Patut le, mesyuarat bersama puak-puak dan geng-geng Pakatan Rakyat berkenaan Hudud tak capai persetujuan kerana mereka tak ajak Nik Aziz sekali. Sepatutnya beliau di ajak sekali, kerana beliau yang inginkan supaya Hudud dilaksana di Kelantan. Kelantan adalah negeri Beliau, jadi kenapa pula orang Terengganu, Orang Perak, Orang Pulau Pinang yang hendak membuat keputusan. Nik Aziz bukan nak buat hudud di Terengganu, bukan di Melaka, bukan Di Perak, bukan di Pualau Pinang, bukan nak buat hudud seluruh Malaysia. Pakatan Rakyat sepatutnya menyokong penuh usaha Nik Aziz untuk buat hudud di Kelantan.
Sekarang ni siapa halang hudud? UMNO ataupun Pakatan Rakyat. Kalau UMNO yang halang, kenapa mereka nak kisah kerana UMNO itu adalah musuh mereka dan bukan sekutu mereka. Kenapa mereka peduli apa musuh nak kata atau nak halang. Masalahnya kawan, sahabat dan sekutu sendiri yang halang. Macamana nak buat, macamana nak laksanakan kalau kawan dah halang, kalau sekutu bantah sekeras-kerasnya, kalau terpaksa langkah mayat kawan.
Kesimpulannya, PAS dan PKR sedang perjudikan nasib Islam di dalam Pakatan Rakyat. Kalau inilah parti yang diharapkan untuk menjadi pemerintah, alamatnya satu benda pun yang ada kaitan dengan Islam akan dilaksanakan. Percayalah , Jika sebuah Masjid baru dibina, Gereja, Kuil pun mesti dibina sama. Kalau tidak setuju, semuanya tidak dibina.
Inilah akibatnya jika berkawan dengan orang kapir tetapi tidak boleh mengatasi mereka di dalam membuat keputusan untuk umat Islam. Jauh berbeza dengan UMNO. Mereka bekerjasama dengan MCA, MIC tetapi kuasa membuat keputusan masih dikawal oleh UMNO. Itu pasal kita lihat banyak pembangunan dan kemajuan untuk Islam dibuat jauh melebihi pembangunan dan kemajuan untuk agama lain. Kecuali hudud, Qisas dan Takzir yang dikatakan oleh Haji Hadi keperluaannya adalah 0.001% untuk dilaksanakan, alhamdulillah, undang-undang Allah yang lain dilaksanakan oleh UMNO melalui Mahkamah Syariah.
Sila baca ulasan sahabat bloger dinturtle untuk cerita lebih menarik.
7 comments:
lawak betul kenyataan ini, jgn dok baca surat kabar yang org kata layak dibuat bungkus nasi lemak jer.. keluarlah dari kepompong... lihat lah dunia luar skit. (berita dari sumber lain sama)
Percayalah , Jika sebuah Masjid baru dibina, Gereja, Kuil pun mesti dibina sama. Kalau tidak setuju, semuanya tidak dibina.
- ayat cai umno yang suka menakutkan rakyat....ini lah wajah/cara mereka berhujjah kpd rakyat...
Isu Hudud: Akhirnya kebenaran terpancar jua...!
Perjuangan PAS sememangnya tersasar jauh!
Keberanian PAS hancur dalam PR terutamanya bila berhadapan dengan DAP! Segala keputusan mesyuarah dalam PR mestilah mengikut kehendak DAP!
Mana wajah kepimpinan PAS? sedangkan penyokong dan pengundi PAS mahukan PAS yang gagah dan berani dan bukannya sebagai pengecut dalam gabungan PR.
Berjuanglah kerana Islam dan negaramu bukannya setakat slogan menawan Putrajaya sahaja...!
Anon 10:11. Pada zaman Rasulullah pun sudah ada persefahaman atau persepakatan antara orang yahudi dengan orang Islam untuk mempertahankan Madinah dari diserang oleh musuh, tetapi siapa ketua dan siapa yang membuat keputusan? Adakah orang yahudi yang sedikit itu mempengaruhi orang Islam?
Sekarang ini, PAS bekerjasama dengan DAP dan dikatakan meniru persefahaman dan kerjasama di zaman Rasullullah, tetapi lihatlah apa yang berlaku. Kalau tuan orang Islam, adakah tuan mahu keadaan sekarang ini ataupun keadaan seperti zaman Rasulullah dahulu?
Anon 10:15, Bukan menakutkan tetapi membongkar kebenaran. Tuan takut kerana kebenaran terbongkar.
Tukaran hati: Setuju perjuangan PAS tersasar jauh semenjak berkarib dengan DAP dan PKR. Dulu saya pernah sokong PAS dan pernah undi PAS, tetapi sekarang minta maap.
kalau dah susah sgt nak susruh pas tegak islam...suruh umno jer lah tegak islam...rosmah kan ada...contoh ikion muslimah sejati...
pok jib pun kecut jugak...mca nak warning awal-awal lg....buat hudud mca say godbye....so,,,umno ni kira camna...parti pemerintah lagi..tu....
adakah cai umno kata umno masih kawal lagi keputusan??? celik mata luas-luas sikit...tengok sama tulisan org lain. jgn dok tengok dan hafal utusan jer
pok jib pun kecut jugak...mca nak warning awal-awal lg....buat hudud mca say godbye....so,,,umno ni kira camna...parti pemerintah lagi..tu....
adakah cai umno kata umno masih kawal lagi keputusan??? celik mata luas-luas sikit...tengok sama tulisan org lain. jgn dok tengok dan hafal utusan jer
Post a Comment