Undang-Undang Islam termasuk hukum hudud adalah undang-undang yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. , maka takkanlah Allah hendak menurunkan atau memberikan kepada hamba-hambaNya satu bentuk undang-undang atau hukuman yang tidak adil dan tidak sesuai untuk diamalkan. Pelik betul bunyinya.
Undang-undang yang digariskan di dalam Al Quran hendaklah ditafsirkan semula adakah ianya boleh dikatakan Undang-undang Islam sepenuhnya ataupun undang-undang yang lebih bersifat universal yang menglangkaui sempadan agama. Tidakkah apabila ianya ditafsirkan sebagai undang-undang Islam, orang bukan Islam beranggapan ianya adalah undang-undang yang khusus untuk orang Islam sahaja. Jika begitu apakah pula undang-undang bagi orang-orang bukan Islam yang ditentukan oleh Allah S.W.T?
Perbezaan agama antara Manusia ini pula ada diterangkan di dalam Al Quran di dalam surah Al Kafirun. Maknanya manusia ini diperakui berbeza-beza agamanya, tetapi mereka semua diminta untuk patuh dan tunduk kepada undang-undang yang satu iaitu undang-undang yang ditentukan oleh Allah S.W.T.
Di dalam Al Quran itu banyak lagi perkara-perkara penting yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Banyak perkara tesebut digunapakai oleh umat Manusia tak kira kapir atau Islam, kerana mereka sedar dan percaya bahawa bahawa Al Quran itu adalah satu adalah Kalam Allah, cuma mereka tidak beriman sahaja kepada kitab tersebut. Kenapa undang-undang yang digubal di dalam Al Quran itu tidak mahu dipakai?
Undang-undang sivil yang kita gunapakai sekarang ini adalah undang-undang yang digubal oleh manusia, sedangkan undang-undang yang disebut di dalam Al Quran itu adalah undang-undang yang digubal oleh Allah S.W.T. Aku nak tanya, adakah undang-undang yang digubal oleh Manusia itu lebih baik daripada undang-undang yang digubal oleh Allah S.W.T.
Oleh itu aku menolak pandangan dan pendapat yang mengatakan bahawa Malaysia ini tidak sesuai untuk melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas yang digubal oleh Allah S.W.T. disebabkan perbezaan agama ataupun kepelbagaian kaum yang ada. Namun demikian aku boleh menerima pendapat yang mengatakan bahawa Malaysia masih belum sesuai kerana tidak mempunyai kepakaran untuk mengkaji dan mentafsir undang-undang Allah itu secara mendalam untuk diimplimentasi di negara berbilang kaum dan agama ini, kerana jika ianya dilaksanakan tanpa kepakaran dan pengetahuan yang jelas, dibimbangi akan mendatangkan kezaliman dan ketidak adilan kepada rakyat.
Pada pendapat aku perkara ini perlu dikaji secara mendalam berdasarkan isi kandungan Al Quran tersebut oleh pakar-pakar perundangan Islam. Ianya tidak semudah sebagaimana diucapkan oleh Nik Aziz ataupun ditolak secara mentah oleh Karpal Singh.
Pada pendapat aku perkara ini perlu dikaji secara mendalam berdasarkan isi kandungan Al Quran tersebut oleh pakar-pakar perundangan Islam. Ianya tidak semudah sebagaimana diucapkan oleh Nik Aziz ataupun ditolak secara mentah oleh Karpal Singh.
Ini adalah pendangan cetek aku sahaja.
6 comments:
...tetapi kata orang DS Najib takut kepada Chua Soi Lek pasal bab Hudud ni...betul ke?
Pasai apa nak takut. Chua Soi Lek memanglah takutkan hudud kerana beliau tidak tahu pasal hudud. Ramai yang tidak tahu secara detail pasal hudud dan Qisas.
Oleh itu semua orang perlu memberi ruang secara bebas kepada pakar-pakar perundangan Islam untuk membincangkans secara mendalam berkenaan perlaksanaan hudud di malaysia ini. Perkara ini mesti dilaksanakan kerana Malaysia ini telah meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, maka kenapa perundangan Islam itu tidak digunakan sepenuhnya?
Isunya bukan boleh atau tidak boleh dilaksanakan, tetapi isunya adalah adakah kajian telah dibuat secara mendalam oleh pakar-pakar perundangan Islam.
bukan takat takut kat CSL tapi takut juga kat RM....
Nak jadi saksi pun taku...bukan suruh jadi saksi pembela kpd DSAI...tapi utk saksi kpd sepol...
Isunya bukan boleh atau tidak boleh dilaksanakan, tetapi isunya adalah adakah kajian telah dibuat secara mendalam oleh pakar-pakar perundangan Islam.--- dah berapa lama umno perintah msia...apasal tak buat kajian....asyik nak salahkan org lain lak...
Anon..2:17. Siapa yang berani, Anwar? Anwar lagi penakut. Tak berani nak hadapi pendakwaraya, tetapi lebih rela(boleh bawa maksud selesa)duk dalam kandang tertuduh semasa bercerita (kononnya membela diri).
Anon 2:19. Tanya Haji Hadi, berapa peratus keperluan untuk hudud ini dilaksanakan?
Menurut Anwar lagi, Najib pada mulanya menafikan bertemu dengan Saiful tetapi kemudian menukar pengakuan dan berkata Saiful telah memohon bantuan bagi mendapatkan biasiswa.
- pasai pa pm takut lak nak jdi saksi...jadilah saksi pembela kpd sepol....kata nak bantu sepol..
mahkamah belum jatuhkan salah or tidak..puak cai umno termasuk pm dok bwa cerita mcm2...ni apa kes...
nak tanya haji hadi buat apa...tanya lah pm...dia kan pemerintah islam, rm pun islam (cara dia laaa..) rendah sungguh mentaliti cai....dlm menegakkan hukum Allah.
Post a Comment