Di satu sudut masjid. kelihatan dua orang penyokong PERKASA sedang berbual.
"Fuhh!!! Nasib baik lepas dan bebas. " Kalau idak, bermandi darah KL hari ni." Luah seorang penyokong PERKASA sambil melabuhkan bontotnya yang masih dara ke lantai masjid.
"Aku peliklah, adakah hakim tukar keputusan saat akhir kerana takut digertak oleh kempen 901". Balas rakannya yang namanya tidak mahu disiarkan juga.
"Ye tak ye jugak. Tapi, inilah bukti bahawa UMNO tidak mempengaruhi mahkamah. Pembangkang je yang dapat dosa kering, tuduh macam-macam". Sahut kawannya sambil menghirup sirap bandung.
Ditempat parkir kereta pula kedengaran perbualan dua orang pemuda yang merupakan penyokong PKR.
" Rugi betullah hari ni bro. Ingatkan boleh juga merusuh dan bakar sana sini". Luahan kecewa seorang penyokong PKR yang nama juga tidak mahu disiarkan.
"Takpe, lepas ni kita tunggu keputusan mahkamah rayuan. Kot-kot boleh merusuh. Tak seronoklah kalau tak merusuh dan terpekik terlolong. Apalah hakim ni, takut ke pada kite orang". Di balas oleh rakannya sambil membetulkan rambut yang terjuntai.
"Untung juga dia bebas, selepas ni perjuangan kita berjalan lancar tanpa gangguan". sambut rakannya sambil melirik kepada temannya penuh makna.
Mereka berdua pun berlalu sambil berpelukan. Panas tak dihiraukan, asalkan boleh tunjukkan kebebasan seksualiti mereka.
Catatan Orang Kampung: Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan sesiapa.
No comments:
Post a Comment