SAHABAT BLOG

08 January 2012

PAS Wajib bertaubat Nasuha

Hah! Ah, dah kena pecat, lamanya nak ambil keputusan untuk pecat Dr. Hassan Ali. PAS pun sama je, macam lain-lain parti kat Malaysia ni. Mana-mana pemimpin  yang kritik pemimpin ataupun kritik parti, jawapannya kena pecatlah. 

Pemimpin tak boleh kena kritik. Ini teruk betul dan langsung tidak Islamik.Dalam Islam, kalau pemimpin buat salah, kena tegur, barulah kebebasan itu hidup subur. 

Setahu aku, DR. Hassan Ali cuma kritik pemimpin barisan ke dua sahaja iaitu Mahfuz dan Mustafa Ali je. Itu pun tak boleh rupanya.  Aku tak tahu samada Dr. Hassan dipanggil untuk bela diri atau tidak sebelum pemecatan beliau ini. Kalau  dipanggil untuk membela diri sudah pasti kena ada rakan pembantu ataupun peguam yang membela Dr. Hassan Ali. Siapakah agaknya yang menjadi 'peguam' Dr. Hassan Ali semasa proses 'perbicaraan' tersebut ye. 

Ataupun kira main pecat je. tak payah panggil untuk bela diri, cukuplah sekadar laporan akhbar dan juga arahan seseorang je. Ini dinamakan zalim. PAS itu sebuah parti hak milik ahli-ahlinya termasuk Dr. Hassan Ali. PAS bukan hak milik Haji Hadi atau Nik Aziz. 

Semasa UMNO pecat Anwar dulu, mereka kata UMNO zalim kerana mendahului mahkamah. Mereka pun sama saja. Dr. Hassan Ali bukan ada kes moral seperti Anwar. Kalau hendak dikira darjah keperluan pemecatan, Anwar lebih tinggi darjah kemestian pemecatan beliau tahun 1998 dulu sebab beliau itu selangkah je lagi boleh menjadi PM sebuah negara Islam . Mana boleh seorang yang bermoral rendah macam Anwar dilantik menjadi ketua negara. Alamatnya berbagai-bagai kerosakan dan bala yang akan menimpa rakyat. PAS mahu ke?

Pada hemat aku, UMNO lebih bermaruah berbanding PAS dalam isu pemecatan ni. Tak pernah aku dengar UMNO memecat ahlinya yang tidak sependapat dengan pemimpin atasan. Mukriz siuatu ketika dulu ada juga menulis surat supaya Pak Lah letak jawatan, tetapi tak kena pecat pun. Kebiasaannya UMNO pecat ahli yang berpaling tadah. Kalau setakat mengkritik pemimpin atau dasar parti, biasanya UMNO akan gantung keahlian je. PAS lebih zalim terhadap ahli mereka. Terus pecat walaupun yang dipecat itu merupakan ahli seumur hidup. 

Aku harap mana-mana ahli PAS yang sependapat dengan Dr. Hassan Ali hendaklah mengambil langkah keluar parti beramai-ramai. Berikan sokongan kepada Dr. Hassan Ali. Kalau kita lihat kronologi Dr. Hasan Ali ni, beliau mula dipandang serong oleh pemimpin PR bermula isu rampasan Arak. kemudian diikuti isu murtad gereja. Selepas itu isu negara Islam dan negara berkebajikan. Semuanya ada kaitan dengan mempertahankan kesucian Islam dan kemuliaan Islam. Mana ada Islam lagi dalam tubuh badan PAS tu semenjak berkawan dengan DAP dan PKR. Kalau seorang penganut Islam telah hilang Islam dari dirinya, maka ianya telah dikatakan murtad dan wajib diperangi. Jadi PAS ni wajib bertaubat kembali kepada Islam jika tidak mahu dihapuskan.

1 comment:

Anonymous said...

Aku harap mana-mana ahli PAS yang sependapat dengan Dr. Hassan Ali hendaklah mengambil langkah keluar parti beramai-ramai - ini lah kerja puak umXX..... suka megapikan dan memecah belahkan org lain.