SAHABAT BLOG

15 February 2011

CARREFOUR KENA AKUR ATAU HENTIKAN PERNIAGAAN.

Tidak dinafikan kemasukan rangkaian pasar raya besar luar negara seperti carrefour, tesco, dan banyak lagi telah memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati kadar harga yang lebih munasabah. Contohnya pada hari-hari tertentu, ayam hidup dengan kepala dan kaki cuma di jual RM4.00 sekilo berbanding di pasar tradisional yang kadang-kadang mencapai harga maksimum RM7.00 sekilo.

Sebagaimana di ketahui, pasar raya besar atau hypermarket ini dimiliki oleh pemilik asing. Syarat utama untuk mereka beroperasi di malaysia ialah mereka mesti memperuntukkan 30 % daripada saham mereka kepada bumiputera. Ini merupakan syarat yang termaktub sebagai salah satu hak istimewa orang melayu dan bumiputera. Kegagalan mematuhi syarat ini bermaksud mereka tidak mengiktiraf hak istimewa kaum bumiputera dan sepatutnya lesen perniagaan mereka hendaklah di tarik balik. Sebagimana kata Ismail Sabri Yaakob,

"kegagalan mengekalkan pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera boleh mengakibatkan kelulusan untuk menjalankan perniagaan ditarik balik".

Untuk berita selanjutnya, sila baca berita di bawah yang disalin daripada harian metro bertarikh 15 Februari 2011. Apa yang patut dibuat kepada Carrefour? Adakah hendak dibiarkan mereka terus beroperasi dengan mengabaikan hak 30 % bumiputera ataupun kita nyah mereka daripada Malaysia dan memberi peluang kepada syarikat yang akur dengan syarat ini ataupun kita sokong hypermarket bumiputera yang ada.

CARREFOUR MESTI AKUR

PEMILIK rangkaian pasar raya besar Carrefour Malaysia yang kini 100 peratus dimiliki syarikat asing perlu mematuhi Syarat Kelulusan Pasar Raya Besar yang ditetapkan Jawatankuasa Perdagangan dan Pengedaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan menawarkan sekurang-kurangnya 30 peratus pegangan ekuiti kepada syarikat Bumiputera jika ingin meneruskan operasi perniagaannya di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kegagalan mengekalkan pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera boleh mengakibatkan kelulusan untuk menjalankan perniagaan ditarik balik.


“Saya tidak boleh mengulas panjang kerana saya difahamkan Hartajaya sekali lagi membuat rayuan kepada mahkamah untuk menghalang pemindahan 30 peratus ekuiti berkenaan.

“Bagaimanapun, seandainya, keputusan mahkamah nanti tetap tidak berubah, Magnificent Diagraph perlu mematuhi syarat kelulusan ditetapkan dengan menawarkan 30 peratus pegangan ekuiti kepada syarikat Bumiputera untuk membolehkan mereka meneruskan operasi perniagaan Carrefour Malaysia,” katanya.


Mahkamah Persekutuan Putrajaya, semalam menolak permohonan injunksi yang difailkan Hartajaya Harmoni Sdn Bhd (Hartajaya) bagi menghalang 30 peratus pegangan saham dalam Magnificent Diagraph Sdn Bhd (Magnificent Diagraph), operator Carrefour Malaysia, dipindahkan kepada Carrefour Netherlands BV (Carrefour NBV).


Sementara itu, Peguam Gideon Tan yang mewakili Hartajaya berkata, pihaknya memfailkan permohonan itu di Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun ia ditolak.

Rujukan:Carrefour Kena Akur

3 comments:

Anonymous said...

hypermarket banyak memberi kesan negatif kepada peniaga2 kecil di tempat2 yang populasi kecil. Contoh di KT, banyak kedai2 runcit kecil terpaksa bungkus.

diakui hak pengguna untuk mendapat pilihan produk dan harga yang terbaik. Maka saya menantikan hasil projek kedai runcit moden seperti yang diumumkan Ismail baru ni.

Satu lagi isu penting yang harus diperhatikan adalah pengambilan pekerja2 asing oleh hpermarket. Antara alasan awal penubuhan adalah menyediakan kerja kepada rakyat tapi setelah beberapa beroperasi, diperhatikan lebih ramai pekerja asing dari tempatan.

Tak ketinggalan juga janji awal dimana hypermarket dikatakan akan membantu menjual produk2 setempat, last2 barang impot juga yang banyak.

Susah sangat ke hendak memastikan semua hypermarket mengikut perjanjian sosial mereka ?

putrarahman said...

Memang tidak dinafikan, peniaga kcecil setempat terasa kerana mereka sudah tentu kalah di dalam persaingan harga. Apa yang peniagan kecil boleh lakukan adalah memberikan nilai tambah kepada perkhidmatan mereka supaya pelanggan senang dan ingin kembali kepada mereka. Contohnya, sediakan duit kecil dan jangan bersungut kepada pelanggan atas apa jua karenah mereka.

Sebagai pelanggan, aku lebih suka mencari kedai yang boleh memberikan harga yang lebih munasabah.

Anonymous said...

inilah konsep rakyat didahulukan (apa yg didulukan entahlaa...apa yg rakyat/peniaga runcit dapat); pencapaian diutamakan (apa yang dicapai..entah laaa..)

yang pasti rakyat juga jadi mangsa...syabas...malaysia boleh