Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa terdapat 300,000 masyarakat India yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan kerana tidak memiliki kad pengenalan.
Dalam ucapannya di perhimpunan agung MIC hari ini, Najib berkata jumlah itu diperbesar-besarkan, namun tidak memberi anggaran sebenar jumlah anggota masyarakat India yang mengalami masalah itu.

Katanya, semakannya menunjukkan seramai 9,000 orang telah mendaftar dan sebanyak 4,500 kes telah diselesaikan dan diberi kad pengenalan.

"Seramai 2,000 lagi sedang diproses," katanya lagi.