Menjelang PRU 13 yang tak berapa lama lagi, parti-parti politik yang bakal bertanding telah memulakan perang psikologi. Setiap parti walaupun sebuah parti yang kecil seperti KITA, mendakwa bahawa mereka bakal memperolehi kemenangan dalam PRU13 nanti. Bukan itu sahaja, bahkan ada pemimpin tidak berparti yang sedang mengirai-ngirai kepak mereka untuk menarik perhatian parti-parti politik.
Perang psikologi ni adalah perang cakap besar. Perang cakap besar ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan pihak lawan dan pada masa yang sama juga ingin menambahkan keyakinan kepada ahli pasukan sendiri. Perang cakap besar ini biasanya direka dan dicadangkan oleh pakar strategi yang memang bijak dan terlatih dalam situasi peperangan psikologi.
Hakikat sebenarnya tidaklah sebagaimana yang digambarkan. Sebenarnya tidak ada sesiapa yang boleh membuat ramalan dan tilikan apa yang bakal berlaku dan parti mana yang bakal memperolehi kemenangan dalam PRU 13 nanti.
Ramalan yang dibuat oleh pakar-pakar cakap besar mana-mana parti hanyalah sesuatu yang dibuat berdasarkan pemerhatian dan trend bakal pengundi sahaja dan bukannya dibuat dengan berpandukan bukti-bukti yang saintifik seperti ramalan kaji cuaca. Ramalan kaji cuaca pun kadang-kadang tidak tepat.
Dalam Islam, aku tidak pernah terjumpa dalam mana-mana peperangan yang berlaku pakar-pakar strategi Islam seperti Rasulullah S.A.W., Ali bin ABi Talib, r.a. Khalid Al Walid, Muhammad Al Fatih, Salauddin Al Ayubi dan lain-lain yang boleh meramalkan kemenangan kepada pihak Islam. Mereka berusaha, berperang, mengatur strategi dan berserah kepada Allah S.W.T.
Itulah sebab aku kata Husam Musa hanya bercakap besar sebagai satu serangan psikologi terhadap UMNO. Jika kita baca artikel di bawah ini, barulah kita boleh jugde bertapa hebatnya ramalan dan tilikan Husam Musa. Bagi pengundi atas pagar, cakap-cakap besar sebegini boleh menarik mereka untuk memilih PR dalam PRU 13 nanti. Bagi penyokong PAS pula, kembanglah lubang hidung mereka. Bagi penyokong BN pula, cuma tersenyum tetapi sakit hati juga.
Harakahdaily, | 18 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS penuh keyakinan, perpindahan kuasa yang akan berlaku berlaku dalam pilihan raya ke 13 nanti bakal berjalan dengan penuh keamanan.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.
"Ketika itu, Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka.
"Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihan raya PAS di Kota Bharu baru-baru ini.
Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap to Putrajaya' PAS ini kepada Harakahdaily.
Oleh kerana semua rakyat menyambut baik perpindahan kuasa ini, beliau yakin semua pihak yang mendokong negara termasuk angkatan tentera dan polis tidak akan bertembung dengan kehendak rakyat.
"Apabila rakyat membuat keputusan yang jelas memberikan mandat kepada Pakatan, saya yakin semua aparatus negara akan bersama rakyat kerana terlalu tinggi risiko yang diambil kalau mereka tidak bersama rakyat," kata Husam penuh keyakinan.
80 kerusi
Maklumat terbaru yang beliau terima menunjukkan BN bakal mendapat hanya sekitar 80 dari 122 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihan raya ke 13 nanti.
Beliau juga diberitahu, para pengundi Melayu juga sudah berubah termasuk di kawasan Felda seiring dengan kajian yang dibuat oleh sebuah badan di Selangor.
"Apabila ini berlaku, masalah yang bakal dihadapi oleh PAS dan parti-parti dalam Pakatan adalah menghadapi permohonan berbondong-bondong para wakil rakyat BN untuk menyertainya.
"Kita tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk menapis mereka sedangkan kita perlu membuat keputusan segera," kata Husam yang merupakan antara pakar strategi PAS itu.
Sebelum ini, Husam yang mula-mula mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan membuat pilihan raya berasingan dari kerajaan pusat jika tarikh yang dipilih BN tidak sesuai dengan Pakatan.
Akibatnya, Selangor bertegas tidak mahu mengadakan pilihan raya awal dan menghalang Najib dari menetapkan tarikh pilihan raya bersendirian.
Oleh itu, bagi Husam, apa yang berlaku sekarang mencapai sasaran kenyataan beliau hari itu iaitu BN perlu berunding dengan Pakatan dalam menetapkan tarikh pilihan raya atau menolaknya sehingga ke hujung waktu.
1 comment:
puiii..jgn mimpi la husam oiii..hang ni meroyan lebih aih..
Post a Comment