SAHABAT BLOG

26 April 2012

Aku kena tukar pusat mengundi ke?

BERSIH: 3.1 juta undi di bukan alamat IC

Ahmad Fadli KC

11:27AM Apr 26, 2012

Pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata kewujudan lebih 3.1 juta pengundi berdaftar di kawasan yang berbeza daripada alamat di kad pengenalan merupakan perkara yang amat merisaukan.

Jumlah besar itu, kata Ambiga, menyalahi Perkara 119(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan seorang pengundi perlu menjadi penduduk dalam kawasan mengundinya.

"Maklumat ini diserahkan kepada SPR oleh Jabatan Pendaftaran Negara pada tahun 2002 dan SPR (sehingga kini masih) tidak berbuat apa-apa dengannya," katanya dalam satu program debat dengan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di Petaling Jaya malam tadi.

Dalam hujahnya di program dihadiri kira-kira 600 orang itu, Ambiga menegaskan bahawa SPR hingga kini masih gagal membersihkan daftar pemilih.

COKAM: Aku setuju dengan kenyataan Ambiga ni kerana aku sendiri pun berbeza antara alamat Kad pengenalan dengan pusat mengundi aku. Aku mula mendaftar mengundi pada tahun 1990 semasa aku masih bekerja di Kuala Berang. Lepas tu aku berpindah randah ke merata tempat. Setiap kali aku pindah, aku kena tukar alamat tempat kerja aku kerana mengikut peraturan JPN, kita kena kemas kini alamat kad pengenalan kita bila bercadang hendak tinggal disesuatu tempat tu melebihi tempoh tertentu.

Sekarang ni aku dah guna alamat isteri aku sebagai alamat Kad Pengenalan aku. Isunya adakah aku pun kena tukar pusat mengundi  sedangkan aku masih anggap diri aku sebagai penduduk asal kampung aku dan perantauan aku tidak pernah mengubah status kependudukan aku. Aku masih anak jati Hulu Terengganu dan wakil Rakyat aku ialah kenalan aku juga iaitu cikgu Rozi dan Wakil Parlimen pulak Datuk Saudara isteri aku iaitu Cikgu Mat Nor. Jadi apa kejadah aku nak tukar pusat mengundi dan mengundi entah sape-sape yang aku tak kenal. Kalau calon Islam okey jugak, tetapi kalau calon bukan Islam, kebingungan jugak aku nak undi dia.

Aku percaya selain aku, ramai lagi rakyat Kelantan dan Tranung yang masih mengekalkan pusat mengundi masing-masing di kampung asal masing-masing kerana mereka seronok untuk balik mengundi setiap 4 tahun sekali. Lagi pun kebanyakkan perantau macam aku ni, setiap 2 bulan sekali akan pulang ke kampung menjenguk orang tua dan ahli keluarga dan yang paling penting apabila aku tidak tukar pusat mengundi, maka aku boleh bantu ahli keluarga aku pilih wakil rakyat yang mereka suka.

Adakah aku pengundi hantu sedangkan semua orang kampung aku kenal aku...... Bukan setakat orang kamoung, malahan wakil rakyat pun kenal aku.  Kepada Ambiga, fikir dulu kalau nak cakap. Cuba try check , aku yakin ramai anak-anak penyokong PAS Kelantan tu yang masih balik mengundi setiap 4 tahun sekali walaupun dah bertukar alamat pada ic masing-masing.



No comments: