SAHABAT BLOG

01 February 2011

RON97 adalah BARANGAN MEWAH?

Kawan aku SMS pagi tadi mengatakan minyak RON97 naik lagi RM0.10 sen. Aku jawab, biarlah dia nak naik berapa pun, kerana RON97 bukan lagi dikawal harganya oleh kerajaan, lagi pun aku guna RON95. Semakin tinggi RON97, semakin ianya mencapai sasaran atau objektif pemansuhan pemberian subsidi kepada RON97. Namun sepanjang yang aku tahu, semenjak pemansuhan subsidi RON97, tidak keluar lagi berita ada warganegara asing yang membeli RON95.Mungkin juga stesen-stesen minyak kita mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

RON95 tidak banyak bezanya dengan RON97. Cuma berbeza 2 RON sahaja. Di Arab Saudi, RON95 adalah RON paling mahal tetapi harganya masih di bawah SR1.00. Di sana, kereta mewah pun pakai RON95, anak raja pun pakai RON95. Oleh itu usah risau bila guna RON95.

RON97 dah semakin menghampiri kategori barang mewah. Maksudnya ianya semakin menghampiri kategori Mercedes, Porsche, Ferrari atau minyak masak jagung, atau bunga matahari yang aku anggap sebagai barangan mewah.

RON97 sesuai untuk mereka yang berpendapatan tinggi dan kereta yang berprestasi tinggi. Suatu hari nanti jika ternampak proton saga isi minyak RON97, aku anggap itu adalah kereta ke tiga atau kereta untuk anak-anak orang kaya yang masih sekolah. Rakyat berpendapatan sederhana atau rendah jarang yang isi minyak RON97 untuk proton saga mereka.

Jika ternampak mercedes atau camry yang isi minyak RON95, aku anggap itu adalah kereta yang disewa kerana rakyat marhean mana mampu untuk memiliki Mercedes atau Camry.

Oleh itu rakyat kenalah pandai-pandai mencari minyak yang sesuai untuk kereta mereka. Kalau rakyat merasakan mereka berpendapatan tinggi dan memiliki kereta berprestasi tinggi, isilah minyak dalam kategori barang mewah iaitu RON97. Yang lain-lain, isilah RON95, kerana RON95 ialah minyak subsidi. Moral of the story, give a bird padi, don't give a cat banana.

No comments: