saudara sesama Islam.

Sebagai saudara sesama Islam, darimana datangnya ganjaran syahid jika menentang UMNO. Adakah disebabkan UMNO tidak melaksanakan hukum hudud, maka mereka wajib ditentang. Kelantan yang telah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS,masih tidak melaksanakan hukum hudud kenapa tidak tentang. Mengarut.

Jika ditanya kenapa Kelantan masih belum melaksanakan hukum hudud,  pelbagai alasan termasuk alasan ugutan daripada UMNO akan dihujahkan. Namun demikian mereka tidak pernah menerima alasan yang diberikan oleh UMNO kenapa hukum hudud tidak dapat dilaksanakan. Mengarut.

PAS ini hanyalah sebuah parti politik yang mempunyai cita-cita hendak melaksanakan hukum hudud jika mereka dapat memerintah Malaysia, tetapi tidak ada usaha dan ikhtiar untuk merealisasikan cita-cita mereka tersebut. Jika benar mereka berusaha untuk merealisasikan cita-cita mereka itu, Kenapa PAS tidak meletakkan calon-calon mereka di 222 kerusi parlimen supaya mendapat majoriti 2/3 Parlimen dan seterusnya mengubah jua perlembagaan yang mereka mahu ubah. Adakah boleh dikatakan mereka berusaha dengan  bergabung dengan DAP sedangkan DAP ialah sebuah parti kapir  yang terang-terang menolak Islam. Mengarut.

Mereka menentang, mengeji, memburukkan, menghina UMNO kerana tidak mempunyai cita-cita untuk melaksanakan hukum hudud bahkan mengeluarkan amanat yang menyatakan sesiapa sahaja yang mati disebabkan menentang UMNO akan mendapat ganjaran Syahid. Mengarut.

Walaupun tidak bercita-cita hendak melaksankan hukum hudud, UMNO telah berusaha dengan bersungguh untuk merealisasi hukum-hukum Islam yang lainnya dan pada masa yang sama, UMNO berusaha dengan bersungguh untuk memertabatkan Islam di Malaysia ini. PAS pula hanya mempunyai cita-cita yang tak  kemana tanpa usaha. Di Kelantan sudah 20 tahun lebih mereka memerintah, bukan sahaja hudud tidak dilaksanakan tetapi mereka juga tidak berusaha untuk menegakkan syiar Islam. Tidak ada walau sebuah masjid pun yang mereka bina sepanjang pemerintahan itu. Mengarut.


No comments: