SAHABAT BLOG

11 April 2011

DS NAJIB DATANG - SEMUA MASALAH BEREH

Kempen PRN dah masuk hari ke 5. Dengar citenye DS Najib akan berkampung di Sarawak sehingga ke tarikh pengundian. Untung orang Sarawak kerana apabila pemimpin tertinggi BN datang sudah pasti mereka akan membawa berita gembira bersama-sama mereka. Pemimpin BN bukan seperti pemimpin PR kerana pemimpin PR cuma pandai membuat janji, kerana itu sahaja yang mereka ada.

Kedatangan DS Najib ini menandakan bahawa BN tidak ambil mudah kepada pihak pembangkang pada kali ini. Setiap kawasan dianggap sebagai kawasan panas dan kawasan genting. Apabila anggapan sedemikian ditanam ke dalam minda para petugas BN, maka mereka akan lebih berusaha berkempen untuk memenangi hati pengundi. Pelbagai usaha dan strategi dilaksanaka samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Perkara ini sebenarnya suatu berita malang kepada pihak PR. Apabila BN memperkemaskan jentera mereka dan menanam ke dalam minda setiap para petugas mereka bahawa semua kawasan termasuk Balingan adalah kawasan panas, maka pihak PR bakal melihat suatu gerakan kempen luar biasa bakal dilaksanakan oleh pihak BN. Untuk menghadapi situasi seperti ini, pihak PR tidak boleh lagi bergantung harap kepada ceramah-ceramah luar biasa para pemimpin mereka. Mereka perlukan sesuatu yang lebih konkrit dan kemas untuk ditawarkan kepada para pengundi di Sarawak. Namun demikian apa yang mereka ada selain janji-janji manis yang mampu diberikan. 

Jika dahulu aku meramalkan bahawa pihak BN bakal menghadapi kesukaran untuk mempertahankan majoriti 2/3, tetapi apabila DS Najib mula turun padang dengan pelbagai peruntukkan yang dibawa bersama, BN sudah tidak menghadapi kesukaran lagi. Aku berpendapat, DS Najib saanggup untuk menarik pelbagai peruntukkan yang tidak digunakan untuk diberikan kepada rakyat Sarawak. Sekali aku simpulkan bahawa, rakyat Sarawak beruntung DS Najib memberikan perhatian penuh kepada Sarawak dan Sarawak juga  beruntung kerana mempunyai PRN yang berlainan dengan PRU. Cuma nasihat aku, apabila dah menang nanti, jangan sekali-kali melantik Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri kerana kesannya amat besar kepada PRU nanti. 

5 comments:

Anonymous said...

abis PM ambil peruntukkan utk semenanjung di bereskan di srwk.... semata-mata nak membeli undi rakyat sarawak. manakalan TPM dlm majlis nya (semalam dlm TV3) bersama warga pendidik menyeru dan meminta agar warga pendidik bersama dalam "golongan" yg memerintah. Jgn sesekali percaya kpd pembangkang. waduh.... kempen habis-habisan ni. inilah demokrasi terbaru ciptaan 1Malaysia. Guru pembangkang tak leh menunjukkan "cenderong" kpd parti lawan. itu salah. berbalik kpd PM tadi, ramai merasakan BN akan byk kehilangan kerusi kali ini... walaupun PM menabur jutaan ringgit ( mee segera). rakyat sarawak tak mudah diperbodohkan lebih 50 tahun. sebenarnya sabah dan sarawak selama ini , umno menganggap "fixed deposit". itu dulu. inilah perangai kerajaan umno skrg... nak pilihanraya baru nampak batang hidung dan ditabur jutaan ringgit ( janji ajer nak bagi..tp belum tau bagi). tak payah lah saudara memujuk hati lagi.... yang nyata sarawak akan byk hilang kerusi...mayb akan kehilangan majoriti dan juga kalah terus.

Anonymous said...

Logiknya...kalau benar Najib kata Taib akan bersara lepas pilihanraya kenapa perlu letak Taib bertanding sebagai calon dalam pilihanraya kali ni..??

Takkan dah bertanding lepas tu letak jawatan, nak kena buat pilihanraya kecil pulak lepas tu..? kata umno tak nak membazir duit rakyat.... (tp tak sempat letak jtwtn kot...coz kalah)

ni budak tadika pun boleh fikir..

putrarahman said...

Tanpa nama 8:14 am. Rakyat Sarawak bukan diperbodohkan, tetapi akan menjadi semakin bijak dan semakin cerdik apabila mereka memilih untuk kekal bersama kerajaan BN. Namun demikian, mereka mungkin, aku cakap mungkin akan menjadi semakin bodoh jika memilih pembangkang.

Anonymous said...

tak lah... mereka tak akan lagi diperbodohkan oleh umno. kan lebih 50 tahun kena tipu. memanglah memilih pembangkang belum pasti bagus, tetapi lebih bagus dari pilih bn. dah memerintah swrk berpuluh tahun. syabas rakyat sarawak kerana menolak bn dan umno.

putrarahman said...

Bagaimanakah tanpa nama 8:21 am mengatakan rakyat sarawak diperbodohkan. Tidakkah mereka merasa bersyukur kerana sepanjang 50 tahun BN memerintah, ramai rakyat sarawak yang berjaya. Dengan syarat mereka berusaha kerana kerajaan Bn telah menyediakan prasarana dan juga suasana ekonomi serta keamanan yang membolehkan sesiapa sahaja yang rajin berusaha berpeluang untuk mencapai kejayaan tanpa had. Lihat sahaja bangsa-bangsa asing yang datang ke sarawak dan malaysia amnya, mereka dengan senang lenang mencapai kekayaan dan merebut segala macam peluang yang ada kerana mereka berusaha untuk itu. Jika rakyat tempatan yang berusaha seperti mereka, aku percaya rakyat asing ini tidak berpeluang langsung untuk merebut segala peluang yang ada. 50 tahun bukan masa yang pendek untuk mengukur kejayaan dan juga kelemahan sesesuatu pemerintahan. Di samping melihat kelemahan, lihat juga kepada kejayaan BN. Bukankah ini lebih adil dan Islam itu sendiri mewajibkan penganutnya supaya bersikap adil dalam menilai sesuatu dan menghukum. he he he