SAHABAT BLOG

16 December 2012

Melayu Jangan Beri Undi pada DAP dalam PRU 13

DAP tidak akan menang kerusi Parlimen ataupun kerusi Dewan Undangan Negeri tanpa undi daripada orang melayu. Orang melayu tidak boleh menang untuk menjadi pemimpin DAP tanpa undi daripada kaum Cina. 

Orang melayu telah memberikan undi mereka untuk memberi kemenangan kepada calon DAP dalam pilihanraya. Akan tetapi orang cina tidak memberikan undi mereka kepada orang melayu di dalam kongres DAP untuk dipilih menjadi pemimpin mereka. 

Maknanya, orang melayu ini sanggup dan rela melantik orang Cina menjadi pemimpin mereka, tetapi dalam masa yang sama orang Cina sama sekali tidak rela dan tidak sanggup menjadikan orang Melayu sebagai pemimpin mereka.

Mungkin senario ini tidak memberikan apa-apa makna kepada sesetengah orang. Akan tetapi cuba bayangkan situasi ini 30,40,50 tahun yang akan datang. Apabila orang Cina DAP telah menguasai segala-galanya di Tanah Tumpahnya Darahku ini termasuk kuasa politik, orang melayu akan sentiasa menjadi melukut ditepi gantang. 

Walaupun orang melayu DAP menjadi wakil rakyat, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan arah tuju negara kerana semuanya diatur dan dicatur oleh DAP.  Di dalam parti DAP, orang melayu tidak mempunyai apa-apa kuasa kerana mereka bukan pemimpin.  Pada masa itu, parti yang mengawal kerajaan dan bukannya kerajaan yang mengawal parti. 

Cukuplah aku memberikan komen dan ulasan pasal kongres pemilihan pemimpin DAP. Kesimpulan aku ialah, orang melayu hendaklah tidak memberikan undi mereka kepada calon Cina DAP dalam PRU 13 nanti. Kalau tidak mahu undi calon BN, jangan keluar mengundi. Balas balik apa yang telah dibuat oleh perwakilan DAP terhadap pemimpin melayu di dalam kongres pemilihan parti mereka. 





1 comment:

Anonymous said...

negara diselatan tanah air contoh terbaik.melayu hilang segalanya,