SAHABAT BLOG

09 September 2012

Isu Tayang Punggung Dah Selesai, Isu Tayang Pistol pula Bakal Menyusul..

Perbuatan "membontoti" atau menayang punggung kepada gambar Perdana Menteri oleh seorang Pelajar Kolej aku anggap telah selesai apabila pelajar berkenaan telah tampil dengan rela hati memohon maaf kepada Perdana Menteri atas ketelanjuran beliau tersebut. Tindakan pantas keluarga pelajar tersebut memohon maaf di atas perbuatan kurang ajar pelajar itu, aku percaya telah menyelamatkan masa depan pelajar berkenaan. Kalau tidak mungkin beliau akan menjadi seperti Adam Adli .

Dalam hal ini, aku percaya sejak mula lagi bahawa semakin ramai di kalangan anak muda hingusan, yang kononnya terpelajar tetapi sebenarnya terkurang ajar yang sanggup melakukan perkara-perkara biadap disebabkan pemimpin yang mereka puja tidak pernah memberi nasihat kepada mereka supaya berkelakuan sopan santun dan menghormati pemimpin negara, menghormati orang yang lebih tua dan sebagainya. Persoalannya, bagaimana mereka hendak memberi nasihat sedangkan mereka sendiri pun kurang ajar dan biadap dengan pemimpin negara.

Aku harap selepas ini, pihak pemberita tidak usahlah lagi mengukit kembali perkara ini di dalam media cetak dan media elektronik kerana isu ini sudah selesai. Rakyat pun dah mula bosan. Tak perlulah lagi pemberita menanyakan perkara ini kepada pemimpin untuk diminta ulasan kerana jika halnya sedemikian, isu ini tidak akan berhenti. Banyak lagi isu lain yang boleh ditanya dan disoal serta di highlight oleh para wartawan. 

Berita permohonan maaf pelajar ini  aku tidak jumpa di Malaysiakini. Macamana nak jumpa  kerana mereka cukup malu dengan pelajar ini. Ya betul!, para pemimpin pembangkang hampir 'mengangkat' pelajar ini sebagai hero muda mereka seperti yang dilakukan kepada Adam Adli, tetapi mujurlah bapa pelajar ini seorang yang masih waras dan masih lagi mempunyai roh Islam. Bukan seperti bapa Adam Adli. 

Baca berita yang aku ambil dari Utusan di bawah ini. Aku harap rakyat bolehlah memberi peluang kedua kepada pelajar ini untuk meneruskan kehidupannya.


BATU PAHAT 7 Sept. - Setelah kedua-dua ibu bapanya memohon maaf sebelum ini, pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, yang menghina gambar Perdana Menteri, akhirnya tampil memohon maaf dan menyesali perbuatan biadab yang dilakukannya.

Muhammad Ammar berkata, jika diberi peluang, dia juga bersedia untuk bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memohon maaf secara peribadi kepada pemimpin itu.

"Saya meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Perdana Menteri atas perbuatan biadab saya.

"Saya menyesal dan sekiranya dikenakan tindakan undang-undang saya menerimanya dengan reda," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Muhammad Ammar menjelaskan, dia tidak dibayar dan tidak disuruh mana-mana pihak sebaliknya melakukan perbuatan itu tanpa disedari.

Dia juga meminta, setelah permohonan maaf itu dibuatnya, tiada lagi pihak mengganggu keluarganya terutama ayahnya yang banyak menerima panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cemuhan.

"Yang salah adalah saya dan bukannya ayah saya, tolong jangan salahkan ibu bapa saya.
"Saya juga meminta penulis blog supaya berhenti menyiarkan gambar dan kisah saya. Daripada 10 penulis blog yang menyiarkan kisah saya, hanya dua yang benar dan boleh dipercayai.
"Ada penulis blog yang menuduh saya ada kaitan dengan kongsi gelap, sedangkan itu tidak benar," katanya.
Sebelum ini, dia ditahan polis berhubung tindakan menunjukkan punggung kepada gambar Perdana Menteri pada sambutan ambang merdeka, pada 30 Ogos lalu.

Muhammad Ammar berkata, sebelum ini dia lebih banyak mengurungkan diri kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarga ekoran ada khabar angin di internet kononnya wujud pihak tertentu yang tidak berpuas hati mencarinya di kolej setelah dibebaskan.

Bekas penuntut tahun dua program Diploma Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics dan bercita-cita menjadi pereka dalam bidang multimedia itu berkata, dia hanya akan memikirkan tentang pengajiannya dalam tempoh seminggu lagi.

Sementara itu, bapa pelajar itu, A. Rahman Abdullah, 53, berharap tidak ada lagi spekulasi berhubung anaknya selepas ini dan mereka sekeluarga bersedia bertemu dengan Perdana Menteri pada bila-bila masa tetapi tidak tahu bagaimana cara dan prosedur yang perlu dilakukan.

Ibu Rahilla Ahmad, 53, berkata, dia berharap anaknya menerima pengajaran dan mengambil iktibar daripada kejadian itu.

 Sumber: utusan.


No comments: