SAHABAT BLOG

11 October 2011

Rajet 2012, bajet paling meriah.

Bajet 2012 telah dibentang oleh DS Najib dengan begitu meriah sekali. Kenapa tak meriahnya, umpama hujan duit yang turun di bumi Malaysia untuk tahun 2012. . Inilah disebutkan ataupun disifatkan sebagai "belanja wang" yang paling hebat sekali di dalam sejarah tanahair. Bajet inilah yang boleh kita lihat kerajaan betul-betul membelanjakan wang  untuk diberikan kepada rakyat. Dari rakyat   untuk rakyat.

Selesai sahaja bajet dibentangkan, ramai yang bersorak gembira terutama rakyat yang berpendapatan rendah, kakitangan kerajaan dan yang paling kuat bersorak adalah para guru. Pekerja swasta yang termasuk di dalam golongan ini pun turut bersorak. bagi yang tidak termasuk, minta maaf sahaja le, tunggulah kot-kot ada "seredak" yang boleh diagihkan.

Rakyat dapat duit tunai kerana kerajaan bagi. Alhamdulillah, tetapi kesian juga kepada mereka kerana barang keperluan sehari-harian seperti ayam, ikan, sayur masih kekal tidak berubah malah  akan semakin meningkat. .   Kenaikan harga barang bukan macam banjir atau bah. Sekali barang naik, jangan harap ianya akan turun kembali. Kesian rakyat,  untuk dua bulan pertama tahun 2012 mereka boleh sedikit bernafas kerana kerajaan bagi duit, tetapi untuk 10 bulan berikutnya, mereka akan kembali sengsara Apa tidaknya, mereka akan kembali  dihimpit cengkaman harga barang yang semakin tinggi. Walaupun kerajaan telahn gerakkan pasukan pemantauan herga barang, tetapi apa yang mereka boleh buat? "Nothing".

Aku bukan tidak setuju dengan bajet 2012, malahan teramat setuju kerana walaupun aku tidak mendapat manafaat secara langsung kecuali bantuan anak sekolah dan yuran sekolah, sekurang-kurangnya keluarga aku di kampung bolehlah bernafas lega buat seketika. Aku bukanlah orang kaya, kebetulan pendapatan isisrumah aku suami isteri melebihi angka RM3,000.00. Itu gaji kasar je. Kalau dikira gaji bersih, aku mungkin lebih sesak dari keluarga aku di kampung sana. Oleh itu, walaupun DS Najib kata bantuan RM100.00 untuk anak sekolah itu untuk rakyat berpendapatan rendah sahaja, tetapi aku akan sapu juga kerana pendapatan dibawa pulang ke rumah aku masih dibawah paras RM3,000.00 sebulan. Lagipun bajet sudah disediakan, kalau tidak ambil, mesti bajet berkenaan akan digunakan untuk perkara-perkara lain yang mungkin tidak memberi manafaat kepada aku. 

Lagi satu yang aku fikir pelik sedikit ialah pemberian one off RM500.00 kepada keluarga yang berpendapatan isirumah rendah daripada RM3,000.00. Kerajaan kata ejen perlaksana ialah LHDN. Aku pun terbayangkan  keluarga aku dikampung yang kerja petani dan nelayan. Dah sah mereka mempunyai pendapatan rendah daripada RM3,000.00 sebulan. Masalahnya macamana mereka nak berurusan dengan pihak LHDN kerana mereka tidak mempunyai majikan. LHDN ni setahu aku hanya untuk mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta ataupun mereka yang mendaftar perniagaan mereka. Harap-harap kerajaan bijak untuk menangani massalah ini. Memang kerajaan bijak, kalau tidak bijak, adalah lebih baik tidak menjadi kerajaan. Rakyat tidak mahu pemimpin kerajaan yang bodoh dan dungu, buat menyusahkan sahaja.

Secara jujur aku boleh katakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena kepada bajet 2012 ini. Namun demikian sebagai penyokong kerajaan, aku mengharapkan mereka sentiasa memikirkan rakyat melebihi keperluan mereka sendiri. Mereka memikirkan bagaimana nak mengisi tembolok rakyat sebelum memikirkan bagaimana nak mengisi tembolok sendiri. Jika ini yang menjadi falsafah mereka, barulah konsep 1Malaysia itu dapat dihayati iaitu, "rakyat didahulukan".

6 comments:

Anonymous said...

bajet pru13.....i help u...u help me..so...tunggu pru13... harap2... dpt lah pru yg bersih. tiada undi pos yg tak dipangkah oleh pengundi lagi....

putrarahman said...

Apa yang hairannya, semua pihak jika berada pada kedudukan BN akan bertindak sedemikian. Rakyat semua tahu.

PRU..... tiada yang bersih di mata pembangkang walau sebersih air zam-zam sekalipun.

Anonymous said...

mana ada bersih air zam-zam... menipu byk la... spr kena study dulu undi pos. kena study dulu kenapa ada pengundi didaftarkan sbg undi pos..sedangkan mereka (isteri kpd pengundi pos) tak pernah berbuat permohonan...ini berlaku di perak... sehingga kini spr tak dpt jwb fakta ini...


ni ke yg ninakam bersih oleh kerajaan????

putrarahman said...

Kena buat permohonan ke untuk menjadi pengundi pos? Kalau askar menjadi pengundi pos, logiklah isteri mereka pun didaftar menjadi pengundi pos. Takkan mereka nak balik kampung pulak kot untuk mengundi.

Menjadi pengundi pos tu salah ke?

Anonymous said...

MASAAAAALHHHNYERRR....SI ISTERI OR SUAMI TIDAK PERNAH.....TIDAK PERNAH PUN MINTAK/ISI BORANG NAK UNDI POS....MCM MANA NAMA DAH BERTUKAR STATUS PENGUNDI POS.... KENAPA SUSAH SGT NAK FAHAM!!!!!!

Anonymous said...

MASAAAAALHHHNYERRR....SI ISTERI OR SUAMI TIDAK PERNAH.....TIDAK PERNAH PUN MINTAK/ISI BORANG NAK UNDI POS....MCM MANA NAMA DAH BERTUKAR STATUS PENGUNDI POS.... KENAPA SUSAH SGT NAK FAHAM!!!!!!