SAHABAT BLOG

17 April 2011

DS NAJIB...HARAP BUAT KAJIAN UNDI CINA

Keputusan rasmi Pilihanraya Negeri Sarawak telah diketahui dimana BN berjaya menguasai kembali politik Sarawak dengan memperolehi majoriti 2/3. Apa yang menarik perhatian ialah pertarungan diantara para Semenanjung dengan Parti tempatan. Kita lihat Parti Tempatan masih lagi berjaya menjadi pilihan rakyat Sarawak dimana kesemua 55 buah kerusi yang dimenangi oleh BN terdiri dari Parti tempatan. Parti semenanjung pula yang membentuk Pakatan Rakyat terdiri daripada  3 daripadanya adalah parti semenanjung dan 1 parti tempatan.

Aku tidak mahu mengulas secara terperinci berkenaan perkara ini, cuma apa yang boleh aku simpulkan bahawa, orang Sarawak masih lagi memberi kepercayaan kepada parti tempatan berbanding parti semenanjung. Di kalangan parti semenanjung, hanya orang DAP sahaja yang boleh dikatakan berjaya. Kejayaan DAP pun disebabkan orang cina. Orang Cina ni sebagaimana diketahui umum tidak setuju dengan kerajaan BN atau senang cakapnya kerajaan melayu. Walaupun banyak kemudahan diberikan kepada mereka oleh kerajaan sehingga kadang-kadang kerajaan terpaksa melukakan hati dan perasaan kaum bumiputera, tetapi mereka tetap akan memilih untuk menyokong pembangkang. Aku tidak tahu apakah sebab utama mereka menyokong pembangkang.Beberapa sebab sepereti tersenarai hanya berada pada tahap mungkin sahaja:-

1. Orang Cina ini merasakan mereka sedikit dan jika mereka tidak menyokong kerajaan sekalipun, kerajaan masih tetap milik orang bumiputera. Oleh itu mereka beranggapan bahawa undi mereka bukan undi penentu sesebuah kerajaan. Atau dalam kata lain, orang cina tidak mengundi bagi tujuan untuk membentuk kerajaan. Atau dalam bahasa mudahnya, Cina telah tanam dalam minda mereka bahawa  negara ini tetap akan diperintah oleh orang melayu samada oarng cina memberikan undi ataupun tidak. Jadi mereka boleh ikut suka bak undi sesiapa sahaja yang mereka suka.

2. Orang Cina ingin menunjukkan bahawa mereka bukan kaum yang boleh digula-gulakan. Mereka adalah kaum yang berpendirian. Segala kemudahan yang diberikan kepada mereka dianggap sebagai tanggungjawab kerajaan. Jika kerajaan tidak menunaikan tanggungjawab itu, mereka akan menuntutnya melalui NGO-NGO mereka yang berpengaruh. NGO-NGO ini melangkaui batasan politik.

3. Orang Cina beranggapan bahawa kerajaan terlalu mengharapkan kepada undi mereka kerana mereka anggap bahawa undi kaum bumiputera terutama melayu sudah berpecah kepada 3 bahagian. Oleh itu merekalah sebagai undi penentu. Oleh itu, walaupun mereka mengundi DAP, mereka tidak takut kepada kerajaan kerana mereka anggap bahawa kerajaan takut kepada mereka atas kapisiti undi penentu ini.

4. Ramai orang Cina anggap bahawa DAP adalah parti yang memperjuangkan agama kristian walaupun scara tidak langsung. Orang Cina ramai yang menganut agama Kristian, oleh itu apabila memilih DAP, mereka beranggapan bahawa mereka telah memilih parti yang  memperjuangkan agama mereka.

Inilah 4 kemungkinan sebab yang boleh aku berikan. Walaupun mungkin ada yang kata, bukan semua orang cina menolak kerajaan BN, tetapi aku nak tegaskan bahawa majoriti daripada orang Cina menolak kerajaan BN dan memlih DAP. Ini adalah fakta.  

Oleh itu, sekarang ini bagaimanakah layanan yang sepatutnya diberikan oleh kerajaan BN kepada orang Cina ini. Jika selama ini, DS Najib mengambil sikap berhati-hati dan bersikap baik sangka dengan orang Cina, tetapi sikap sedemikian rupa-rupanya tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada kerajaan dari segi pemberian undi. 

Begitu banyak kemudahan dan juga bantuan diberikan kepada orang Cina, tetapi mereka masih memilih untuk tidak berterima kasih dengan cara memberi undi kepada BN. Bukan susah untuk melihat jika mereka berterima kasih dan memberi undi atau tidak. Lihat sahaja majoriti yang diperolehi oleh calon-calon DAP dalam pilihanraya Sarawak kali ini. Begitu besar jumlahnya. Ini menandakan ramai orang Cina yang memilih DAP dan ramai yangmenolak parti kerajaan. Kalau majoriti itu sipi-sipi, masih boleh dipertimbangkan dan masih boleh disangka baik bahawa orang cina berterima kasih dan memberi undi kepada BN. Bukan menghasut tetapi inilah analisa aku.

Kerajaan hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam mengenai sikap dan juga pendirian kaum cina ini supaya janganlah nanti "yang diikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Hipotesis kajian itu bolehlah ditulis sebagai " Undi kaum cina tidak menjejaskan peluang kemenangan BN dalam PRU ke 13". 

Jika kajian menunjukkan kerajaan tidak terjejas dari segi sokongan dan peluang untuk memperolehi majoriti mudah tanpa bantuan orang cina, maka kerajaan BN janganlah memberi muka kepada kaum cina tetapi lebih memikirkan pasal pembangunan dan kemajuan kaum-kaum bumiputera dengan lebih efektif. Segala bentuk bantuan samada kewangan atau  apa sahaja hendaklah disalurkan untuk memajukan dana meningkatkan daya saing orang melayu khususnya. Target pemilikan harta kaum melayu dan bumipurtera hendaklah ditingkat sesuai dengan peratus populasi orang melayu dan bumiputera. Orang Cina dan bangsa lain  pandai-pandai mereka berusaha hendak hidup tanpa mengharapkan kepada kerajaan.

3 comments:

Anonymous said...

saya sangat setuju ,selama ini orang cina sudah kaya dan telah menguasai ekonomi negara

zari said...

Selagi politik memujuk oleh Najib diteruskan, selagi itulah Cina tidak akan mengundi BN.

Buktinya, selama cina setia dalam MCA atau SUPP, mereka merasa kerugian dalam pembahagian kek ekonomi negara sbb parti2 meraka terpaksa menjadi pak turut kpd UMNO atau PBB.

Mereka jadikan DAP sebagai batu loncatan. Dengan beralih kepada DAP maka semua kehendak mereka boleh tercapai bukan dari DAP tapi dari BN sebab budaya politik memujuk/merayu undi dari BN.

Jadi sebagai kesimpulan, BN sepatutnya belajar dari siri2 kesilapan yg lalu selepas PRU2008.

Tak perlu lagi perojek untuk masyarikat cina bandar. Mereka sudah ada. Lebih baik tumpukan usaha di kawasan2 luar atau pinggir bandar terutama Sarawak dan Sabah. Sesungguhnya, 2 negeri ini adalah deposit terbesar kelangsungan politik BN.

Najib perlu berubah. Kurangkan budaya memujuk rayu undi cina sbb sudah terbukti sekarang bahawa cina dlm BN sekarang sudah menjadi cina minority berbanding cina dalam DAP.

Zakir said...

SEkarang, telah tiba masanya kerajaan BN perlu mempertimbangkan kembali konsep 'ambil hati' kepada masyarakat cina, bukan sahaja di sarawak, tetapi juga di seluruh semenanjung. Ibarat tidak mengenang budi, bunga yang kerajaan beri, najis pula yang dibaling balik kepada kerajaan. Telah terlalu banyak kemudahan khas kepada kaum cina kerajaan berikan, telah tidak tersenarai permintaan2 mereka yang telah kerajaan tunaikan termasuklah permintaan yang kelihatan amat berat sebelah dan terlalu 'perkauman', malahan kerajaan dilihat begitu ambil berat setiap hal ehwal masyarat cina di negara ini. Tetapi, mereka tidak pernah menghargai, apatah lagi membalas jasa budi kerajaan ini. PRN Sarawak baru2 ini yang menunjukkan 50% masyarakat cina terutama di bandar2 tidak menyahut seruan kerajaan tetapi semakin kuat berpihak kepada pembangkang perkauman (DAP) memberi gambaran sebenar bagaimanakan hati perasaan bangsa yang satu ini.

Justeru, kerajaan perlu lebih realistik dan seimbang dalam melaksanakan permintaan setiap kaum di negara ini dan mengutamakan dahulu rakyat yang benar2 mengenang budi. Betapa ramainya kumpulan rakyat yang menyokong kerajaan BN selama ini yang perlu diberikan pembelaan (bukan pembelaan individu semata2, tetapi membela nasib kaum tersebut secara kolektif dalam segenap segi dengan mengutamakan ekonomi, kemudahan infrasruktur tempat tinggal, pendidikan dan pemilikan harta). Jika sebelum ini, kerajaan kelihatan cuba mengambil hati pengndi2 cina dengan harapan mereka memihak kepada kerajaan sehinggalah kerajaan kelihatan seolah2 mengetepikan keperluan prasarana kaum lain yang 'totok' menyebelahi kerajaan, kini sepatutnya kerajaan melebihkan kumpulan yang berjasa ini dengan memberi keutamaan kepada mereka dahulu dalam apa jua segi. Ini kerana, dari merekalah kerajaan dapat mengekalkan kuasa memerintah sehingga hari ini, termasuk di sarawak.

Janganlah kerana terlalu ingin mengambil hati kaum yang ternyata tidak pernah mengenang jasa ini mengakibatkan kaum2 yang sejak sekian lama setia kepada kerajaan 'merajuk hati' dan kecewa. Jika perasaan kumpulan ini tidak dijaga sebaiknya, natijahnya amat besar sekali kepada pengekalan kuasa BN di masa akan datang. Pengalaman tsunami PRU 12 lepas cukup mengajar kerajaan akan berkuasanya rakyat jelata. Kerajaan perlu mengutamakan rakyat yang menyokong kerajaan dahulu, kemudian barulah kepada rakyat yang tidak mengenang budi itu. Dan biarlah kumpulan yang satu lagi itu dengan dunia mereka sendiri bersama2 parti pembangkang hingga mereka sendiri sedar kedudukan mereka dan biarlah perasaan sayangkan negara ini datang secara semulajadi dari benak hati mereka sendiri. Cinta tidak boleh dijual beli, tetapi mengajar betapa berharganya cinta itu perlu diasuh supaya manusia2 yang buta hati itu sedar di mana bumi di pijak, di situlah sepatutnya langit di junjung.