SAHABAT BLOG

22 January 2011

Tranformasi Belia Negara (TBN)

Hari ini aku pergi ke kedai macam biasa iaitu sekitar jam 10.00 pagi. Sesuatu yang mengejutkan telah berlaku di kedua-dua buah kedai yang ada di kawasan aku. Bukan rompakan ataupun jualan murah. Apa yang megejutkan itu ialah, akhbar Utusan telah Sold out ataupun orang jawa cakap, "sudah habis pak" ataupun orang Arab cakap " halas". Tak pernah-pernah berlaku sebelum ini Utusan Malaysia begitu diminati. Tak tahulah cerita apa yang menarik perhatian para pembaca, tetapi aku percaya para pembeli Utusan adalah orang yang sama ataupun peminat setia macam aku. Mungkin aku sedikit terlewat, maka bahagian aku sudah habis.

Hari ini aku nak sentuh pasal Dana belia RM20 juta yang diumumkan oleh PM pada semalam. Setelah membaca berita yang dituliskan aku masih kurang jelas apakah bentuk dana berkenaan. Adakah ianya merupakan bantuan ataupun pinjaman. Jika ianya merupakan bantuan kepada para belia untuk mengembangkan bakat atau idea kreatif mereka, aku bimbang ramai para beliau yang mengambil kesempatan dan objektif dana ini tidak tercapai. Namun demikian jika sekiranya ianya merupakan satu bentuk pinjaman kepada para belia, sudah tentu pemilihan para penerima dana akan dipilih dengan teliti oleh panel yang dilantik. Apa-apa pun terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan dana ini kepada para belia kita. Tak kisah samada ianya dalam bentuk bantuan ataupun pinjaman, apa yang penting panel yang diberi tanggungjawab hendaklah memainkan peranan mereka dengan berkesan.

Golongan belia adalah golongan yang paling ramai menjadi rakyat malaysia. Sebagai golongan yang menjadi tonggak dan tulang belakang negara, sudah tentu mereka ini menjadi sasaran di dalam apa jua perkara samada untuk memusnahkan negara ataupun membangunkan negara. Selama ini kerajaan sudah banyak membantu para belia namun aku dapati fokus bantuan bantuan itu tidak sampai ke dasarnya ataupun tidak sampai ke akar umbinya. Itu pasal kita dapati, para belia kita terutama belia melayu tersasar daripada objektif atau matlamat hidup yang boleh menjamin kekukuhan negara. Ramai para beliau melayu yang terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti terlibat dengan gejala membuang masa, gejala merempit, gejala dahah. Kenapa mereka ini boleh terjebak sedangkan pada ketika yang sama kerajaan memberikan pelbagai bantuan kepada mereka untuk berjaya di dalam kehidupan mereka.

Baiklah kecilkan fokus kita dan besarkan kanta kita. Kita lihat di kampung-kampung. Boleh dikatakan setiap kampung mempunyai persatuan belia masing-masing. Apakah objektif dan matlamat persatuan tersebut. Saya percaya setiap persatuan mempunyai objektif dan matlamat ataupun disebut Visi dan Misi tersendiri. Namun sebagai golongan muda, sudah tentu mereka hanya ghairah untuk melahirkan Visi dan Misi yang hebat-hebat tanpa mengambilkira kemampuan dan keupayaan mereka untuk mencapainya. maka tinggallah visi dan misi itu terbiar kesepian. Alangkah lebih elok jika pihak kerajaan yang menentukan Visi dan Misi nasional bagi semua persatuan belia dan Visi dan Misi itu diiringi dengan segala bentuk bantuan yang sewajarnya. Apabila pembuat Visi dan Misi diperingkat nasional terdiri daripada pakar-pakar dan diiringi dengan bantuan dan dana yang sewajarnya, aku percaya persatuan belia kita akan bernyawa dan para ahlinya akan bersemangat serta tidak terbiar. para pemimpin persatuan pun akan terbimbing dan berdaya saing.

Visi dan Misi nasional ini tidak akan tercapai sekiranya pemimpin peringkat kampung tidak dibantu dan dibimbing untuk ke arah mencapai visi dan misi itu. Aku tidak ada maklumat terkini berkenaan persatuan belia sekarang ini, tetapi semasa aku menjadi pengerusi dahulu, kami telah melakukan kerja secara sukarela tanpa mendapat apa-apa bayaran daripada mana-mana pihak. Sebagai petugas sukarela, sudah tentu komitmen yang diberikan adalah sukarela ataupun ada yang ikutsuka. Aku fikir sudah sampai masanya pihak kerajaan memikirkan supaya memberikan elaun ataupun imbuhan bulanan kepada pengerusi persatuan belia dan setiausaha persatuan belia. Hidup dan matinya persatuan belia itu berada di tangan pengerusi dan setiausaha persatuan. Jika pengerusi dan setiausaha persatuan tidka dibantu, maka motivasi tidak ada di dalam diri mereka untuk mengerakan persatuan. Sudah sampai masanya khidmat sukarela sebegini ditamatkan. Pihak mana sebenarnya yang inginkan belia-belia kita menjadi tulang belakang yang gagah dan kuat dan bukannya tulang belakang lemah dan rapuh kepada negara. Sudah tentu pihak kerajaan dan bukannya pengerusi dan setiausaha persatuan. Oleh itu sewajarnya pihak kerajaan mengenalpasti segala faktor walaupun kecil untuk menjadikan tulang belakang negara kita ini kukuh dan kuat dan tidak rapuh.

Aku secara peribadi cukup setuju dengan apa jua langkah kerajaan untuk membela nasib para belia kita. Setiap kali pulang ke kampung, aku cukup kesian kepada para belia yang tidak tentu arah dan tidak matlamat. Matlamat mereka adalah untuk meneruskan hidup sedangkan jika mereka ini digunakan sepenuhnya, banyak perkara besar boleh dilakukan. Negara akan rugi besar jika dibiarkan golongan belia kita ini begitu sahaja tanpa dimanafaat sepenuhnya. Aku cukup setuju jika PM melakukan Tranformasi Belia Negara (TBN). Jika belia ditranformasi, bukan sahaja ekonomi, semua perkara akan bertranformasi secara semulajadi. percayalah.

2 comments:

Anonymous said...

nak tau kenapa utusan kt kedai tu dah habis... sbb tokey kedai tu amik order 10 naskah jer... sbb klu order byk..tak habispun..

putrarahman said...

Entah tak pernah tanya pun berapa dia order. Yang nyata kalau hari Cuti je pasti habis.