SAHABAT BLOG

15 January 2012

Tahniah Chong Wei, Juara Terbuka Malaysia kali ke 8



KUALA LUMPUR 15 Jan. - Seperti yang telah diramalkan, pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, 29, hari ini muncul juara Terbuka Malaysia menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago di Stadium Putra Bukit Jalil.

Chong Wei yang juga juara All England, sebelum menundukkan Tago 21-6, 21-13 telah mengenepikan Chen Long pada peringkat separuh akhir malam tadi dalam pertarungan sengit selama satu jam, 15 minit sebelum menang dengan keputusan 21-18, 12-21, 21-13.

Dengan kemenangan ke atas Tago, Chong Wei berjaya menyamakan rekod yang dipegang legenda badminton negara, Wong Peng Soon yang menjadi juara terbanyak Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali. - UTUSAN

Catatan Orang Kampung: Tahniah aku ucapkan kepada Dato' Lee Chong Wei kerana menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ke 8. Sayang sungguh kerana pemain Malaysia  lain tak ada yang setaraf dengan Chong Wei, kalau tidak taklah kita kempunan sangat untuk melihat jaguh-jaguh lain beraksi di pentas final jika sekiranya sesuatu berlaku kepada Chong Wei.

Begitu juga dengan Dato' Nicol dalam squash. Aku pun pelik kenapa boleh jadi macam ni. Sepatutnya kita ada pemain pelapis yang setaraf dengan Chong Wei dan Nicol.

No comments: