SAHABAT BLOG

03 February 2012

Budaya Melayu Punah Ranah, Budaya Lain jangan Usik

Pemberian Ang Pow dalam sampul putih oleh Ibrahim Ali telah dibincangkan dengan begitu meluas samada oleh Parti Komponen BN seperti GERAKAN dan MCA ataupun oleh Parti Komponen PR seperti DAP, dianggap sebagai menghina orang Cina.

Nah! lihat, apabila budaya mereka disentuh atau dihina, semua mereka tak kira dari mana asal atau pegangan politik mereka akan bergabung bersama-sama dan bersatu hati untuk mempertahankan budaya mereka. Pelbagai pihak telah menghentam Ibrahim Ali termasuklah mereka yang beragama Islam.

Namun demikian, apa yang berlaku apabila budaya dan adat resam malahan hukum orang Melayu Islam dicemar oleh mereka. Contohnya seorang bukan Islam yang bersenam robik di dalam kawasan masjid, malahan memberi tazkirah di dalam masjid, ataupun mengagihkan daging korban, bukankah ini merupakan budaya dan adat resam orang Melayu sejak berzaman lamanya. Kenapa DAP, GERAKAN atau MCA tidak menghentam pencemaran budaya ini.

Jangan hairan jika suatu hari nanti, ada jamuan Hari Raya yang menghidangkan daging babi dan arak bagi tujuan dihidangkan kepada tetamu yang bukan beragama Islam.

Islam tidak pula membezakan apakah warna sampul wang hadiah itu disimpan, asalkan ianya sumber halal dan dengan niat ikhlas. Bagi orang Islam yang menghentam Ibrahim Ali kerana meletakkan duit hadiah di dalam sampul putih itu tidak ada halangan untuk aku mengata bahawa mereka juga begitu hampir dengan perbuatan kurafat kerana bersubahat percaya kepada kepercayaan budaya orang Cina itu.

Sudah terang lagi bersuluh, budaya dan adat resam orang melayu boleh dicemari oleh orang Cina dengan disokong oleh orang melayu sendiri tetapi budaya orang Cina tidak sekali-kali boleh dicemari atau disentuh oleh orang melayu. Orang Cina mati-matian akan mempertahankan budaya mereka dengan disokong oleh orang melayu sendiri manakala budaya orang melayu sedang dikikis juga disokong oleh orang Melayu. Bahkan orang cina sanggup mengambil tanggungjawab jika beliau dilihat mencemarkan budaya nenek moyang mereka, tetapi orang Melayu malahan bangga membenarkan budaya nenek moyang mereka dicemari.

Negara semakin bengong dan semakin celaru memikirkan tindakan segelintir orang Cina dan orang melayu liberal ni.

Semoga perbuatan Ibrahim Ali itu diambil ikhtibar oleh semua kaum di negara kita supaya tidak memperlecehkan dan menghina budaya dan adat resam bagi setiap kaum. Kepada orang Melayu pula, kenali budaya sendiri dan mempertahankannya dari dikikis dan dihakis oleh anasir-anasir yang secara halus hendak meliberalkan orang Melayu.

No comments: