CATATAN PERIBADI

20 January 2012

Setelah gagal merayu, adakah Saiful Akan Tulis Terperinci Kisah Liwatnya?

Esok hari terakhir rayuan Pendakwaraya lawan Anwar dalam kes liwat Saiful. Sehinggake saat ni,pihak peguam Negara masih membisu seribu bahasa. Pihak Saiful pula dah beberapa kali memohon supaya AG membuat rayuan. 

Nampak gayanya, macam takkan ada rayuan dan Anwar Ibrahim akan bebas sebebasnya. Aku tak tahu apa masalahnya pihak Peguam Negara tak mahu membuat rayuan. Walaupun kajian ataupun pembacaan mereka mengatakan mereka akan kalah lagi bila membuat rayuan, tetapi mereka kena muhasabah diri juga. Di ketika mereka anggap mereka bakal menang, mereka kalah juga akhirnya. Hakim mahkamah ada 3 orang. 

Ini dinamakan kalah sebelum berjuang. Dimanakah ruginya, jika pihak AG membuat rayuan.  Takkan hari ini buat rayuan esok terus bersidang. Biasanya makan masa berbulan-bulan kes rayuan akan didengar. Jika pihak AG nak tarik balik rayuan mereka, aku fikir tidak ada masalah besar pun. 

Jika AG tidak membuat rayuan, pelbagai persoalan akan bermain diminda rakyat terutama para penyokong kerajaan. Setiap orang boleh membuat tekaan masing-masing dan selagi ianya bukan merupakan tuduhan dan fitnah, selagi itu orang ramai akan terus membuat andaian dan tekaan dan buruk sangka kepada pihak AG. 

Aku fikir, kerajaan BN pun turut dikaitkan dengan keenganan pihak AG membuat rayuan. Semua pihak termasuk PM dan Isteri turut dikaitkan dengan keenganan pihak AG membuat rayuan ni. Orang ramai boleh membuat pelbagai tekaan dan andaian. Tunggu sahaja apakah andaian mereka, dan kita lihat siapa yang kena.

Apa yang jelas adalah, Saiful Bukhari teranaiya. Aku cadangkan Saiful tulis semula kisah liwat ini dalam sebuah buku. Kalau tak mahu menulis di buku, tulis je dalam blog. Ceritakan segala-galanya dari A hingga Z dengan syarat ceritakan hal yang sebenar dan bukannya rekaan dan tipu-tipuan. Kita tengok,Anwar Ibrahim akan saman atau tidak seperti dia saman Arwah Khalid Jefri dulu.  

2 comments:

  1. usaha tangga kejayaan.... teruskan lah....belum tentu berjaya kalau rekaan semata-mata

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana memberi komen. Pastikan yang betullah bro. Yang tipu-tipu tu fitnah namanya.

    ReplyDelete