SAHABAT BLOG

15 December 2010

Tiket tak beli lagi.

Hai..tiket belum beli lagi. Malam ni perlawanan penting. Macamana nak pergi beli, kerana sedang bekerja. Takkan nak pergi ke Stadium waktu kerja ni. Kalau accident di jalanan, pecah rahsia dan SOCSO pun tak tanggung. Harap-harap FAM cetak tiket lebih sikit. Kalau tempat duduk boleh muat 80K orang, tiket dicetak 50K pun dah memadai. tetapi kalau nak cetak ngam-ngam, susah juga nak jangka berapa ramai yang akan datang.

Alangkah bagusnya kalaulah tiket boleh dibeli secara on-line macam beli tiket AirAsia. Tak payahlah aku para peminat bersusah payah pergi ke Stadium dan berpanas untuk beli tiket. Mungkin ada kot, cuma aku sahaja tidak tahu bagaimana nak beli secara on-line. Apa-apa pun, petang nanti selepas balik kerja aku akan bergegas ke Stadium untuk beli tiket dengan harapan masih ada lagi bersisa. Kalau tidak , kenalah menonton di Stadium ASTRO. Tapi tak syioknya kerana ulasan dibuat dalam bahasa omputih. Aku mana faham bahasa penjajah ni. Masa main kat Indonesia baru-baru ni, RTM ada juga siarkan secara langsung dan Dato' Hasbulah Awang menjadi pengulasnya. Dengar ceritanya perlawanan malam ni RTM tidak disiarkan secara langsung kerana nak beri laluan kepada program budak-budak PERMATA SENI.

Sukan ni, sebenarnya melangkau sempadan politik. Kalau tak percaya cuba tanya budak-budak yang main bola tu. Ramai yang akan memberikan jawapan yang berbeza-beza jika ditanya parti politik mana yang mereka sokong. Penonton pun macam tu juga. Mereka boleh duduk bersama-sama berbincang pasal sukan tanpa mengira fahaman politik. Janganlah pula terjadi ada penyokong yang membawa masuk bendera parti ke dalam stadium macam perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini.


Aku doakan Malaysia menang.


Kemaskini selepas perlawanan.

Selepas balik kerja aku ajak anak lelaki aku bergegas ke Stadium. Kebiasaannya aku lewat sembahyang asar, tetapi oleh kerana bimbang tiket habis, aku sembahyang di awal waktu. Inilah aku, umur dah tua, tetapi masih lagi berperangai macam waktu budak-budak dulu. Alhamdulillah tiket masih banyak lagi rupanya.

Ramai jugak peminat bolasepak yang datang. cuma aku terkilan kerana rupa Cian dan India langsung tak kelihatan. Dalam ribuan tu, adalah dua tiga orang yang aku lihat. Yang rupa macam cina ramai tetapi memakai lilitan kepala Vietnam. Tak sporting sungguh orang cina ni. Kalau perlawanan bola keranjang, merekalah jaguh. Inikan negara mereka juga, kenapa mereka tak datang memberi sokongan moral kepada pasukan kebangsaan.

Lupakalah sikap tak sporting cina ni. perlawanan mula jam 8.00 malam. sewaktu lagu negaraku dimainkan, aku dan ribuan lagi peminat masih lagi berada di luar stadium. adake patut, pintu hijau tak dibuka oleh penjaga. tentulah peminat marah. Lagipun aku tengok ramai juga kanak-kanak yang datang termasuk anak aku. kesian pada mereka. Aku dapat masuk stadium selepas 5 minit perlawanan bermula.

Permainan seimbang. Vietnam lebih kerap melakukan cubaan tepat tetapi lemah dan mudah bagi Khairul fahmi untuk menangkap. Pemain malaysia aku lihat cukup rajin mengejar bola. Tahniah kepada pasukan negara kerana berjaya menjaringkan 2 goal. tahniah juga kepada Rajagopal kerana pandai mengatur dan menyusun barisan pemain negara. pemain terbaik pada pandangan aku adalah khairul fahmi dan Kunalan. namun semua pemain telah bermain dengan baik.

Kalau Malaysia boleh kekalkan corak permainan seperti malam ini, tidak mustahil Malaysia boleh melangkah ke perlawanan akhir.

3 comments:

hingus said...

-- Dengar ceritanya perlawanan malam ni RTM tidak disiarkan secara langsung kerana nak beri laluan kepada program budak-budak PERMATA SENI.
- luluan tu bukan kat PERMATA SENI...tapi kat wanita pertama malaysia - mum rosmah.

putrarahman said...

Entahlah disiar atau tidak kerana aku dengan penuh kerajinan telah ke Stadium. RTM kan ada 2 siaran. bagilah satu kepada Rosmah dan satu lagi kepada peminat bolasepak tanahair.

Anonymous said...

amat setuju...politi/glamour rosmah pun kena jaga...tapi biarlah berpada-pada. rakyat majoriti nak tengok sukan. rtm pun kena faham kesukaan rakyat.. jgnlah kerap sgt bagi laluan kpd rosmah (nak bodek pm pun biarlah bertempat dan tengoklah apa event berstatus nasional (negara) yg akan berlaku)....

Jgn org benci rtm disebabkan rosmah...