SAHABAT BLOG

16 December 2012

DAP meminggirkan Melayu Bangsal

Pemilihan CEC DAP membuktikan bahawa orang Cina dan India hanya menganggap orang melayu di negara ini hanya layak menjadi pengikut dan bukannya pemimpin. Sebagai kaum majoriti, kenapakah orang melayu dipandang begitu hina dina oleh DAP. Sebagai pemimpin,Cina dan India dalam DAP boleh membuat percaturan nasib orang Melayu samada hendak melayan kehendak mereka ataupun tidak. Kalau tidak dilayan sekalipun, orang melayu tidak boleh buat apa-apa kerana mereka hanya pengikut. 

Tidak salah jika aku membuat kesimpulan bahawa Parti DAP merupakan sebuah parti yang menghimpunkan Cina dan India dan kaum lain yang tidak pernah senang dengan orang Melayu. Sebuah parti yang menjadi tempat berhimpun orang-orang  yang mencari jalan dan ikhtiar untuk menghapuskan hak-hak keistimewaan bangsa melayu, kesultanan melayu. Satu kumpulan yang menjadi tempat berhimpun kaum-kaum yang sentiasa mencari jalan dan ikhtiar untuk memastikan agama lain selain Islam mendapat tempat dan pembelaan sebagaimana yang dinikmati oleh agama Islam.

Sebagai sebuah parti yang meletak orang melayu hanya layak menjadi pengikut, DAP telah meminggirkan pemimpin-pemimpin Melayu di dalam DAP untuk dipilih menganggotai kepimpinan utama DAP. Orang Melayu Islam hanya layak menerima ihsan daripada pemimpin Cina  untuk dilantik dalam barisan kepimpinan DAP. Pemimpin melayu yang berada di dalam DAP ada melayu bangsal dan melayu penderhaka. DAP sengaja melantik orang melayu Islam sebagai ejen untuk menarik lebih ramai melayu menjadi melayu bangsal dan penderhaka. 


Berikut adalah senarai penuh calon yang dipilih ke CEC hari ini termasuk beberapa melayu bangsal.
 
Senarai penuh CEC

Pengerusi - Karpal Singh
 
Timbalan Pengerusi - Tan Kok Wai
 
Naib presiden - Chow Kon Yeow, Ariffin Omar (dilantik atas ihsan LGE), Chong Chieng Jen, M Kulasegaran, Teresa Kok
 
Setiausaha agung - Lim Guan Eng
 
Timbalan setiausaha agung - Chong Eng, Ngeh Koo Ham, P Ramasamy
 
Bendahari - Fong Kui Lun
 
Setiausaha organisasi - Loke Siew Fook
 
Timbalan setiausaha organisasi - Vincent Wu, Thomas Su
 
Setiausaha publisiti - Tony Pua
 
Timbalan setiausaha publisiti - Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari (dilantik atas ihsan LGE)
 
Setiausaha antarabangsa - V Sivakumar
 
Pengarah pendidikan politik - Liew Chin Tong
 
Timbalan pengarah pendidikan politik - Boo Cheng Hau
 
Ahli Jawatankuasa: Lim Kit Siang, Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim, Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong, John Brian Anthony, Edwin Bosi, Gobind Singh Deo.

No comments: