SAHABAT BLOG

07 January 2012

Hah!! Kebenaran Dah Dapat, tunggu apa lagi, pegilah beramai-ramai.

Hi hi hi, ada juge yang baca blog aku ye. Maklumlah, blog lebih kurang je ni. Terima kasih kepada yang baca dan tinggalkan komen. Kepada Kak Sal, kalau ada blog, bolehlah saya linkkan di sini. Tolong menolong ni baik dan besar faedahnya.

Bercakap pasal tolong menolong ni, aku harapkan puak-puak yang sibuk nak bela Anwar Ibrahim pada lusa ni supaya tolong jangan buat kacau apabila keputusdan hakim dan keluar. Polis dah tolong korang dengan beri kebenaran, jadi aku harap korang tolonglah pihak polis pula. Bukan tolong pihak polis saja kawan, secara tidak langsung korang akan tolong rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Bukan korang tolong rakyat Malaysia saja, kalau korang tak buat kacau, korang juga akan tolong para peniaga ais krim, rotai canai yang ada sekitar jalan Duta tu.

Aku fikirlah pihak polis dan buat risikan dan hasilnya mereka putuskan bahawa tak ramai orang yang akan hadir pada 901 nanti. Kalau risikan polis menunjukkan ramai yang akan hadir dan bakal berlaku pelbagai perkara yang tidak diingini, sudah tentu plis tidak akan memberikan kebenaran. Minta maaflah para penyokong bebas 901, aku yakin tak sampai 10,000 je yang akan hadir, pada lusa ni. Asalnya aku nak tulis 1,000 orang je, tetapi bila edit balik, aku tambah jadi 10,000. Kira okeylah tu. Kalau 1,000 aku anggap macam menghina usaha-usaha korang je. Susah sebenarnya nak tahu jumlah sebenar yang bakal hadir, jadi aku cadangkan PKR sediakan kupon makan secara percuma sebanyak 100,000 orang. Bila habis acara, kira berapa lagi kupon yang tinggal. Barulah boleh tahu berapa ramai yang hadir.

Aku tengok promosi pun tak sehebat BERSIH dulu. Blog-blog pro pembangkang pun tak ada pun promosi mengesa mangsa supaya pergi beramai-ramai. Promosi secara tidak sengaja telah dibuat oleh para NGO dan UMNO melalui laporan polis. Kalau NGO atau UMNO tak buat laporan polis, orangramai tak tahupun ada kempen pada hari lusa ni. 

Kempen tak meluas. Sasaran utama adalah para penyokong dari Pantai Timur. Penyokong pantai Timur kebanyakkannya  pahli PAS. PAS pula dah awal-awal lagi tidak mengalakkan ahlinya pergi, wlaupun mereka tidak larang kalau nak pergi. Maknanya kalau nak pergi juga, belanja sendiri. PAS tak akan bertanggungjawab kalau ada apa-apa berlaku kepada ahlinya yang pergi.  Tinggallah harapan kepada penyokong PKR dan PAS Selangor. Pasal tulah PAS Selangor mengesa ahli untuk pergi. PKR pula disebabkan terdesak, suruh bawa anak-anak kecil untuk meramaikan majlis. Apa, lu orang ingat nak pegi kenduri kahwin ke atau pesta sukan neka ke? Sapelah agaknya mak bapak yang sanggup mendera anak masing-masing berpanas untuk menyokong Anwar. Anak-anak tu tak tahu apa pun. Kesian dorang menjadi mangsa kerana kebodohan mak bapak dorang.

Lagipun sekarang ni hujan dah mula reda. Pagi-pagi hujan tak turun. Jadi mana-mana penyokong PAS dari Terengganu dan Kelantan akan meneruskan kegiatan harian mereka macam biasa. Pergi ke laut dan menoreh getah lebih berfaedah. Kalau pergi KL, bukannya dapat faedah apa pun. Ramai penyokong PAS tak harapkan kepada Anwar lagi. Mereka dah tahu bahawa Anwar ni memang seorang peliwat tegar dan akan merebut peluang Presiden PAS menjadi PM.  Mereka berpendapat kalau pergi buat kerja tak berfaedah melalak, terpekik terlolong kat depan Mahkamah bukannya dapat duit pun. Bukannya Anwar atau Azmin boleh bagi duit pun, kalau dapat makan percuma pun sebab aku yang cadangkan dalam blog ni. Mereka kaya raya, jutawan, kita rakyat terpaksa tinggalkan pekerjaan kerana nak sokong mereka. Tak payahlah buat kerja tak berfaedah tu. Kalau Anwar kena hukum pun bukan salah UMNO, tetapi itu memang salah dia. Bukti dah cuikup, pengakuan dah ada. Takkan masih nak tolong lagi. 

Ustaz Asri kata buatlah sembahyang ishtikarah dulu. Cari petunjuk nak pergi atau tidak. Saranan ni kepada mereka yang berbelah bagi jelah. Namun takkan Haji Hadi tak sembahyang ishtikarah kot? Tak logik kalau Nik Aziz tak sembahyang ishtikarah kot? Ada juga manusia yang takut untuk sembahyang ishtikarah kerana bimbang ditunjukkan kebenaran oleh Allah. Aku bukan cakap kepada dua orang Tuan Guru ni. Mereka ini yakin bahawa mereka sentiasa benar walaupun keyakinan mereka itu bersandarkan perkara yang samar-samar. Jadi sebagai panduan kepada umat manusia, kalau Dr Asri datang dan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim bermakna dia telah mendapat petunjuk dari Allah. Dia suruh orang sembahyang, mustahil dia tak buat kot. 

Ustaz Nasharuddin Tantawi awal-awal lagi dah cakap dia tak sokong Anwar. Kalau dia datang pun bukan kerana menyokong Anwar tetapi hendak menyampaikan mesej kepada kerajaan supaya tidak zalim menghukum orang dahulu sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman. Ustaz Nasha ni pelik. Kalau datang tu maknanya sokong Anwarlah walaupun niat lain. Orang bukan tahu niat yang ada dalam hati kita. Orang akan lihat apa yang kita buat, tetapi Allah tahu apa yang kita niatkan. Orang hukum apa yang kita buat tetapi Allah hukum apa yang niatkan dan apa yang kita buatkan.

Apa-apa pun tahniah kepada pihak polis kerana bertindak bijak dengan membenarkan perhimpunan. pasal apa aku cakap bijak kerana kalau tak beri kebenaran pun mereka akan datang juga. Bila tangkapan dibuat, maka adalah yang berlakon lebih-lebih. Berguling-guling, meronta-ronta dan sebagainya. Kalau tangkap pun menyusahkan. Lepas tu lepaskan semula, tak ada pendakwaan pun dilakukan. Kalau didenda pun mereka ni, bukannya ada duit nak bayar. Jadi biarlah mereka nak berhimpun. Macam budak, yang itu kita larang, yang itulah yang mereka nak buat. Jadi biarlah kita galakkan mereka buat, baru terfikir dua kali nak buat atau tidak.

Sekianlah sahaja catatan orang kampung untuk hari ini. Catatan seterusnya akan dibuat pada keeokan harinya.




No comments: