SAHABAT BLOG

25 January 2011

75, 000 peluang pekerjaan untuk siapa?

Pertanian, penternakan dan nelayan merupakan 3 sektor utama bagi rakyat negara ini sebelum melangkah ke bidang perindustrian. Aku tidak sentuh perladangan kerana FELDA ada. FELDA ada menteri khusus iaitu Perdana Menteri. Itu pasal kita dapati FELDA mendapat begitu banyak pembelaan. Baiklah, aku tinggalkan cerita FELDA.

Allah telah takdirkan Malaysia ini merupakan sebuah negara yang subur. Boleh dikatakan hampir semua biji benih yang ada dimuka bumi ini Inshaallah akan hidup apabila di tanam atau tertanam di Negara bertuah ini. Kesuburan di Bumi dan kemewahan di laut telah menjadi identiti bagi negara Malaysia sekitar tahun 1950 an hingga akhir 1970 an. Pada masa itu, banyak rakyat kita telah mengusahakan tanah-tanah pertanian untuk mencari rezeki. Pada masa itu, kita dapat menyaksikan hutan rimba, gunung ganang, bukit bukau, lembah dan lurah akan diteroka oleh penduduk untuk bertani. Bumi Malaysia ini ketika itu subur dan menghijau.

Selepas itu, sekitar awal 1980an, apabila Tun Dr. Mahathir mengambil alih tampuk pemerintahan negara, beliau telah menukar wajah dan identiti negara daripada pertanian, penternakan dan nelayan kepada perindustrian. "Sektor baru ini telah berkembang dengan begitu pantas sekali pak, engak bisa ditahan-tahan lagi bu". Ramai pelabur asing telah datang melabur dengan mendirikan kilang-kilang. Pelbagai inisiatif telah diwujudkan oleh kerajaan bagi menarik masuk pelabur aing untuk menanam modal di negara kita ini. Secara tidak langsung, perindustrian telah menjadi penyumbang utama pembangunan negara. Pernah suatu ketika sekitar tahun 1990 an, negara digelar salah satu "Tiger Asia" dalam bidang ekonomi.

Apabila perindustrian semakin membuka peluang pekerjaan yang seluas-luasnya, maka ramailah anak-anak muda tempatan bekerja di kilang-kilang yang tumbuh bagaikan cendawan. Saat inilah bermulanya era dimana tanah-tanah pertanian mula ditumbuhi oleh lalang dan belukar. Tenaga-tenaga tua sudah hilang kudrat untuk mengerjakan tanah-tanah pusaka dan akhirnya apabila tenaga tua sudah tidak terdaya lagi atapun sudah pergi mengadap Ilahi, maka tanah pusaka pun mula ditumbuhi hutan belantara. Di kampung-kampung, tiada lagi aktiviti menugal, tiada lagi aktiviti mengemping, tiada lagi kedengaran bunyi alu menghentam lubang lesung. Badang, seruk dan nyiru semakin dilupakan.

Peluang pekerjaan yang terbuka luas dibidang perindustrian bukan sahaja mengundang pekerja tempatan bahkan ianya juga mula membuka pintu kepada pekerja-pekerja dari luar negara untuk bertandang, bermastautin serta beranak pinak sehingga terlupa jalan pulang ke negara asal. Pada peringkat awal, pekerja-pekerja asing ini boleh dipecahkan kepada dua sektor utama iaitu pembinaan dipenuhi oleh pekerja Indonesia manakala perkilangan dipenuhi oleh pekerja yang datangnya dari Bangladesh. "Itu bangunan KLCC, kalu kami tidak kerjain, mana mungkin bisa terpacak begitu gagah". namun sekarang ini sudah menjadi caca marba.

Macam tugasan Universiti pulak jadinya artikel kali ini. Apa yang aku ceritakan di atas sebenarnya ada kaitannya dengan berita di bawah. Aku sebenarnya bingung dan hairan, bila masa pula Burung walit dan ikan Hiasan dikategorikan sebagai pertanian. Setahu aku, pertanian hanya melibatkan sesuatu yang dicucuk dan ditanam seperti padi, tauge, pisang, kacang, jagung dan sebagainya. Burung walit dan ikan hiasan lebih sesuai jika dikatakan sebagai penternakan. Bukankah perternakan dan pertanian itu jauh bezanya. Begitu juga rumpai laut, adalah lebih sesuai ianya dikaitkan dengan sektor nelayan.

Kenapa perkara yang nampak asas dan mudah begini boleh membuatkan kita keliru?
Adakah disebabkan dasar kerajaan kita pada hari ini hendak mengecilkan jumlah para menterinya menyebabkan banyak sektor digabungkan di bawah satu kementerian. Aku tidak pandai nak membahaskan perkara ini, cuma aku tulis blog aku ini kerana aku keliru, kenapa tidak ada kementerian yang menjaga hal ehwal perternakan dan penelayanan. Bukankah kedua-dua sektor ini merupakan penyumbang utama kepada hasil negara. Ataupun mungkin juga pertenakan dan penelayanan telah diletak di bawah kementerian yang lain. Sepatut dan seeloknya kedua-dua sektor ini diletakkan di bawah kementerian yang sama iaitu Pertanian, Penternakan dan Nelayan ( PPN ) kerana ianya saling berkait rapat antara satu sama lain. Lantiklah seorang menteri dan dua orang Timbalan Menteri yang menjaganya. Seorang Timbalan menteri Jaga Di darat dan seorang lagi jaga hal ehwal di laut. Aku percaya, apabila dilaksanakan, kita akan dapat melihat pembelaan yang sewajarnya dapat dinikmati oleh para petani, penternak dan nelayan.



Sektor pertanian sedia 75,000 peluang pekerjaan, banyak juga peluang pekerjaan ini. Siapa agaknya yang bakal mengisi peluang-peluang pekerjaan ini. Siapa lagi kalau bukan pekerja dari bangladesh atau Indonesia. Anak tempatan tak mahunya bekerja di bidang pertanian, penternakan dan nelayan. Adalah sorang dua yang betul-betul minat. Bagaimana kita nak bantu anak-anak tempatan kita supaya merebut segala peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh kerajaan. Aku percaya, masih ramai lagi anak muda kita yang masih menceburi bidang pertanian yang tidak menyumbangkan hasil iaitu
"menanam anggur". Sila baca berita di bawah untuk keterangan lanjut.

SEKTOR PERTANIAN SEDIA 75,000 PELUANG PEKERJAAN

PUTRAJAYA 24 Jan. - Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang melibatkan aktiviti pertanian dijangka mampu mencipta 75,000 peluang pekerjaan sepanjang lima tahun akan datang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata, kementerian kini diamanahkan oleh kerajaan untuk melaksanakan 16 buah Projek Permulaan (EPP) membabitkan pelbagai perusahaan pertanian yang merangkumi tiga sub utama iaitu rumpai laut, burung walit dan ikan hiasan.

Menurutnya, melalui pelaksanaan projek tersebut, ia akan mampu membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan juga pelatih dalam industri pertanian.

"Pelaksanaan EPP melibatkan banyak inisiatif membabitkan modal insan yang berkebolehan selain mempunyai kepakaran khusus.

"Oleh itu melalui pelaksanaan EPP tersebut, kementerian menganggarkan mampu menawarkan 75,000 peluang pekerjaan baru dari peringkat bawahan sehingga tahap pekerja mahir," katanya.

Rujukan:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

http://www.theglobalguru.com/article.php?id=330&offer=GURU001

2 comments:

Anonymous said...

Salam putrarahman- berita ni mesti dah tersebar luas di Indonesia dan Bangladesh hahahahaha ... difotostat banyak2 oleh agen cari pekerja. Bagi menyahut seruan kerajaan Malaysia.

Tidak ada maknanya ribuan kerja diwujudkan jika untuk diisi oleh pekerja asing.

Bahagian ni tak dinyatakan oleh ETP - berapa % kah kerja2 itu untuk tempatan dan pekerja luar.

Projek2 tu bagus tapi jangan hanya peringkat perancangan je. Macam projek kedai runcit moden tu.

Saudara kerja gomen ke ? Gaya penulisan macam pegawai kerajaan je hehehehe...

Anonymous said...

_isu sebelum ini_

ada juga menteri mcm ni...

Datuk Ahmmad Maslan ketua penerangan UMNO dan menteri di JPM salah seorang peniup trompet dan pengampu BN/UMNO yang hebat. Namun kenyataannya selalu tersasar dan terserlah kebodohanya. Mungkin Ahmad Maslan sengaja buat bodoh atau mungkin fikirannya bodoh atau kurang cerdik.

Kempen Di DUN Tenang Ahmad Maslan cabar negeri pakatan rakyat seperti Selangor, Kelantan, Kedah dan Penang menurunkan harga petrol, gandun, gula, minyak dan gas memasak yang sedang naik harga, barang naik BN.

Memang bodoh apa yang diperkatakan oleh Ahmad Mazlan. Sepatutnya kerajaan Barisan Nasional bertindak dahulu menurunkan harga petrol dan barang runcit. Kuasa mutlak terletak ditangan kerajaan PUSAT, MENTERI DAN MENTRI KABINET BARISAN NASOINALYANG ADA KUASA UNTUK TURUN ATAU NAIK HARGA PETROL DAN HARGA BARANG.

Sepatutnya Ahmad Mazlan mengarah Najib sebagai PM menurun semua haraga barang atau harga petrol dan gas. Atau Najib dan kerajaan Barisan Nasional menurunkan harga petrol dan harga barang yang lain turun harga dengan segera.

Wahai Ahmad Mazlan kenapa Barisan Nasional dan UMNO khasnya Najib sebagai perdana menteri tidak turun hagra barang negeri yang dikuasi oleh BN/UMNO terlebih dahulu