Direct to the point, kata orang Inggeris. Minta pihak kerajaan buat penjelasan sikit, pasai apa bekas ustaz yang dilaporkan oleh Malaysiakini seperti di bawah ni tidak berjaya dalam permohonan BR1M. Kalau diikutkan kepada ceritanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, aku fikir tiada sebab kenapa permohonan beliau ditolak. Aku percaya sudah tentu ada penjelasan yang wajar kenapa permohonan beliau ditolak.
Pemberian BR1M ni untuk semua rakyat yang layak tidak mengira fahaman politik. Jadi ,..jika fahaman politik yang menjadi sebab penolakan permohonan beliau, ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan aku mengharapkan mereka yang memproses permohonan beliau itu dikenakan tindakan kerana aku anggap pegawai ini telah melakukan perbuatan mensabotaj kerajaan BN.
Namun demikian, walau apa pun yang berlaku, ada beberapa perkara pelik yang bermain di minda aku. Dalam banyak-banyak akhbar, macamana Malaysiakini pula yang dapat cerita? Lagi satu, apa kerajaan Kedah buat selama ini untuk membantu rakyat mereka sehingga ada keluarga yang tertinggal untuk dihulurkan bantuan seperti ini?
Ini nasihat percuma kepada rakyat Malaysia terutama yang pro pembangkang yang tidak Nasihat ini tidak ada kaitan dengan Nasib Ustaz Kamaruddin ni.
Terus terang aku katakan, aku tidak kisah kalau korang nak sokong parti mana sekalipun, kerana itu adalah hak masing-masing. Namun demikian, aku sangat tidak bersetuju korang kutuk dan hina kerajaan yang memerinta sedangkan pada masa yang sama korang harapkan bantuan dan juga belas ihsan kerajaan yang memerintah dengan alasan itu semua adalah duit pembayar cukai. Korang pura-pura lupa atau memang tidak tahu, cukai tu siapa yang kutip kalau bukan kerajaan yang memerintah. Kalau kerajaan BN tak kutip cukai, jangan korang haraplah pembayar cukai ni sanggup dan rela untuk bayar cukai. Walaupun ada penguatkuasaan oleh kerajaan pun masih ramai lagi yang liat untuk membayar cukai.
Oleh itu, aku fikir, Allah pun tidak restui tindakan korang mengutuk dan menghina apa jua tindakan kerajaan yang berniat baik untuk bantu rakyat. Kalau tidak suka kepada kerajaan, tunggulah pada masa mengundi dan pada masa itu pangkahlah sehingga patah pensil atau tembus kertas undi untuk mezahirkan sikap nak marah korang kepada kerajaan, tak ada siapa yang nak persoalkan. Namun kalau korang asyik kutuk kerajaan setiap masa dan ketika, kerajaan pun naik meluat pada korang. Kerajaan nak bantu pun, rasa macam tak berbaloi je. Namun atas sebab tanggungjawab pemerintah, korang dapat juga merasa bantuan dari kerajaan.
Cerita dari malaysiakini sepeti di bawah.
Seorang bekas guru agama yang menyarai empat anggota keluarganya dekat Alor Setar, yang hidup mereka diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sedih dan terkilan kerana permohonan untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gagal.
Beliau berkata permohonannya gagal kerana surat yang diterima menyatakan beliau tidak layak untuk mendapatkan BR1M."Kami memang sangat berharap untuk dapat BR1M kerana duit itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban kami sekeluarga, katanya yang pernah belajar dan mengajar di sebuah sekolah pondok," katanya sambil menambah bahawa beliau juga tidak pernah memohon dan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kamaruddin berkata tambah memeritkan apabila beliau dan Sharifuddin mengalami masalah pada kaki selepas terbabit dalam kemalangan yang berasingan tiga tahun lepas manakala Solehah pula menghidapi penyakit jantung berlubang dan memerlukan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) setiap bulan dan kadang-kadang lima kali sebulan.Ketika ditemui di rumah mereka, Kamaruddin berkata selepas beliau terlibat dalam kemalangan itu, beliau tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana masalah pada kaki dan kesihatannya bertambah teruk selepas terlibat sekali lagi dalam kemalangan hujung tahun lepas."Mujurlah adik saya (Sharifuddin) boleh membantu keluarga dengan menyewa bendang orang bagi mencari sesuap nasi walaupun keadaannya juga tidak sempurna seperti orang lain, tetapi pendapatannya pun terjejas kerana padi sering diserang penyakit, selain bantuan daripada saudara mara", katanya.
Kamaruddin berkata ibu mereka yang telah uzur, tidak mampu melakukan kerja-kerja berat di rumah dan tugas itu diambil alih oleh anaknya, Solehah tidak boleh terlalu kuat bekerja kerana penyakit jantungnya sering menyerang kalau beliau letih.Beliau berkata setiap kali Solehah mendapatkan rawatan di Pulau Pinang, mereka terpaksa menyewa teksi dengan bayaran RM200 sehari kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri."Duit yang kami dapat hasil daripada zakat yang diberi oleh orang ramai akan kami simpan untuk kegunaan kos tambang dan rawatan Solehah selain menggunakannya untuk membeli keperluan dapur," katanya.Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Sharifuddin di talian 019-5257479 atau melalui akaun Maybank Sharifuddin 152170046644.
1 comment:
biasa lah tu... ckp jer tak ikut fahaman politik...tp...bukti dah nyata.
Post a Comment