CATATAN PERIBADI

20 January 2012

Adakah proses meliberalisasi Islam di Selangor sedang dimulakan?

Kita baca ulasan suara pakatan dalam isu Exco Agama Islam di Selangor. Bukan tujuan aku nak menaguk diair keroh, tetapi sekadar hendak memanjangkan luahan hati para penyokong PAS di Selangor supaya pembetulan boleh dilakukan.

Terus terang aku katakan , aku bersimpati dengan nasib PAS di Penang dan Selangor di mana mereka ADUN mereka bukan majoriti  di dalam kerajaan negeri. Nasib mereka berbeza sama sekali dengan rakan-rakan di dalam negeri Pakatan Rakyat di Kelantan dan Kedah.

Sedare Sedari boleh membuat andaian jika sekiranya perkara ini berlaku di dalam kerajaan Pusat jika sekiranya ditakdirkan PR memerintah.

Tidak ada saranan dan cadangan lain dari aku kepada PAS kecuali muhasabah diri dan fikir kembali peranan mereka di dalam Pakatan Rakyat. Walaupun niat untuk menumbangkan UMNO itu berkobar-kobar, tetapi tanya  hati kecil masing-masing,

"betul ke aku ni begitu benci dengan UMNO?".

" Betulkah aku melaungkan kebencian aku kerana itu yang ingin dilihat oleh pemimpin aku"

" Betulkah aku meyemarakkan kebencian dikalangan pengikut aku kerana itu yang pengikut aku mahukan".

Masa belum terlambat bagi PAS untuk menarik diri dri Pakatan Rakyat dan bergerak sendiri.

Baca luahan penyokong pakatan yang aku petik dari blog Tranungkite.


Portfolio Agama Selangor: Exco Baru Wajar Pegang Tanggungjawab

Posted on Thursday, January 19 @ 19:00:00 PST

Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh SuaraPakatan

PERLANTIKAN ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco baru kerajaan Negeri Selangor oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali yang disingkirkan, sebenarnya tidaklah begitu mengejutkan banyak pihak seperti sangkaan ramai.

Desas desus mengenai perlantikan Dr. Ahmad Yunus sudah berlegar beberapa hari sebelum pengumuman dibuat pun.

Tapi yang lebih mengejutkan penulis ialah keputusan Khalid untuk memegang portfolio berkaitan dengan agama Islam yang mana dilihat banyak pihak (kalau tidak semua), wajar dipegang oleh ahli Exco dari parti PAS yang juga sebuah parti yang memperjuangkan Islam dalam banyak hal.

Walaupun Khalid bukan Menteri Besar pertama memikul portfolio berkaitan Islam kerana Datuk Seri Adnan Yaakub telah menjadi yang pertama di Pahang, tapi perlu diingat Adnan memiliki Ijazah dalam pengajian Sejarah dan Pendidikan Islam dari Universiti Malaya pada 1972.

Walaupun Adnan tidak tampil dengan imej berserban dan berjubah tapi latar belakang pendidikannya itu sedikit sebanyak menutup mulut pengkritik yang cuba menafikan kebolehannya memikul portfolio tersebut.

Selain itu, sudah kedengaran desas-desus bahawa keputusan Khalid itu dipengaruhi oleh DAP kerana DAP tidak mahu kejadian serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja berulang kembali jika seorang Exco dari PAS dilantik memegang jawatan tersebut.

Penulis juga mendengar, DAP tidak mahu JAIS bertindak tanpa terlebih dahulu merujuk kepada kerajaan negeri dalam setiap aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan olehnya, terutama sekali yang membabitkan rumah ibadat agama lain.

Penulis tidak pasti sejauh mana kebenaran berita ini tapi suatu yang pasti, walaupun Khalid memegang portfolio tersebut, JAIS masih lagi tidak berada dibawah kawal selia Exco negeri, sebaliknya melapor terus kepada DYMM Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam bagi negeri tersebut.

Walaupun penulis bersetuju sepenuhnya dengan maksud DAP yang tidak mahu kekecohan dan kekeliruan yang berlaku lanjutan daripada serbuan JAIS pada Ogos, tapi penulis merasakan bahawa mereka terlepas beberapa perkara penting yang boleh menimbul lebih banyak kekecohan.

Pertama, perubahan portfolio ini seolah-olah memberikan gambaran yang PAS sudah tidak lagi relevan untuk mengawasi aktiviti-aktiviti berkaitan agama Islam dalam negeri Selangor.

Perlu juga diingatkan, bidang kuasa portfolio agama tidak setakat mengawasi JAIS dalam hal-hal penguatkuasaan sahaja, malahan juga sebarang aktiviti yang membabitkan amalan dan aktiviti lain berkaitan agama Islam seperti program-program mengimarahkan masjid dan sebagainya.

Kedua, Khalid sendiri sudah dibebani dengan pelbagai portfolio lain, antaranya kewangan, tanah dan majlis perancangan ekonomi negeri, kini dibebankan pula dengan portfolio berkaitan Islam dan Infrastruktur.

Mungkin Khalid boleh melantik dari kalangan ADUN sedia ada dari PAS untuk membantu beliau, tapi sebagai Exco, beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas segala keputusan yang berkaitan dengan portfolio tersebut.

Hal ehwal Islam ini adalah perkara sensitif yang memerlukan perhatian khusus, lebih-lebih lagi sejak ada tuduhan yang mengatakan Selangor telah dijadikan pusat untuk gerakan memurtadkan orang Islam!! Sementara tuduhan tersebut masih perlu perincian lanjutan, insiden yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) itu seakan membuktikan kesahihannya

Apatah lagi ia (gejala murtad) diperakui sendiri oleh DYMM Sultan Selangor dalam titah baginda berkenaan hal tersebut pada 9 Disember.

Penulis juga ragu-ragu dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1, YB Iskandar Abdul Samad bahawa portfolio tersebut diletak dibawah Menteri Besar untuk sementara waktu kerana Khalid memberikan penjelasan bahawa beliau tidak yakin Dr. Yunus sebagai Exco baru, mampu memikul tanggungjawab besar dengan memegang portfolio berkaitan Islam.

Justeru penulis meminta Tan Sri Khalid memikirkan kembali tindakannya memindahkan portfolio berkaitan hal ehwal Islam ke Pejabat Menteri Besar Selangor dengan menyerahkan urusan tersebut kepada yang lebih layak iaitu PAS.
Walaupun Dr. Yunus dari latar belakang perubatan tapi beliau berada dikedudukan yang paling sesuai untuk memegang tanggungjawab tersebut kerana dipayungi parti yang dipenuhi ulamak dan umarak seperti PAS yang boleh dirujuk oleh beliau dengan mudah.
.............

Sumber: http://suarapakatanrakyat.com



1 comment:

  1. betul ke aku ni begitu benci dengan UMNO?".

    - ya begitu lah adanya..... org lain pun sama.

    ReplyDelete