SAHABAT BLOG

20 December 2011

Bakal Cikgu Kurang Ajar, Biadap!!!



Aku tidak ikuti mana kes seorang mahasiswa UPSI yang bernama Adam Adli yang mengaku telah menurunkan bandera yang ada gambar PM pada 17 Disember yang lalu. Kalau UPSI bermakna bakal cikgulah ni. Kalau bakal cikgu bermakna dia ada kemungkinan akan mengajar anak-anak orang UMNO dan termasuk anak aku sekali. 

Chegu Bard kata perbuatan tersebut tidak menyalahi undang-undang. Dia tahu ke pasal undang-undang? Aku tak tahu. Banyak akta yang boleh digunakan. Biarlah polis siasat samada menyalahi undang-undang atau tidak. Kalau tidak menyalahi undang-undang pun, perbuatan tersebut dinamakan kurang ajar dan biadap. Belum jadi guru dah biadap dan kurang ajar dengan pemimpin. Kalau jadi guru nanti, ada kemungkinan dia akan menanam doktrin ke dalam minda para pelajar beliau untuk membenci pemimpin kerajaan. Kalau ada seratus orang macakm dia ni, alamatnya rosaklah isntitusi pendidikan kita. 

Apa yang dia orang risau sangat pasal AUKU ni. Kalau nak berpolitik, biarlah habis belajar dulu. Kesian mak bapak yang telah mengeluarkan belanja menyekolah dan menanggung perbelanjaan Universiti mereka. Bukan sedikit, tetapi ribuan ringgit telah dikeluarkan untuk menampung pembelajaran mereka. Ada yang bergadai bergolok untuk mencari duit. Harapan ibu bapa, apabila berjaya kelak, anak mereka bakal menjadi sorang pendidik. Apabila ada duit dan bergaji besar, bolehlah ibu bapa tumpang senang ataupun tidakpun ada jugak duit untuk buat belanja kenduri arwah ataupun membeli keranda dan upah pengali kubur mak ayah. 

Budak-budak Universiti yang gian sangat hendak berpolitik ni tak takut kepada tindakan daripada pihak penyokong kerajaan ke. Mereka tidak tahu ke kerajaan ni ramai penyokongnya. Kalau tak ramai penyokong, mana mungkin mereka boleh menjadi kerajaan. Para pemimpin bukan boleh kawal semua penyokong mereka. Ada penyokong yang samseng dan ada penyokong yang ganas dan boleh bertindak diluar batasan undang-undang. Bukan hendak mengugut atau menakut-nakutkan budak-budak U, tetapi kena fikir sehingga ketahap itu. 

Sekarang ni dengar ceritanya, pemuda UMNO telah mendesak pihak UPSI supaya membuang pelajar si Adam Adli ni dari UPSI. Pemuda UMNO pun sudah mestinya geram dengan perbuatan menurunkan bandera pemimpin mereka.  Tidak pernah lagi berlaku perkara sedemikian rupa sebelum ini. Bagi mereka perbuatan ini tidak boleh dimaafkan dan akan membawa kesan yang besar kepada si pelaku. 

Pihak pembangkang pun janganlah menyokong perbuatan biadap dan kurang ajar budak-budak U ni. Kalau nak berdemonstrasi pun elok-eloklah. Jangan pula disiram minyak kepada budak-budak yang tak cukup pengalaman lagi ni. Kesianlah kepada dia orang. Biarlah dia orang habis belajar dulu, barulah boleh ajak mereka menyokong perjuangan pembangkang. Buka meja pendaftaran menjadi ahli pada hari konvokesyen pun orang tak marah kerana dah habis belajar. Ini tidak, budak-budak ni masih belajar lagi, mereka dah kacau dan mengunakan mereka. 

Kalau dibuat soal selidik latar belakang para pelajar yang berdemo tersebut, kebanyakkan daripada terdiri daripada anak-anak para penyokong parti pembangkang samada PAS ataupun PKR. Anak-anak pemimpin DAP tak ada pula berdemo kerana mereka tahu dan mereka boleh membezakan mana satu perkara yang memudaratkan dan mana satu perkara yang menguntungkan. Semua yang berdemo di U tu anak-anak melayu. Anak Cina dan Anak India tak ada kerana mereka tak buat kerja-kerja yang tidak berfaedah ni.

Inilah kelemahan orang melayu dikalangan parti pembangkang kerana mereka tidak dapat membezakan bila masa berpolitik dan bila masa pula meneruskan kehidupan seperti rakyat biasa. Setiap masa mereka berpolitik sebab para pemimpin mereka setiap masa asyik berpolitik kerana falsafah pemimpin mereka iaitu berpolitik boleh dimana-mana dan pada bila-bila masa.  

No comments: