Dua orang penyokong Pakatan Rakyat serta seorang penyokong BN cedera dalam satu pergaduhan di ceramah yang dihadiri ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam tadi.

Lidah parti PKR Keadilan Daily melaporkan, salah seorang penyokong Pakatan itu mengalami kecederaan di bahu kiri yang didakwa akibat diserang dengan satu senjata tajam.

NONE“Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini.

“Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah,” laporan itu dipetik.

Sementara itu, blog pro-Pakatan sharpshooterblogger.blogspot.com pula mendakwa ketua cawangan PAS Air Panas mengalami kecederaan di kepala akibat terkena satu objek yang dilemparkan ke arahnya.

Dalam satu tulisan di Twitter hari ini, ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempersoalkan siapakah yang memulakan provokasi berkenaan.

"Insiden Gombak semalam: Siasat semua pihak. Politik keganasan mesti ditolak. Tapi siapa mula provokasi? Orang BN cedera," dakwanya.

NONEKhairy turut memuatkan satu gambar menunjukkan seorang lelaki dengan kesan darah di dahi.

Sementara itu, Anwar dalam ucapannya di ceramah berkenaan mengutuk insiden berkenaan yang disifatkan sebagai perbuatan golongan “jahiliah”.

Menurut laporan Harakah Daily itu lagi, Anwar juga mahu polis mengambil tindakan segera ke atas kejadian tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, timibalan ketua cabang PKR Gombak Amirudin Shari turut mengutuk serangan berkenaan dan mahu Pemuda Umno bertanggungjawab ke atas tindakan keganasan berkenaan.

[Video] PKR Terdesak - Tikam Ahli Sendiri Untuk 'Cover' Selepas Pukul Orang Gombak? http://keris7lok.blogspot.com/2012/12/video-pkr-terdesak-tikam-ahli-sendiri.html


Ini cerita sebenarnya yang Keris terima dari Jawa Bernam. Memang Pemuda UMNO telah hadir untuk menghalau petualang bangsa dari mencemarkan kawasan Gombak Utara dari terus menabur fitnah. Memang tak nafikan sehingga ada yang sanggup berjalan kaki sejauh 2kilometer dari Pejabat UMNO Gombak Utara. Malah, Tamrin Ghaffar juga terpaksa menaiki motosikal kerana kebanjiran Pemuda UMNO yang berjaga disepanjang jalan.

Pada sejam pertama, tiada apa-apa yang berlaku. Pemuda UMNO hanyalah berkumpul diseberang jalan untuk menunggu kehadiran Anwar Ibrahim berceramah. Tiada acara baling batu, kelapa, kerusi dan pelbagai objek lagi. Semuanya masih dalam kawalan.

Sehinggalah ada tangan jahat dari kumpulan puak pakatan yang mulakan serangan baling batu ke atas Pemuda UMNO. Maka bermulalah episod siri serangan balas-membalas balingan batu sehingga ada yang cedera di pihak UMNO.


Akhirnya polis telah dipanggil untuk mententeramkan keadaan namun tidak berkesan. Akibatnya, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dipanggil untuk menghalang dua kumpulan ini dari terus bergaduh. Ucapan Anwar juga terganggu dan kadang-kadang tersangkut akibat dari tindakan Pemuda UMNO tersebut.

Tetapi 100 orang Pemuda UMNO berhadapan dengan 1000 penyokong pakatan termasuk yang diimport dari luar, tanda Pemuda UMNO semakin berani dan tidak gentar.

K7L : Orang Gombak tak suka Anwar..yang hadir