SAHABAT BLOG

13 December 2012

Harimau Malaya Bernasib Malang

Malang Harimau Malaya di Thailand bertimpa-timpa. Sudahlah layanan yang diberikan oleh Thailand bertaraf kampung, pengadil pula menambah burukkan lagi keadaan apabila melayan pasukan negara seolah-olah pasukan negara adalah sebuah pasukan yang ganas, yang suka bermain kasar. Tanpa amaran pertama, dua orang pemain pasukan Harimau Malaya dilayangkan kad kuning walaupun kesalahan yang dilakukan tidaklah seteruk mana. Sepatutnya bagi kesalahan sedemikian, pada pertama kali hendaklah diberi amaran terlebih dahulu, bukannya terus melayangkan kad kuning. Thailand seolah-olah bermain dengan 12 orang pemain dimana pemain yang ke 12 adalah seorang import pemain korea.

Ekoran pengadil yang terlalu murah hati memberikan sepakan percuma kepada Thailand seolah-olah wisel sentiasa berada di mulut beliau, maka pemain pertahanan Malaysia cukup berhati-hati bimbang pengadil tersasul meniup wisel di dalam kawasan penalti. Boleh dikatakan mutu pengadilan pada malam ini amat teruk dan dari skala 1 - 10, aku boleh berikan hanya skala 3 sahaja. Itupun dah cukup bagus.

Dari segi strategi dan corak permainan Malaysia, aku berpendapat strategi Rajagopal menggunakan formasi 4-5-1 tidak tepat. Menggunakan penyerang tunggal menyebabkan pemain Thailand cukup selesa untuk menguasai kawasan tengah kerana pertahanan mereka langsung tidak tertekan. Sepatutnya Rajagopal menggunakan formasi 4-3-1-2. Inilah formasi yang sesuai untuk digunakan jika mahukan gol dan pada masa yang sama menguasai kawasan tengah dan juga pertahanan.

Sedikit lambat menukar strategi dalam separuh masa kedua menyebabkan Thailand memperolehi gol. Sepatutnya, apabila Fadli Sas terpaksa keluar, Rajagopal hendaklah memasukkan pemain pertahanan dan mengeluarkan pemain sayap. Menggunakan sebelah sayap sahaja sudah cukup rasanya disamping mengharapkan pemain pertahanan sekali sekala bertindak sebagai pemain sayap. 

Apa-apa pun, tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya melangkah ke Separuh akhir. Sebenarnya apabila kalah kepada Singapura, ramai pihak yang tidak menaruh harapan Harimau Malaya  akan berjaya melangkah ke separuh akhir.  Aku percaya Rajagopal tentunya berpuashati kerana target beliau hanyalah ke separuh akhir dan ianya tercapai. 

Sepatutnya telah lama digantikan. FAM sepatutnya sudah boleh menilai sedari awal terhadap Raujagopal apabila melihat kepada corak permainan sekarang ini, jauh berbeza jika dibanding dengan corak permainan sewaktu menjadi juara 2 tahun dahulu. Jurulatih Malaysia ini sebenarnya  mampu untuk satu musim sahaja. Tidak ada yang mampu untuk mengulangi kejayaan yang mereka pernah capai.

No comments: