SAHABAT BLOG

13 December 2011

Warga Asing diHukum Mati kerana Seludup Dadah

China hukum mati wanita Afrika Selatan

13/12/2011 2:25am

JOHANNESBURG 13 Dis. - China hari ini menjatuhkan hukuman mati menerusi suntikan ke atas seorang wanita Afrika Selatan berhubung dakwaan cubaan menyeludup dadah seberat tiga kilogram ke negara ini.

Janice Linden, 35, disabit kesalahan cuba menyeludup dadah jenis methamphetamine ke China yang diletakkan dalam begnya menerusi Guangzhou pada 2008.

“Hukuman tersebut dijalankan pada pukul 4 petang waktu tempatan,” kata jurucakap Clayson Monyelo. – AFP

Catatan Orang Kampung: Di Malaysia ni, boleh dikatakan setiap hari ada penyeludup dadah warga asing yang ditangkap. Namun tak tahu kemana mereka semua ni 'disimpan'. Tidak pernah aku mendengar mereka ini di dakwa, jauh sekali hendak mendengar mereka dijatuhkan hukum gantung. Yang kedengaran dijatuhkan hukuman gantung sampai mati semuanya warga tempatan.

Mungkin juga disebabkan tidak kedengaran tindakan dan hukuman terhadap warga asing yang menyeludup dadah di negara kita ini, menyebabkan para penyeludup tidak takut dan gerun. Mereka akan meneruskan kegiatan mereka itu. Pasal itu kegiatan mereka ini sukar untuk dibendung kerana mereka tidak takut kepada hukuman.

Mungkin juga disebabkan kebanjiran warga Afrika di negara ini menyebabkan permintaan terhadap dadah menjadi semakin tinggi??


No comments: