Malam ni adalah malam penentuan untuk kembalikan maruah pasukan bolasepak Malaysia. Dengan berbekalkan 2 goal, malaysia bertandang ke Hanoi untuk berhadapan dengan pasukan Vietnam yang kelaparan goal. Pukul 8 malam, aku dah tercongok di depan TV. Aku harapkan TV 1 ada buat siaran langsung, namun hampeh tak ada. Akupun bukalah siaran Astro 813. Terpaksalah aku menggunakan skil mendengar aku pada tahap tinggi.
Akhirnya TV1 adakan juga siaran.
Perlawanan rancak, iaitu Vietnam rancak menyerang manakala malaysia rancak bertahan. Oleh kerana semua pemain Malaysia nak jadi pemain pertahanan, kelam kabut jadinya. Tak ada sesiapa yang menjadi pemain tengah. Memang itu strategi Rajagopal iaitu bertahan dan mengharapkan seri. Kita sebagai penonton yang kecut perut kerana Vietnam asyik menyerang sahaja. Akhirnya aku pun tak sanggup untuk menonton perlawanan di separuh masa ke dua. Akhirnya (berapa banyak akhir daa.) pasukan Malaysia berjaya bertahan sehingga ke akhir perlawanan tanpa do bolosi. Tahniah kepada Rajagopal dan anak buah beliau. Nampaknya strategi Rajagopal berjaya. Buat kali ke dua, pasukan Malaysia berjaya ke perlawanan akhir. Kalah atau menang di perlawanan akhir itu sudah tidak menjadi soal kerana kejayaan ke final ini sudah menjadi satu kejayaan besar kepada pasukan negara. Mungkin lawan Indonesia kot. Tak kesahlah siapa lawan yang bakal dihadapi. Apa yang penting Rajagopal telah menang.
No comments:
Post a Comment