Wajar atau tidak wajar kerajaan mengeluarkan para pelajar kita yang berjumlah belasan ribu dari Mesir ekoran keadaan tegang yang sedang berlaku di Mesir ketika dan saat ini? Jika diambilkira perkiraan politik, mungkin boleh dijawab ianya satu tindakan yang tidak wajar kerana sebagaimana diketahui ramai, Mesir merupakan negara dimana begitu ramai anak-anak pemimpin dan penyokong PAS pergi untuk menuntut ilmu agama dan juga ilmu politik yang mana apabila mereka kembali ke tanahair suatu hari nanti, anak-anak muda inilah yang bakal mewarisi kepimpinan parti PAS, yang bakal berhujah dan berdebat dengan pemimpin BN, yang bakal mengeluarkan pelbagai fatwa keliru demi untuk memastikan sokongan para pengikut yang cetek ilmu agama dan yang mencari jalan mudah untuk ke Syurga menyokong mereka. Anak-anak muda yang ditolong pada hari ini bakal menuruti jejak langkah para pemimpin dan juga penyokong tegar PAS yang tidak tahu cara untuk mengenang budi dan berterima kasih.
Namun demikian, jika diambilkira tanggungjawab dan tugas, kerajaan Malaysia telah bertindak wajar dan penuh tanggungjawab di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka apabila bertindak mengeluarkan atau memindahkan berbelas ribu para pelajar kita yang terperangkap di Mesir tanpa mengambilkira fahaman politik yang dianuti oleh mereka. Tindakan kerajaan ini tidak wajar dijadikan isu dan juga modal politik oleh mana-mana pihak kerana mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab di dalam dunia ini, mereka sentiasa sahaja mengambil berat rakyat mereka terutama yang berada di luar negara.
Kerajaan sedar semua rakyat tanpa mengira fahaman politik bimbang dan mendesak kerajaan untuk membawa pulang rakyat kita di Mesir. Lihatlah bertapa risaunya dan perihatinnya para pemimpin PAS dan juga parti pembangkang apabila mengetahui bahawa kerajaan Indonesia telah bertindak lebih pantas untuk mengeluarkan rakyatnya dari Mesir sedangkan Malaysia masih terkial-kial mencari jalan terbaik untuk mengeluarkan rakyatnya. Kerisauan para pemimpin PAS boleh dilihat apabila salah seorang pemimpin besar mereka iaitu Datuk Mahfuz Omar melahirkan kekecewaannya dengan tindakan lembab pihak kerajaan.
Berkatalah Mahfuz Omar;
"Kita kecewa kerana Najib lambat membuat keputusan, baru nak timbang guna kapal.
"Apa salahnya hantar kapal terbang pegi sana, lapangan terbang Kaherah masih boleh diguna, buat macam Indonesia.
"Ataupun guna dua-dua kaedah, yang dekat dengan pelabuhan guna kapal, yang dekat dengan lapangan terbang guna kapal terbang," katanya.
Bukan sahaja para pemimpin PAS, bloger pro PAS juga menuduh macam-macam kepada PM Najib. Seperti kata tukartiub "Apakah Malaysia ini kini benar-benar sengkek (tiada duit) hingga tidak mampu untuk menyewa beberapa buah Kapal Terbang selain dari menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM itu?"
(ruj: http://www.tukartiub.org/adakah-malaysia-terlalu-sengkek-untuk-bawa-pulang-pelajar-dari-mesir/).
Mahfuz Omar dan tukar tiub ingat senang ke untuk membuat keputusan mengeluarkan berbelas ribu pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Indonesia boleh berindak pantas kerana mereka hanya mempunyai 6,149 ribu lebih sahaja rakyat Indonesia berbanding Malaysia yang berjumlah puluhan ribu. Nasib baik yang mendaftar untuk pulang hanya 11,000 ribu sahaja, kalau semua mendaftar, mungkin sebulan belum tentu habis diangkut keluar.Kebanyakkan yang tidak mendaftar itu pergi dengan perbelanjaan sendiri.
Alhamdulillah pada 7 Januari 2011, kerajaan telah berjaya sepenuhnya mengeluarkan para pelajar dan juga rakyat kita dari bumi Mesir. Sejumlah 11,000 orang berjaya dipindah ke Jeddah dan ditempatkan di Madinatul Hujjaj, milik Tabung Haji. Alhamdulillah berjaya juga kerajaan menjalankan misi mengeluarkan rakyat dan pelajar kita. Walaupun didakwa lambat dan lembab oleh pihak PAS dan PKR, tetapi berjaya juga akhirnya. Namun demikian, menurut wartawan TV3, masih ada pelajar Malaysia yang tidak mahu pulang kerana malu kepada guru mereka. Kata mereka, semasa Mesir tenang, mereka menuntut Ilmu, tetapi bila Mesir punah ranah, mereka tidak sanggup cabut lari. Mungkin ada pelajar kita yang biasa mengikuti amalan berdemonstrasi jalanan di Malaysia, turut serta menyertai demostrasi di Mesir terutama pelajar persendirian. Siapa tahu? Nak cari pengalamanlah katakan.
Kenapa Pelajar Indonesia sikit sahaja Di Mesir.
Sebagaiman dilaporkan, jumlah pelajar Indonesia di Mesir hanya berjumlah 4,297 orang sahaja berbanding pelajar Malaysia yang dilaporkan berpuluh ribu orang. Bukankah Mesir itu merupakan tempat utama untuk menuntut Ilmu berkenaan pengajian Islam. Positifnya, apabila ramai anak-anak muda kita berminat untuk menuntut Ilmu di Mesir, maka negara kita bakal melahirkan profesional yang celik Al Quran suatu hari nanti. Kita juga bakal melahirkan lebih ramai para doktor yang lebih berjiwa Islam. Namun Indonesia mungkin tidak pandang itu semua. Rakyat mereka lebih suka menuntut Ilmu di Negara Sendiri berbanding ke luar Mesir ataupun rakyat mereka lebih suka menuntut Ilmu di Universitas di negara lain berbanding mesir.
Sebenarnya tiada isu dalam soal ini, tetapi hairan jugak di dalam kepala hotak aku, kenapa tidak ramai pelajar Indonesia di Mesir berbanding pelajar Malaysia dan berpuluh-puluh ribu. Mak bapak begitu bangga apabila berjaya hantar anak mereka belajar di Mesir kerana sudah sah apabila pulang ke tanah Air bakal mewarisi mereka dalam segala hal. Mak bapak Indonesia mungkin tidak bangga jika anak mereka belajar di Mesir kerana di Indonesia sendiri banyak Pasentran yang setaraf dengan Mesir.
2 comments:
"OPS PIRAMID" - PM DAN UMNO PENIPU RAKYAT.
Najib kata tiada unsur politik.. tapi kalau korang tengok Videoclip diakhir entry ini pada minit yang ke 2:38 hingga ke minit 2:48 dan kemudian pada minit yang ke 3:43, ada orang pegang banner yang tertulis
'Selamat Pulang dari Sekretariat Kelab UMNO'..
Apakah UMNO sekarang ini sudah jadi NGO?
Terima kasih bagi yang memberikan komen.
Terus terang aku katakan, semua keputusan yang diambil oleh kerajaan secara halusnya adalah berkaitan dengan politik.
Teruskan memberi komen untuk artikel yang akan datang.
Post a Comment