SAHABAT BLOG

10 December 2012

Kalau Tak Tahu, Diam Sajalah. Jangan Cari Gaduh

Eloklah DAP mula mengenali sejarah. Aku ingatkan DAP ni sebuah parti yang semakin lupa sejarah. Apabila mereka mula ingat sejarah, tidak sepatutnya mereka lupa sejarah asal usul masyarakat di Malaysia ni. Siapa yang menjadi pemilik asal negara tercinta ini. Bagaimanakah perjuangan orang-orang zaman dahulu untuk menuntut kemerdekaan tanahair. Bagaimana hebatnya perpaduan kaum suatu ketika dahulu sehingga terbentuknya Malaysia. Bagaimana semua bangsa telah bersetuju dengan kontrak sosial sehingga terbentuknya Perlembagaan Persekutuan. Semuanya ini ada dalam sejarah dan boleh dibaca.

Tapi sayang, sejarah yang diingati mereka adalah sejarah yang boleh menimbulkan suasana yang tidak aman. Sejarah pemilikan tanah oleh UMNO tahun 1981 pula yang diingatnya. Kenapa nak dibongkarnya sejarah yang tak ada sape nak tahu kecuali mereka yang berniat serong sahaja.

Kalau tak tahu harga pasaran tanah 30 tahun yang lalu, buat apa nak diungkitkan lagi. Kenapa main tuduh-tuduh macam tu sahaja. Ini kerja orang yang sengaja hendak cari gaduh dan sengaja hendak menimbulkan suasana tidak aman. Kerja orang yang dengki dengan keistimewaan yang dimiliki oleh orang Melayu.

Aku geram betullah dengan DAP ni. Sengaja sahaja hendak menyakitkan hati orang melayu.   Nak tahu ceritanya, baca di bawah ni

DAP dakwa tanah murah Umno jadi pusat penjaja
 
Kunjungan DAP ke sekeping tanah yang didakwa diperolehi Umno dengan harga murah hari ini mendapati kawasan merupakan pusat penjaja yang sibuk dan turut menempatkan hostel untuk pekerja warga asing.

ADUN Kampung Tunku Lau Weng San mendakwa pemilikan tanah seluas 5,010.6 kaki persegi di Sungai Way, yang amat strategik bersebelahan Lebuh Raya Persekutuan diberikan kepada Umno Petaling Jaya pada 1981 dengan harga RM1 sekaki persegi.
"Ini adalah sekeping tanah komersil tetapi harga semasa jualannya adalah lebih rendah daripada tanah pertanian," dakwanya ketika bercakap kepada pemberita di lokasi berkenaan.

Katanya, beliau tidak pasti harga pasaran semasa tanah itu namun tanah di kawasan sekitarnya sekurang-kurangnya bernilai RM100 sekaki persegi.

Lau juga mengesyaki Umno mendapat keuntungan daripada sewaan tapak kepada penjaja dan juga hostel berkenaan.
 
"Umno membenarkan orang berniaga di situ dan mengenakan sewa. Keuntungan ini bukan untuk kerajaan tetapi untuk parti.

"Umno boleh mendapatkan tanah, tapi ia sepatutnya dijalankan dengan sesiau dan mengikut harga pasaran. Mereka tidak sepatutnya mengkayakan diri mereka melalui aset kerajaan," katanya.

Lau menekankan bahawa beliau tiada masalah jika penjaja berniaga di situ tetapi tidak adil jika Umno mendapatkan tanah dengan harga yang sangat murah dan kemudiannya mendapat untuk dengan menyewakan premis..

"Sebagai parti politik yang bertanggungjawab, mereka perlu membayar pampasan kepada kerajaan atau memulangkan tanah berkenaan," katanya.

No comments: