SAHABAT BLOG

20 October 2011

Memang Patut Prof Aziz Bari digantung kerja

Ramai para pemimpin pembangkang yang mempertikaikan pergantungan Profesor Aziz Bari oleh UIAM. Aku tidak mahu ulas panjang lebar tetapi memang aku berpendapat dia memang patut digantung oleh UIAM.

UIAM adalah sebuah universiti yang bernaung di bawah pemerintahan kerajaan BN. Prof Aziz Bari banyak mencari  dan bongkar silap kerajaan dipentas melalui saluran pembankang. Sikap ini tidak sepatutnya dimiliki oleh seorang tenaga akademik yang bernaung di bawah kerajaan sedia ada. Boleh dkatakan beliau bersikap double sandard.

Apabila beliau mengeluarkan pendapat ataupun berceramah untuk membongkar silap UMNO termasuk mengkomuniskan UMNO, beliau membawa sekali nama Universiti Islam Malaysia sebagai pengenalan diri. Tindakan ini jelas menjejas nama baik UIAM dan kerajaan Malaysia.

Oleh itu aku sokong agar beliau digantung dan diberikan pilihan samada hendak menjadi ahli politik ataupun tenaga pengajar.

Sila Klik blog ni untuk lihat sebahagian Prof Aziz Bari. Klik SINI.

No comments: