SAHABAT BLOG

13 December 2011

Jangan Terpedaya Dengan Jualan Murah

Sekarang ni musim sale. Jualan Murah. Harga boleh turun sehingga 80 %. Hari Ahad yang lepas aku pergi ke Jayajusco Balakong untuk beli baju kerja 2 -3 helai. Jauh juga JJ Balakong tu dari rumah sewa aku, lebih kurang 12 KM. Aku tak pernah ke sana walaupun dah tinggal di KL ni hampir 4 tahun. Darat betul aku. Bukan apa, aku kalau bergerak ke mana-mana terutama tempat baru, kalau tak sesak tak sah. 

Di JJ Balakong banyak jualan murah baju-baju kerja. John Master, Padini, Durban, Valentino, Buaya dan banyak lagi. Apa yang aku nak kongsi di sini ialah berkenaan jualan murah ataupun diskaun. Dari pengalaman aku jualan lelong berbeza dengan jualan murah. Juala lelong adalah menjual barang-barang berkualiti dengan harga murah,manakala jualan murah pula menjual barang-barang tidak berkualiti dengan harga murah. Ramai orang kebiasaannya terpedaya dengan harga asal sesuatu barang yang djual murah tersebut.

Aku yakin, para pengilang memang mengilangkan pakaian yang khas untuk dijadikan stok untuk jualan murah. Itu pasal kita dapati pakaian yang dijual murah tu masih baru-baru lagi. Ianya bukan stok lama, tetapi stok baru yang dikhaskan untuk jualan murah. Stok-stok untuk jualan murah ini ditinggikan harganya terlebih dahulu sebelum dibuat potongan harga sehingga 50 - 70%. Hakikatnya nilai sebenar pakaian tersebut adalah harga selepas diskaun. 

Itu pasal kita jangan terpikat dengan harga asal. Kita hendaklah menilai terlebih dahulu kualiti dan material pakaian adakah bersesuaian dengan harga selepas potongan. Cara hendak menilai ialah dengan cara mencari pakaian yang best buy atau new arrival yang sama harga dengan harga asal pakaian diskaun tersebut. Bandingkan kualitinya dan material yang digunakan. Memang jauh bezanya.  

Inilah takik yang selalu digunakan oleh pengeluar pakaian untuk memperdaya para pembelinya Mereka mengharapkan pembeli akan terpengaruh dengan harga asal pakaian dan seterusnya terpikat dengan diskaun yang ditawarkan. Cuba bayangkan siapa yang tidak terpikat jika sehelai baju jenama Durban yang berharga RM169.00 boleh dibeli dengan harga M50.00 sahaja. Tentu orang tidak akan berfikir banyak untuk mendapatkannya kerana beranggapan mereka telah membeli sehelai baju berkualiti. 

Di JJ Balakong baru-baru ni, aku beli 2 helai baju dan sehelai seluar. Baju Polo dan baju Durban Kedua-duanya baju jualan murah. Aku berpuashati dengan harga selepas diskaun selepas menilai kualitinya materialnya. Aku tak terperdaya harga asal pakaian walaupun harga asalnya hampir RM200.00. 

No comments: