SAHABAT BLOG

02 January 2012

Amaran Tahap Jingga

Amaran tahap jingga?. Jingga tu warna macamana macam nak dekat maghrib kot? Bahaya ni teruatam kepada para penyu-penyu yang bercadang nak mendarat. Aku percaya sahabat bloger Dinturtle, risau tahap cemas pasal cuaca di Kuala Terengganu. Dahlah tak boleh buka chalet, kena berkurung dalam rumah pulak tu. Din, tak ada gambar ke warna Jingga langit Terengganu. Aku tanya anak buah dan keluarga akau kat KoBerang, dema kata dapat dengar letupan bunga api free pada malam tahun baru yang lalu. Allah marah tu maksudnya membazir-bazir duit beli bunga api. Dia kasi Free. Mana yang ada boleh simpan tahun depan. 

Banjir melanda pulak di Terengganu. Kawasan kampung aku, alhamdulillah semenjak ada Dam Kenyir ni tak pernahlah ada banjir besar. Dulu tahun-tahun 70 an, jangan cakaplah. Kalau melihat keadaan cuaca dan hujan sejak akhir-akhir  ni, aku dapat rasakan, orang kampung aku akan 'berkhemah' dekat masjid jelah setiap masa, makan nasi lauk sardin dan gulai ayam. Itu dulu, sekarang ni aku fikir sudah mewah sikit kot makanan di pusat pemindahan. Maggi dan biskut jagung tak putus kot.

Hujan-hujan ni bahaya kalau memandu laju-laju. Adik ipar aku baru-baru ni terlanggar lembu hitam. Nasib baik mereka tidak cedera tetapi , kereta sudah tentu cedera. Kesian, dahlah duit banyak dibelanjakan untuk persekolahan anak-anak, kereta pula cedera. Hari ni, aku sedih betul bila baca berita anak-anak remaja yang mati kemalangan seramai 7 orang. Dengar ceritanya mereka baru balik dari membeli peralatan sekolah. memotong ikut lorong kecemasan. Aku percaya mereka potong ikut kiri kerana tak sabar kot ataupun terkejut tengok kereta Honda Civic ada kat depan, tak ada jalan lain terpaksalah potong ikut kiri. Nak potong ikut kanan, ada lori di depan. Nak brek tak sempat dah kerana mereka laju.

Takziah kepada keluarga para remaja yang terlibat. kematian mereka boleh dikira syahid jugaklah kerana baru balik dari beli barangan sekolah, bukannya balik dari menyambut tahun baru atau balik dari berdemonstrasi di depan UPSI. Berdemosntrasi ni bukan budaya elok dan budaya yang baik terutama berdemo untuk menentang pemerintah. Kalau zaman Bani Umaiyah, Abashiah atau Ithmaniah dulu, dah lama kena pancung mana-mana pihak yang berdemo untuk melawan pemerintah ni. Islam sendiri tak merestui mana-mana pihak yang menentang pemerintah selagi pemerintah itu menunaikan rukun Islam yang lima. 

Majlis peguam dah jadi majlis politik kata Dr. Rais Yatim. Anak Yatim ni memang pandai berfalsafah. Aku cukup kagum dengan beliau dalam beberapa hal terutama penggunaan bahasa melayu beliau yang cukup kemas dan teratur. Namun betullah kata-kata beliau tu. Sepatutnya sebagai pihak yang terlibat di dalam sistem perundangan negara, majlis peguam sepatutnya menasihatkan pihak yang sedang berkempen untuk membebaskan Anwar 09 Januari nanti supaya hentikan perbuatan mereka dan terima keputusan mahkamah. Aku pun peliklah dengan majlis peguam ni. Apa pasal mereka ni nampak sangat tidak bersetuju dengan kerajaan di dalam banyak hal. Tak hairanlah mereka dianggap sebagai penyokong pembangkang kerana pendirian  mereka tak ubah macam pendirian pembangkang. Apa agenda mereka sebenarnya?


No comments: