SAHABAT BLOG

12 December 2012

Kehendak Tidak Terkawal Punca Berhutang

Perbelanjaan kahwin anak muda zaman sekarang ni melampau-lampau. Kalau nak dibandingkan di zaman dulu-dulu, jauh bezanya. Kalau dulu-dulu, kebiasaannya majlis perkahwinan lebih meriah dengan kehadiran sanak keluarga dan jiran sekampung. 

Zaman dahulu jemputan hanyalah dikalangan mereka yang dikenali oleh keluarga pengantin. Sekarang ni, jemputan merata-rata. Adakalanya mereka yang datang lansung tidak dikenali oleh mak bapak pengantin. 

Kad kahwin pula tak main lagi dah kertas photostat. Semuanya ditempah cantik-cantik. Khidmat pakej pengantin semakin berleluasa. Semuanya ini sebenarnya tidak perlu tetapi lebih kepada kehendak. 

Kalau mampu tidak menjadi masalah, tetapi kalau tidak mampu, maka terpaksalah pinjam sana sini. Kebiasaannya personal loan di Bank Rakyat menjadi pilihan utama. Akhirnya ada yang sampai anak-anak dah besar panjang, hutang belanja kahwin masih belum habis bayar. Lebih malang lagi, ada yang bercerai-berai pun, hutang belanja kahwin masih belum habis bayar.

Jadi sepatutnya pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga hendak kumpul duit siap-siap dan hendaklah bijak membuat bajet. Mana yang tidak perlu seperti khidmat jurugambar, juru andam, pelamin, sewa baju pengantin tu tak payahlah diambil. Jemputan pula lebih elok dikalangan kenalan dan jiran sekampung sahaja. 

Akibatnya sila baca laporan di bawah;-


Persiapan kahwin punca terperangkap hutang

KOTA BHARU 11 Dis. - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan masalah kemelut hutang melibatkan nilai sebanyak RM82 juta yang dihadapi kira-kira 2,550 individu sejak ditubuhkan pada tahun 2006 sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Koid Swee Lian berkata, antara punca utama mereka terperangkap di dalam belenggu hutang tersebut adalah melibatkan pinjaman untuk perbelanjaan perkahwinan.

Katanya, kos persiapan perkahwinan yang semakin meningkat telah memaksa golongan muda kini lebih gemar membuat pinjaman tanpa berfikir panjang.

"Selain persiapan. faktor wang hantaran yang tinggi termasuk menyediakan barangan hantaran seperti barang kemas dan sebagainya menyebabkan bakal pengantin terus tersepit sehingga terpaksa berhutang melalui pinjaman peribadi dan lain-lain.

"Kebanyakan golongan muda di bawah umur 30 tahun yang ingin berkahwin biasanya baru mendapat pekerjaan di antara dua hingga tiga tahun dan sudah tentu tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh selain simpanan juga tidak begitu banyak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121211/dn_32/Persiapan-kahwin-punca-terperangkap-hutang#ixzz2El6dKfwx
© Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: