SAHABAT BLOG

09 January 2012

Bunga-Bunga Berguguran

Pembebasan Anwar Ibrahim bermakna ada yang kempunan hendak menjadi PM Sementara. Anwar Ibrahim semasa berceramah di Kelantan telah menyatakan bahawa beliau telah memilih calon untuk dilantik sebagai PM sementara. Segala percaturan telah dilakukan sekiranya beliau dipenjarakan.

Maknanya calon yang dikenalpasti tersebut sudah tentu telah diberitahu berkenaan perkara ini dan aku percaya dalam diri calon berkenaan sudah ada bunga-bunga harapan. Apabila Anwar tidak jadi dipenjarakan, maka musnahlah harapan calon berkenaan. Bunga-bunga harapan pun berguguran. Siapakah calon berkenaan??

Adakah beliau Azmin Ali ataupun Ku Li? Apakah tindakan beliau seterusnya, adakah dapat menerima keputusan mahkamah dengan  senang hati.

Kepada penyokong PAS pula, 2 orang daripada mereka telah secara terbuka menyatakan bahawa yang selayaknya menjadi PM jika PR menang adalah Nik Aziz ataupun Haji Hadi. Itu baru 2 orang yang berani dan secara terbuka. Yang tak berani mesti ramai lagi. Akibatnya seorang telah dipecat dan seorang lagi tak tahulah apakah nasibnya.

Apa yang aku ingin katakan di sini ialah, di kalangan ahli PAS sendiri aku percaya ramai yang tidak senang dan tidak suka kepada Anwar Ibrahim menjadi PM. Mereka lebih setuju jika PM dipilih di kalangan pemimpin mereka. Soalnya apakah tindakan mereka semasa PRU 13 nanti?  Adakah mereka akan membuat bantahan senyap-senyap dengan tidak memilih calon PR dan memilih calon BN. Siapa tahu?

1 comment:

Anonymous said...

salam putrarahman -

tak jumpa cari emel dalam blog ! sata nak hantar jemputan ke satu majlis bloggers, sila kirimkan emel ke dinturtle@hotmail.com