Alhamdulillah, hari ini aku dah habis exam. Bukan exam macam budak-budak U yang lain, tetapi exam untuk orang tua iaitu belajar ilmu Tajwid Al quran. Belajar ilmu Tajwid fardhu kifayah, tetapi mengamalkan tajwid di dalam pembacaan Al Quran itu fardhu Ain. Macamana nak membaca dengan bertajwid jika tidak belajar ilmu tajwid. Maknanya secara tidak langsung belajar ilmu tajwid itu adalah wajib bagi setiap orang islam yang hendak membaca Al Quran.
Zaman sekolah dulu bukan tak baca Al Quran, bahkan aku belajar Al Quran dengan lebih dari 3 orang Guru yang berlainan. Kalau boleh aku sebut nama mereka, Pertama Ustazah Halimah iaitu orang kampung aku yang aku panggil Mak Ngah Limah. Dengan Mak Ngah Limah, aku mula kenal huruf Al Quran dan baris-baris dalam bacaan. Pada masa tu, cerita combat ada di tayangkan dalam TV hitam putih. Namun aku tak pernah pun ponteng mengaji, he he he. Dengan Mak Ngah Limah aku belajar sehingga tamat muqadam ( dulu aku panggil jahmil je) dan hampir nak tamat Jus Alif Lam. Belum habis Alif Lam, aku kena tinggal di asrama.
Di asrama, aku belajar mengaji dengan Ustaz Mad Isa, orang Telaga. Dah arwah sekitar 5 tahun yang sudah, Dengan Ustaz Mad Isa, aku belajar dari Jus Alif Lam sehingga Jus Sayakul. Aku tak sempat jabiskan Jus Sayakul kerana semasa tingkatan 4 aku kena berulang alik dari rumah bagi memberi laluan kepada adik aku pulak masuk asrama. Maklumlah, mak bapak aku miskin tegar, bak kata peribahasa 'kais pagi makan pagi, kais petang makan malam, kadang-kadang langsung tak mengais". Jadi aku pun diminta oleh mak ayah aku berulang alik dari rumah Mak sedare aku di kampung Pauh.
Semasa di kampung Pauh aku belajar mengaji lagi dengan seorang guru Al Quran yang aku panggil Cu. Belajar dengan Cu, aku kena baca dari Al Fatihah, Alif Lam semula. Lebih kurang 7 bulan aku belajar dengan Cu, aku pun kena balik kampung semula pasal kawan baik aku dapat masuk tingkatan 6 rendah panggilan ke dua. Di ajak aku tumpang motor dia ke sekolah. Maka terbantut lagi pembelajaran Al Quran aku. Semenjak balik kampung aku tak belajar lagi membaca Al Quran sehinggalah aku dewasa. Maknanya aku tak pernah khatam atau tamat membaca Al Quran sehingga sekarang. Walaupun tak pandai membaca Al Quran, di rumah aku banyak Al Quran.
Alhamdulillah, setelah umur dah masuk 30 an, Allah memberikan ke mudahan kepada aku untuk membaca Al Quran. Kalau dulu semasa sekolah, cukup susah untuk membaca huruf dan baris Al Quran dengan lancar, tetapi apabila berumur 30 an, nampaknya kesusahan itu dihilangkan oleh Allah S.W.T. Betullah kata bijak pandai, semasa berumur 30 an, adalah waktu yang cukup baik untuk menuntut pelbagai ilmu. Rugi sesiapa yang tidak menggunakan umur 30 an mereka untuk menuntut pelbagai cabang ilmu terutama Ilmu agama.
Setelah mempunyai kelancaran sedikit membaca Al Quran, maka aku pun belajar ilmu Tajwid pula. Alhamdulillah Universiti Islam Antarabangsa ada mengadakan kelas belajar Al Quran kepada orang dewasa dengan bayaran RM400.00 sorang. Belajar pulak tu dengan para pensyarah yang hebat-hebat yang memiliki sanad. Rupa-rupanya ramai di kalangan kawan belajar aku yang berumur lebih tua dari malahan ramai yang telah bercucu cicit. Maknanya, aku masih belum terlewat rupanya untuk belajar Al Quran.
Kepada sesiapa di luar sana yang senasib dengan aku, eloklah belajar membaca Al Quran. Tidak ada had umur untuk belajar Al Quran ni. makin tua sebenarnya semakin seronok belajar Al Quran bertajwid.
Orang kapir sebenarnya takut dan gerun kepada orang Islam yang membaca Al Quran. Kegagalan dan kemunduran umat Islam sekarang ini disebabkan mereka menjauhi Al Quran. Al Quran sekadar dijadikan perhiasan di dinding-dinding dan di simpan kemas di dalam almari perhiasan. Kadang-kadang lupa dimana diletakkan Al Quran di dalam rumah. Paling malang sekali, ada sesetengahnya tu yang membiarkan Al Quran berhabuk dan digigit lipas di atas loteng ataupun di dalam stor. Ada juga yang masih di dalam kotak semasa bepindah rumah 10 tahun yang lalu dan disimpan di dalam stor bersama-sama modul-modul semasa belajar dulu.
Jarang kita dengar ada orang Islam yang berazam tahun baru untuk belajar membaca Al Quran secara bertajwid dan mengajarnya pula kepada orang lain. Apa kata pada tahun ini, kepada mereka yang masih belum mahir macam aku ni untuk membaca Al Quran berazam supaya tahun 2012 ini adalah tahun paling cemerlang dalam penghayatan Al Quran. Mahir membaca bertajwid dan boleh pula mengajarkannya kepada anak-anak. Aku masih lagi belum pandai dan mahir. Dengan anak-anak pun aku kalah kerana mereka lebih mahir dari aku. Anak kita suruh belajar Al Quran. Kalau tak pergi belajar, siap dirotan lagi, tetapi mak bapak tak pandai membaca Al Quran. Patutnya mak bapak pun kena pergi belajar juga. Aku le tu.

Salam...
ReplyDeleteSaya ingin cadangkan gajet yg boleh bantu kita belajar baca Quran dengan betul.....
http://www.muslimchoices.com/?p=myqalam