SAHABAT BLOG

19 February 2011

AWAS! DIMANA KAD KREDIT ANDA


Penggunaan kad kredit sudah menjadi lumrah dan kebiasaan kepada warga kerja terutama warga kerja di kota besar. Namun awas, di mana kada kredit anda berada?

Kad kredit adalah kad yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang boleh mengelakkan ianya disalah gunakan. Ciri keselamatan yang ada adalah nama dan tandatangan. Dimana-mana sahaja samada, dipasaraya besar, dikedai barangan letrik, di stesen minyak, membayar tiket kapal terbang, bil-bil pembayaran, semuanya boleh dilakukan menggunakan kad kredit. 

Pernahkah kita perhatikan bahawa, teller-teller yang menerima kad kredit kita untuk membuat pembayaran tidak pernah mengambil sikap curiga ataupun menyemak nama mahupun tandatangan yang tertera pada belakang kad kredit. Mereka tidak mahu ambil tahu adakah nama yang tertera pada kad kredit itu perempuan atau lelaki, nama Lee Kuan Yew atau Maniam ataupun Abdul Wahab. Sesiapa sahaja yang menghulurkan kad kredit akan diterimanya dan akan di"swap". Jika lulus, mereka minta tandatangan pada resit kad kredit. Pernahkah mereka bandingkan tandatangan pada resit itu dengan tandatangan pada belakang kad kredit. Jarang dan kadang-kadang atapun langsung tidak pernah.

Jika hal yang demikian, bagaimanakah boleh dielakkan penggunaan yang buka pemilik yang sah sesuatu kad kredit. Jika mereka iaitu para peniaga mempunyai sedikit sifat ingin tahu, saya percaya kes-kes seperti di bawah ini tidak akan berlaku.

Dijel Guna Kad Kredit Isteri

[b][size=5]Dijel Guna Kad Kredit Isteri[/size][/b]
Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my


KUANTAN: Gara-gara menggunakan kad kredit isteri tanpa kebenaran, seorang warga emas dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan membabitkan kesalahan berkenaan.


Majistret Adibah Abdul Kadir menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Khalid Ismail, 60, dari Beserah, dekat sini, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu sejurus kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.




60 tahun untuk kegunaan sendiri di mana dia membeli sebentuk cincin emas berharga RM530 tanpa kebenaran wanita berkenaan pada jam 12.04 tengah hari 17 Januari lalu, di sebuah kedai emas dan permata di tingkat bawah Pasaraya Kuantan Parade, di sini.


Mengikut pertuduhan kedua, Khalid didapati dengan curang menggunakan kad kredit kepunyaan isterinya untuk kegunaan sendiri di tempat sama pada jam 11.06 pagi 22 Januari lalu, dengan membeli seutas rantai leher emas berharga RM920 tanpa kebenaran wanita terbabit.




Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun serta sebat dan denda bagi setiap pertuduhan.




Adibah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM2,000 bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun beliau mengarahkan hukuman berkenaan dijalankan serentak.




Terdahulu dalam rayuannya, tertuduh memberitahu mahkamah dia melakukan perbuatan itu kerana berdepan konflik kewangan keluarga selain tidak bekerja selepas bersara.




“Saya perlukan wang untuk perbelanjaan lain seperti membayar bil elektrik, air, isi minyak motosikal dan sebagainya,” katanya.


Tertuduh turut memaklumkan isterinya tidak memberikan wang kepadanya dan dia memerlukan wang untuk menampung perbelanjaan perubatan akibat penyakit lelah dihidapinya.




“Saya hendak beli ubat pun tiada duit,” katanya yang turut merayu mahkamah meringankan hukuman ke atasnya.




Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Mohamad Azman Ariffin, mahu mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap kesalahan dilakukan tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat. Berita dipetik dari Sini.


Lagi artikel pasal penipuan kad kredit. Artikel ini di ambil daripada satu blog sekitar 2009. Taktik penipuan sebegini tidak mustahil boleh berulang lagi setiap masa. Oleh itu, elok baca dan boleh ambil panduan.


Baru baru ini aku telah menerima satu panggilan telefon yang sungguh mendebarkan dan nyaris nyaris aku tertipu......so di sini ingin aku bongkarkan satu taktik penipuan kad kredit yang terbaru dan aku akan terangkan secara jelas modus operandi mereka

1. Penipu ini menggunakan telefon bernombor 03-21788888(ni no. Ambank customer service)

2. Penipu akan menggunakan rakaman suara perempuan dan menyatakan bahawa kad kredit anda telah digunakan sebanyak bla,bla,bla...biasanya RM3600.00 dan penipu inginkan anda untuk mendail 1 utk kompem, 2 utk batal dan 5 utk bantuan dari customer service.

3. Anda yang telah kompius akan mendail 5 dan panggilan anda akan dijawab oleh seorang yang pelat bahasanya mirip berbangsa Cina.

4. Anda akan menerangkan bahawa kad kredit anda telah digunakan dan anda ingin mendapatkan lebih penjelasan.

5. Penipu akan menjawab yang kad kredit anda telah dicajkan sebanyak RM3600.00 di PohKong KLIA.

6. Anda akan panik, kemudian dia akan mengatakan bahawa kad kredit anda telah juga digunakan sebanyak RM2000.00 sebelum ini. Maka jumlahnya ialah RM5600.00.

7. Beliau akan menanyakan adakah kad kredit anda bernombor bla,bla (5455-1932-8653-2004 di pohon pada 02/04/09 di Plaza OSK). Anda akan menjawab tidak.

8. Penipu akan menyambungkan anda kepada Bahagian PEMALSUAN Kad Kredit BNM. (Camne dia sambung yer?...hehehehe.

9. Seorang perempuan berbangsa Cina yang agak pekak badak sikit akan menjawab panggilan tersebut seolah-olah beliau adalah staff Bank Negara.

10. Penipu akan menanyakan berberapa soalan berserta aku janji yang begitu meyakinkan seolah-olah anda seorang yang membuat laporan palsu dan akan menggertak anda dengan mengatakan bahawa sebarang laporan palsu akan membuatkan anda meringkuk dalam penjara.

11. Beliau akan bertanya.." Encik ada akaun bank @ kad kredit lain tak?"

12. .Anda akan menjawab ada. Dia akan meminta semua nombor kad-kad kredit dan nombor akaun bank anda.

13. Penipu akan menyuruh anda untuk tidak menggunakan kesemua kad-kad tersebut dalam masa 3 hari. Ini bertujuan untuk kononnya memerangkap penjenayah itu dalam masa terdekat jika penjenayah itu ada menggunakan kad kredit.

Ini semua adalah PENIPUAN!! JANGAN SEKALI KALI ANDA MEMBERIKAN KEPADA MEREKA NOMBOR-NOMBOR BERKAITAN BANK ANDA.

Bila terima panggilan seperti ini anda dinasihatkan supaya jangan panik. ada berberapa kesilapan yang dilakukan oleh penipu ini.

1.03-21788888 adalah nombor AMBANK. Nombor ini hanya boleh digunakan untuk panggilan        dari pelanggan sahaja dan bukannya DARI STAFF BANK!.

2.Pengesahan belian kad kredit bukan dari panggilan rakaman tetapi adalah panggilan LIVE            CALL.

3.Bank staff tidak boleh menyambungkan panggilan anda terus ke Bank Negara tetapi anda akan    diminta untuk menghubungi BNM.

4.Staff BNM mahir fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan English. Bukannya seperti                    menalifon kedai nombor ekor.

5.BNM ada semua maklumat peribadi anda dan mereka tidak perlu bertanya sebarang nombor      berkaitan akaun bank atau kad kredit anda.

6.Kalau anda tak boleh guna ATM kad seperti yang dipinta selama 3 hari.....nak makan apa kalau    duit tadak?.

7.Sila buat pengesahan balik dengan menalifon bank anda dengan menggunakan nombor lain.

8.Jika anda terbagi sebarang nombor.....sila batalkan/menukar kad anda dengan segera.

SEKIAN...HARAP ANDA TERSELAMAT DARI MENJADI MANGSA AHLUL NERAKA JAHANAM INI...

No comments: