SAHABAT BLOG

13 January 2012

Pakatan Rakyat Membenarkan Rakyat Berdemo mengikut citarasa masing-masing


Kalau ditakdirkan PR mencapai kemenangan dan membentuk kerajan selepas PRU 13 nanti, bagaimanakah keadaan demosntrasi yang akan dilakukan oleh para pendemo. Namun demikian, pada pendapat aku pada peringkat permulaan, mungkin tidak ramai peserta demonstrasi yang ambil bahagian kerana orang UMNO yang telah menjadi pembangkang belum mempunyai pengalaman dan belum mempunyai perasaan benci yang mendalam terhadap kerajaan PR.

Walau bagaimana pun, aku cuba bayangkan beberapa perkara yang boleh berlaku jika sekiranya demonstrasi dilakukan. Apabila aku melihat situasi yang berlaku di Pulau Pinang, maka aku terfikir untuk menulis perkara ini. Berbanding negeri lain, Pulau Pinang dilihat paling kerap  demontrasi diadakan oleh pihak yang tidak puas hati kepada kerajaan negeri.


1.    Setiap masa walau dimana sahaja rakyat akan turun berdemo. Di jalan-jalanraya. di padang-padang dan seumpamanya bagi mezahirkan rasa tidak puas hati mereka kepada pemimpin PR.  Kerajaan PR tidak akan  menghalang perbuatan ini kerana mereka juga gemar melakukannya semasa menjadi pembangkang dahulu dan  yang mereka harapkan daripada kerajaan BN.

2.  Pihak Polis tidak dibenarkan menggunakan FRU, gas pemedih mata, bom asap, cotar ataupun tembakan air lada kerana kerajaan PR tidak suka kepada perbuatan tersebut.

3.  Para pendemo boleh memakai apa juga baju dan membawa apa jua sepanduk dan boleh mengutuk sesiapa sahaja. PR tidak akan menghalang kerana ianya selari dengan perjuangan PR yang mempertahankan  kebebasan suara dan hak asasi manusia.

4.  Peserta demo boleh melakukan demo pada bila-bila masa tak kira waktu, pagi, tengahari, subuh, hari minggu, hari bekerja, ataupun pada hari raya. PR tidak akan menghalang kerana semasa zaman BN dulu, mereka juga mengharapkan kerajaan BN memberi kebebasan kepada para pemdemo untuk berdemo mengikut citarasa para pendemo.

5.  Pelajar Universiti boleh berdemo pada bila-bila masa tanpa dikenakan apa-apa tindakan kerana AUKU telah dimansuhkan oleh PR.

6. Jika peserta ditangkap oleh polis dan dihadapkan ke mahkamah, maka kerajaan PR akan meminta mahkamah melepaskan peserta demo kerana kerajaan PR boleh menguasai mahkamah dan kerajaan PR tidak suka jika ada perserta ditangkap dan sebagainya.\ kerana ianya dilihat sebagai menyalahgunakan institusi kehakiman negara.

Cukuplah tu, lain kali sambung lagi dalam bab lain pulak.

3 comments:

Anonymous said...

pada masa itu akan keluarlah fatwa dari pas yang melarang rakyatnya berdemo kerana menganggugugat negara isle walaupun pada masa itu gereja merata ceruk.orang melayu murtad merata tempat, gay dan lesbian bebas mengamalkan amalan mereka secara terbuka kerana negara telah menjadi isle menurut acuab pas

Anonymous said...

anon : 13 Januari 2012 9:28 PTG -
bengong mu ni....

putrarahman said...

Sebarang perkara boleh berlaku jika PR memerintah. Contoh terbaek apa yang berlaku di Selangor. Sape jangka Portfolio Hal Ehwal Islam telah diambil alih oleh PKR. Harap-harap tidak Islam Liberal.