SAHABAT BLOG

28 September 2011

Suhaizan Kaiat!!...Contoh terbaru takde ke?

Aku tak fahamlah apa yang dibincangkan oleh Saudara Suhaizan Kaiat berkenaan pasal Mismah. Tak habis-habis lagi ke. Perkara tu dah terjadi 29 tahun yang lalu. kenapa baru sekarang ianya hendak ditimbulkan. Mereka yang membuat keputusan pada masa itu sudah tentu mempunyai sebab dan alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. Dokumen pun mungkin dah masuk arkib ataupun disimpan dimana-mana. Mungkin juga sudah musnah semasa banjir ataupun pindah pejabat.

Sepatutnya saudara Suhaizan ambillah contoh terkini supaya mereka yang membuat keputusan tersebut masih boleh menyelak-nyelak dokumen. Walaupun demikian aku bersetuju dengan saudara Suhaizan supaya kerajaan Malaysia hendaklah tegas ikut dasar dan peraturan yang telah ditetapkan berkenaan pemberian penduduk tetap dan seterusnya kewarganegaraan kepada penduduk asing ini. Walau apa juga alasan samada politik ke, keseimbangan penduduk ke atau apa juga alasan yang tersembunyi, kerajaan tidak sepatutnya melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Tindakan mereka yang langar peraturan ini sungguh jahat dan perbuatan ini bakal menyusahkan generasi anak cucu cicit di masa yang akan datang.

Jika mereka di dapati melanggar peraturan yang ditetapkan, mereka ini hendaklah didakwa di mahkamah .
Jadi nasihat aku kepada ahli-ahli politik macam Suhaizan ni, kalau nak bangkitkan sesuatu Isu, hendaklah ambil isu terkini. Aku tak setuju kalau nak ungkit isu-isu lama macam isu Mat Indera ataupun Mismah ni.

Untuk cerita lanjut berkenaan KLIK.

No comments: