Presiden PAS iaitu Haji Abd Hadi Awang mengaku bahawa Parti pimpinan beliau diperkudakan oleh DAP bagi digunakan sebagai pejuang untuk menghadapi pilihanraya Umum ke 13 nanti. Beliau membuat pengakuan tersebut semasa berucap di Rapat Rakyat di Stadium Melawati. Kenyataan beliau tu kemudian disambut dengan gembira sambil bertepuk tangan oleh lebih 10,000 para penyokong PAS.
Walaupun secara sinis beliau berkata sedemikian bagi menjawab tuduhan oleh orang UMNO, tetapi secara tersirat apa yang dibualkan selama ini oleh orang UMNO bahawa PAS diperkudakan oleh DAP aalah benar. Sebagai seorang pemimpin , tidak sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ianya secara tidak langsung menjelaskan bahawa kerjasama antara DAP dan PAS selama ini bukan atas niat ikhlas, tetapi saling mengkuda antara satu sama lain. DAP mengkudakan PAS atau dalam maksud tersirat, Kapir mengkudakan Islam bagi tujuan menghancurkan pemimpin Islam. Inilah yang paling disukai dan digemari oleh kebanyakkan anak muda sekarang ini terutama mereka yang baru belajar mengenal dunia politik.
UMNO pula dikatakan diperlembukan. Siapa pula yang mengelembukan UMNO sedangkan daging-daging lembu yang enak sentiasa sahaja dinikmati oleh orang ramai. Lembu-lembu banyak memberikan manafaat kepada umat Islam sejagat apabila tiba musim korban. Tanpa lembu, sudah tentu sukar untuk pemimpin PAS untuk melakukan ibadat korban.
Modal kempen yang selalu digunakan oleh orang PAS ialah UMNO menolak Islam. Bagaimana dikatakan UMNO menolak Islam sedangkan kita boleh lihat dan Allah S.W.T. juga melihat bertapa banyak jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh pemimpin UMNO untuk meninggikan syiar Islam di Malaysia ini. Bilangan rumah Allah tidak terhitung banyaknya telah didirikan. Pemimpin PAS boleh membohongi para pengikut mereka yang telah di'bius'kan oleh mereka dengan kata-kata indah mereka, tetapi pemimpin PAS tida sekali-kali boleh membohongi Allah S.W.T. Dimana-mana sahaja di bumi Malaysia ini, umat Islam boleh melaksanakan ibadat mereka tanpa gangguan. Di mana-mkana sahaja di Malaysia ini umat Islam boleh mendalami Ilmu akhirat mereka tanpa halangan. Adakah ini dikatakan sebagai menolak Islam. Adakah disebabkan UMNO tidak melaksanakan Hudud yang merupakan sebahagian daripada Islam yang Maha luas itu, maka UMNO terus dihukum menolak Islam.
Sesungguhnya usaha PAS untuk menghancurkan UMNO bukan baru. Usaha tersebut telah berlarutan berdekad-dekad lamanya. Ada pemimpin mereka telah menggunakan seluruh umurnya untuk mencari jalan dan ikhtiar untuk menghancurkan UMNO. Pelbagai daya dan ikhtiar telah dilakukan. Setiap hari jumaat, mereka akan menghimpunkan segenap pelusuk penyokong mereka. Mereka sanggup untuk berkawan dengan sesiapa sahaja untuk menghancurkan UMNO. Usaha terbaru mereka adalah berkerjasama dengan musuh-musuh Islam dan juga pemimpin-pemimpin Munafik. Pelbagai fitnah dan ikhtiar telah mereka usahakan. Alhamdulillah sehingga kini, usaha dan ikhtiar mereka itu masih belum diperkenankan oleh Allah S.W.T. Namun demikian, sesungguhnya Allah itu maha Adil. Jika hambaNya berusaha walaupun usaha jahat sekalipun, Dia akan perkenankan. Namun demikian, tunggulah pembalasan yang Maha pedih dariNya di akhirat kelak.
Sehubungan itu, kepada umat Islam semua, sedarkan bahawa usaha dan Ikhtiar PAS sudah sampai ke tahap kritikal, sudah sampai ke kemuncaknya. Jika tersilap langkah dengan memberikan mereka peluang pada PRU13 nanti, nescaya akan hancurlah kesucian Islam dan kehebatan Islam di Malaysia ini yang telah dibina kukuh oleh UMNO sejak berdekad lamanya. Ianya akan hancur dalam sekelip mata sekiranya PAS membenarkan mereka diperkudakan oleh DAP. Tidak ada lagi lembu-lembu untuk dikorbankan. Yang ada hanyalah kuda-kuda yang boleh diperkudakan oleh sesiapa sahaja yang berhajat.
Kenyataan Presiden PAS boleh dibaca di SINI.
No comments:
Post a Comment