SAHABAT BLOG

06 January 2012

"Kenapa tangkap saya, saya cuma nak tengok Anwar kena Hukum"

Saya cukup berterima kasih kepada yang menberikan komeng kat blog aku ni. Ini bermakna dia kunjungi blog aku. Walaupun kita tidak sependapat tetapi kita masih bersaudara. Walaupun kita tak sekepala tetapi kita masih sebangsa, seagama.

Oleh kerana jarang orang komeng, maka aku memberi penghargaan kepada mereka yang komen dengan memamparkan komen mereka dalam artikel kali ni. Walaupun tidak ada nama untuk aku panggil aku tak kesah punya.

Komen 1:

Tanpa Nama berkata...( elok kalau ada nama walaupun nama samaran)


jelas dan terang.... ramai golongan guru dan graduan hilang keyakinan terhadap kerajaan sekarang....


6 Januari 2012 1:06 PTG

Jawapan aku: Kalau guru hilang keyakinan kepada kerajaan sekarang, elok letak jawatan je. Pergilah berkhidmat dengan kerajaan yang diyakini. Ramai lagi yang yakin dengan kerajaan sekarang ni dan ramai antara mereka yang nak jadi cikgu. Tiap tahun berpuluh ribu permohonan KPLI.

Kerajaan sebenarnya seronok bila time gaji kepada guru-guru yang yakin kepada mereka. Pembayar Namun bila ramai yang tak yakin, kerajaan bayar gaji pun tak berapa ikhlas.

Guru dengan berat hati berkhidmat dengan kerajaan pasal tak yakin tetapi yang peliknya masa terima gaji tak pula rasa bersalah dan berat hati untuk menerimanya.

Komen 2:

Tanpa Nama berkata...

masing-masing ada hak...nak pegi...pegi lah. kalau tak nak...duduk rumah. harap-harap ada video penuh....sapa yang memulakan provokasi.... kalu tak der "org kacau"...aman dunia ni.

6 Januari 2012 1:14 PTG

Jawapan aku:   Ada Video tulen pun , masih ramai orang tak percaya kerana ada orang cakap ianya besi tak boleh jadi saksi.

Orang yang mulakan provokasi tak payah tengok video, dah tahu dah,  pasti budak-budak AMK dan budak-budak PAS. Bila polis pegang sikit je, mereka meronta-meronta nak melepaskan diri. Ada pula yang tanya " kenapa tangkap saya, apa salah saya, saya cuma nak tengok Anwar kena hukum je". Kalau dah meronta tu maka kena pegang kuatlah. Kalau tidak pasti terlepas. Kalau terlepas, payah jangan harap nak tangkap semula.

Jadi dalam masa meronta-ronta tu, ada yang terjatuh dan terpijak oleh polis. Bila terpijak, mulalah kata polis tendang, polis sepak dan sebagainya. Tak boleh nak nasihat dah, kalau kena tangkap, layan je dan jangan melawan. Kalau melawan pasti boleh sakit punya.




No comments: